Masalah Brek Proton Saga FL

By | August 19, 2014

Salam Semua.

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan yang sudi menjengah ke Blog Shaffik. Tak mengapa, janji ukwah persahabatan itu berterusan. Ok, hari ini aku ingin berkongsi sedikit info mengenai Brek Proton Saga FL. Setelah hampir 3 tahun lebih aku pakai Proton Saga FL, inilah kali pertama aku menghadapi masalah brek pada Proton Saga FL. Inilah juga kali pertama buat major servis untuk Brek kereta aku.

Tak mengapa lah. Dah nama pun pakai kereta. Proton pulak tu. Faham-faham saja laa yer. Ok. Masalah brek kereta aku bermula sejak bulan 5 yang lalu. Simptomnye, bila tekan saja brek ada bunyi sesuatu di tayar belakang. Pada mulanya bunyi tidak laa terlalu kuat. Tapi seakan memberi isyarat yang tidak elok.

Semakin lama semakin kuat bunyinya. Bunyi seakan besi bergesel ditayar belakang. Lebih ketara kalau brek ketika di bumber (bendul) jalan. Hati semakin tidak menentu. Hari raya dah semakin nak dekat. Tak boleh jadi, aku terus ke kedai tayar sekitar Ulu Tiram. Mintak pomen (foremen) atau jurutayar check apa yang tak kena. “Ada ke jurutayar”?.

Foremen pun periksa dengan teliti pada tayar belakang. Buka saja Brake Drum dah nampak. BrakeShoe atau Brake Pad dah abis. Pada pandangan pertama selepas buka Brake Drum dah nampak sesuatu yang pelik. Brake Shoe atau Brake Pad makan sebelah saja. Sebelah depan saja. Kiri dan kanan sama. Yang belakang masih elok. Uik? Kenapa ya?

brake shoe

Foremen terus periksa. Dan jumpa masalah utama. Brake Pump rosak. Tidak berfungsi dengan baik dan sepatutnya. Sebab tu Brake Shoe makan sebelah sahaja. Lebih parah bila break dan terdengar bunyi seperti besi bersegel. Itu datangnya dari bunyi break pad yang dah abis dan bergesel dengan break drum.

harga break pump saga FL

Arghhh. Ni semua nak duit. Tapi nak buat macam mana kan. Itulah kenderaan yang aku pakai seharian.  Kalau tidak ditukar akan menyebabkan Break Drum pulak rosak. Kos lebih tinggi. Jadi Foremane terus tukar brake pump dan brake shoe sekali. Kosnya, brake pump kiri dan kanan RM70. Break pad atau break Shoe harganya RM90. Terebang duit RM160 tambah lagi upah RM30. So totalnya RM190.  Tapi kalau barang terus beli dari kedai spare part mungkin lagi murah. Tak per la sekali buat dan puas hati. Rasa lebih selamat, telinga pun tak sakit. Alhamdullilah. Boleh raya dengan riang rianya.

Jadi kepada pengguna Proton Saga FL/FLX, sila ambil perhatian dengan masalah ini. Jangan ambil mudah, sebab ini soal keselamatan kita semasa memandu. Jumpa lagi di Entri yang lain. Lepas ini aku akan berkongsi pulak pasal Masalah Aircond Proton Saga FL pulak. Haa ini kene lepas Hari Raya pulak. Adoiai.

 

18 thoughts on “Masalah Brek Proton Saga FL

  1. farah

    Sy pon guna saga fl dan 3 thn 6 bulan.baru dia start wat perangai. Tadi brek dgr bunyi. Dah tau bunyi tu bunyi apa sbb abg guna saga blm pon mslah yg sama.dia ckp brek pad haus. Thanks for sharing..dpt gak tau harganya.hihi

    Reply
  2. Azhar

    Salam,

    Terima kasih sebab tulis pos ni. Samalah dengan Saga FLX saya. Ini tahun ke-3.. baru 1st time jd mcm ni jugak. ada bunyi bergesel kat tayar blkg. Kalau bawak slow then brek (slalunye kat bonggol) akan ada bunyi yg makin dasyat. InsyaAllah esok pegi tukar.

    Reply
  3. zizi

    samalah saya punye, pakai 3 tahun dh jem brek. agak2 proton pakai cap apa ye? cpt sgt rosak, pkai perodua 10 tahun xrosak. cap bosch tu bgus ke?

    Reply
  4. elly

    Salam….sy ade msalah sikit tntang brek proton iswara sy..brek sbelah kanan sudah 3 kali tukar brek dngan disc skali..servis dah bnyak kali tukar dngan getah skali tpi masih jem jugak..bila servis dikedai x smpai 16 km trus mlekat…mane2 kdai pun same jugak…
    Boleh sy tau ape masalah nye…

    Reply
  5. safiah

    baru pakai setahun lebih, dah bunyi jugak kat belakang tu. Pergi proton servis centre, cakap brek bunyi, x nampak pun diorang test drive ke ape. then, siap. sekarang bunyi jugak. x elok pun. so, ragu2 la diorang ni baiki ke tak..confuse samada nak gi proton servis (sekali lagi,tunggu lama, sakit hati) or pergi pomen tayar yg lebih pandai dari pomen servis centre tu..ada warranty ke brek tu?

    Reply
  6. shakirah

    saya pun mengalami masalah yang sama…
    brake pump makan sebelah…
    simptom:
    bila brake jer bunyi belah belakang…
    pegi kedai tayar suruh die check brake pad…igtkan brake pad yg problem…
    so die pun test la kete…tp takd bunyi die ckp…
    bagitau die bunyi belah blkg…terus die angkat kete check tayar belakang….
    mmg brake pump & brake shoes kene tukar…
    rabak poket..tau2 jer dapat bonus raya…hehhe

    brake shoe : rm120 (kiri kanan)
    brake pump : rm96
    kene rm216….
    hahahhahah

    Reply
  7. mohd ashraf bin ahmad nahar

    Assalammualaiku..saya juga baru mengalami perkara yang sama.total kos rm 200..Kalau ade peralatan yang ckup boleh DIY, lg jimat.Sparepart punya hrge adlh separuh drpd total kos ydkenakan

    Reply
    1. sham

      Salam semua..sy de mslh..keta saga flx..brake knocking..bunyi dr belakang sebelah kiri bila tekan brake…dr tahun 2012 hingga ke harini dah 2x tukar drum & brake shoe (warranty claim)… smpai la arini, mslh tu dtg blk..kenapa ye jd cmtu? bunyi tu punca dari brake drum? brake shoe tebal lg..klu brake drum problem, blh try skimming x? tlg ye..

      Reply
  8. Hj

    Proton blm..pump break belakang..jenis kering..minyak break tak kena pada piston pump..memamg mudah berkarat dan jem..dalam masa 3 tahun pasti..berulang..sedih..kita diberikan kereta yg macam ni..

    Reply
  9. Muyes Muzaffar

    Saya punya cerita asal tahun 2013
    Asal nye bunyi bearing je
    Bukak laa mangkuk brake blakang tu
    Ujung2 brake pump dah keras
    Xmaw maen dah
    Patut la luar brake drum tu berkarat
    Lupe dah bape kos
    Buat kat bengkel luar sbb xpasti proton cover ke x
    Skang dah 2017
    Brake blakang bunyi
    Mungkin brake pump tu dah jadi hal balik
    Elok carik modal tukar disk brake blakang

    Reply
  10. Nash

    Saya rekemen kat sini saya selalu pergi mekanik nie kat ampang permai jaya…. nama dia Gary…. saya punya flx banyak problems so saya memang nak tukar kereta tapi belum cukup duit….

    Reply
  11. Zam

    Baru lepas hantar kedai masalah sama bunyi besi bergesel bila brek. kebiasaannya memang akan kena tukar brake pump dan brake pad sbb masalah ni biasa dtg sekali. Ni kali ke 2 tukar selepas hampir 8tahun pakai. Kos brake pad RM110 brake pump RM110 termasuk upah.

    Reply
  12. Chea

    Saya guna proton saga flx 2012 (manual) masalahnya bila brake keta pandai belok ke kiri…brake pump belakang dh tukar, brake pad pn semua dh tukar, pomen pn peniang apa masalah brake masih cam tu gak, bila brake rasa g ke kiri…. Sapa2 tau x apa masalahnya??????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.