Teringat Kat Abah…

By | September 21, 2011

Salam 1 Malaysia..

Wah jarang betul guna perkataan Salam1 Malaysia. Mengapa? Jangan tanya. Sebab aku pun tak tau kenapa. Ok. Semalam aku pergi masukkan duit di Maybank Tiram. Sewaktu beratur menunggu giliran, ada seorang pakcik lingkungan umurnya 50 tahun di belakang aku. Sambil menunggu giliran, sempat juga aku menyapa Pakcik tu.  Alamak spoil tak tanya nama pulak. Takper itu bukan tajuk utamanya.

Aku : Pakcik nak masukkan duit..

Pakcik : Aah. Masukkan duit untuk anak sekolah.

Aku  : Anak sekolah mana?

Pakcik : UITM Shah Alam. Baru balik hari tu.

Aku  : Oooo.

Pakcik : Pakcik baru je berikan duit sebelum dia balik hari tu. Tapi dia mintak pakcik masukkan lagi. Nak pakai duit katanya. Ada buku-buku yang kena beli.

Aku  : Oooo. Memang sesak sikit yaa Pakcik awal-awal semester ni.

Pakcik : Biasa laaa..Dah nama pun belajar.  Kena lah sokong.

Selepas masukkan duit, aku terus bersalam dan pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terigatkan sesuatu. Sewaktu aku masih lagi belajar di KUTKM Melaka. Di kala kehabisan wang, terus sahaja call Abah. Mintak duit. Takder duit jer call Abah. Abah akan sedaya upaya menyediakan wang perbelanjaan untuk aku.

Tanpa keluh kesah dan tanpa sebarang alasan, Abah akan sediakan segalanya untuk aku. Abah tak pernah merungut apabila aku meminta wang belanja. Tak pernah aku mendengar Abah x ada duit untuk aku. Tetapi segala usahanya untuk keluarga membuatkan aku kagum. Dia sedaya upaya berusaha memberikan yang terbaik untuk aku. Yang penting aku lulus dan terus belajar hingga keluar dari menara gading. Yang penting anaknya berjaya. Yang penting anaknya selesa di kemudian hari. Aku percaya itulah yang berlaku pada Pakcik di Maybank tadi. Tanpa sebarang soalan terus saja pergi ke bank untuk masukkan duit untuk anaknya.

Itul nilai kasih seorang bapa. Tiada nilainya. Biar dia susah, segalanya untuk keluarga dan anak-anak. Kini aku sudah pun bekerja. Aku berharap aku tidak akan lupakan apa sahaja yang diberikan kepada aku. Kini umur pun dah nak masuk 30, Alhamdullilah, hubungan aku dan abah masih baik lagi. Kami sentiasa berhubungan, bergurau, ngeteh bersama, berbual bersama dan apa sahaja bersama. Adakah aku mampu menjadi seperti Abah bila anak aku besar nanti. Harap-harap aku boleh menjadi seperti Abah atau lebih baik lagi. Semoga Abah terus sihat dan di panjangkan umur. Insyallah

Bagaimana kawan-kawan semua? Ingat lagi bagaimana bapa membesarkananda semua?

***Maaf entri kali ini lebih berbentuk diari. Kerana peristiwa semalam mengingatkan aku pada Abah.

9 thoughts on “Teringat Kat Abah…

  1. noriz

    sayu lak rasa… huhu

    mmg banyaaaaakkkk sgt pengorbanan dan jasa seorang abah, apalgi klu kite bukan dr golongan berada…usaha keras mereka lgi lah berganda nak selesakan keluarga dia kan…
    noriz recently posted..Majlis raya di ofis 🙂My Profile

    Reply
  2. azman

    Aku tak ada pengalaman dengan insan bernama Abah(meninggal masa dalam perut).Aku hanya ada Mak…

    Memang betul masa aku sekolah menengah kalau duit kurang mesti mintak dengan Mak,susah payah Mak ke pekan guna wang pos untuk hantar duit…kalau diingatkan mmg aku rasa bersalah,tapi apa boleh boleh buat,masa tu aku student.

    Sekarang dah kerja dah ada family…boleh balas jasa Mak,tapi kalau nak di ikutkan tk terbalas sehingga hari kiamat…
    azman recently posted..Mentaliti kelas 3My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.