Dari Blogger ke Dunia Usahawan

By | August 5, 2015

Salam.

Lama betul tak update blog. Macam-macam hal dan alasan laa citernya sampai bertahun tak update blog.
Macam-macam hal juga dibuatnya sehingga tak sempat nak update blog. Sepanjang blog tak berupdate, banyak perkara yang di lakukan.

Mula-mula syok blogging, cari income dari duit blogging. Alhamdullilah membuahkan hasil. Masih ingat lagi entri-entri 4-5 tahun lepas? Tak perlu jawab. Confirm tak ingat.
1) RM9500 Dengan Berblogging 

2) Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil

3) $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…

Banyak lagi entri-entri mengenai blogging. Lihat di sini.

Selepas aku agak mengepikan diri dalam dunia blogging. Aku fokus kepada wedding photographer. Alhamdullilah income dari situ jugak sangat memuaskan hati. Percaya atau tidak income wedding photographer jugak boleh menyara anak bini aku sekeluarga. Lebih mencabar dan lebih ramai orang yang aku kenal.  Dari pelanggan dan kini menjadi kawan.

Tidak di nafikan, kehadiran Facebook sememangnya memberi banyak perubahan kepada dunia blogging. Mana tak nya, kalau dulu semuanya nak update kat blog. Bila ada Facebook semua nak update kat status. Memang power betul penangan Facebook.

Tahun lepas bermula satu era yang baru  bagi aku. Satu perkara yang aku cari selama ini. Aku mula menjinakkan diri pada bisnes. Lepas hari kelas marketing dari kawan baik aku, ia telah membuka mata untuk aku terus bisnes. Bukan offline. 100% online. Wow satu dunia yang baru. Sangat mencabar. Dengan marketing, teknik, melayan kerenah pelanggan, postage dan macam-macam lagi. Memang best. Satu kepuasan yang tidak mampu di ungkapkan dengan kata-kata. (haa ni ayat poyo)

Pada mulanya jual produk-produk orang. Tak kisah laa. Untung Rm5-15 pun tak apa. Aku nak rasa semua semua tu. Itulah pengalaman yang sangat berharga sepanjang hidup aku. Memang tak memilih produk. Asalkan owner atau supplier servis cantik aku terus jual. Layan. Semuanya Dropship. Alhamdullilah, ia telah memberikan aku pendapatan yang sangat konsisten bermula dari bulan Disember 2014 hinggalah hari ini.

Pada Bulan Mac 2015, aku terus teroka ke satu bisnes yang lebih mencabar. Terfikir jugak asyik jual produk orang, kenapa aku tak jual produk sendiri?  Nah satu lagi Idea datang dari kepala otak aku ni. Kaji-kaji punya kaji, aku decide untuk keluarkan produk aku sendiri.  Sebab aku selalu berfikir, macam mana Kicap Jalen yang bermula secara kecil kecilkan dulu, kini menjadi Gah sekarang. Setiap hypermarket, supermaket, mini market ataupun kedai runcit ada Produk Jalen. Mereka lah yang menjadi sumber inspirasi aku.

Tanpa menoleh ke belakang, aku teruskan misi keluarkan satu produk aku sendiri. Bukan laa nak fight Produk Jalen. Tetapi aku nak ada produk aku sendiri. Macam mana ya rasanya? Sekitar bulan Mac 2015, aku bersama seorang rakan baik , kami keluarkan satu produk kesihatan kami sendiri.  Setelah berbulan melakukan kajian (Kadungan, Marketing dan sebagainya) pada awal Ramadhan 2015, lahirlah BIODEA JUS Lessterol.

Biodea-3D-New-23

BIODEA JUS Lessterol. JUS Lessterol adalah minuman JUS untuk menurunkan Kolesterol. Ia juga sangat efektif untuk menurunkan darah tinggi, merawat sakit dada, merawat saluran darah yang tersumbat, merawat sakit jantung dan stroke, melawas dengan baik, menghindarkan diri dari kelesuan dan pelbagai khasiat lagi. Untuk Maklumat lanjut boleh layari :

WEBSITE Rasmi : www.biodea.com.my

Facebook    : BIODEA HQ

Alhamdullilah, Akhirnya aku berjaya mengeluarkan satu produk sendiri. Kini cabaran semakin hebat. Dari tiada siapa yang mengenali produk ini, sedikit demi sedikit produk ini semakin di kenali. Masih jauh perjalanan. Cabaran mendatang pastinya lebih hebat lagi. Banyak sudut yang perlu di halusi. Marketing, Pelanggan, Planning, Relationship dan macam-macam lagi. Namun aku sentiasa positif. Tiada apa yang mustahil.

Ap-apa hal pun, jika semua ini tidak bermula dengan dunia blogging atau dunia online, mungkin ia tidak membawa aku sehingga adanya produk sendiri. Terima Kasih kepada semua kawan-kawan online yang rapat dengan aku, Rohaizad, Reza (Boy), Zamrin, Ahmad, Zaki dan Wan Mus. Kerana semangat mereka inilah yang boleh membawa aku hingga ke hari ini. Terima Kasih kawan.  ONLINE Business is PROVEN!!!!

 

One thought on “Dari Blogger ke Dunia Usahawan

  1. Suri

    Alhamdulillah. Bukan senang nak market produk kesihatan. Byk ranjau nak lalu.

    Moga you berjaya Shaffik. Boleh senang sbb saya percaya margin tinggi, tapi kepayahan nak market tu yg jadi taruhan. Moga dpt byk agen utk jual produk you ni. Amiin
    Suri recently posted..Kurung Moden Raya 2017My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.