Bila bercakap pasal talian Internet, sudah pasti ramai yang masih berang dan tidak berpuas hati dengan pelayan internet masing-masing. Baik dari streamyx, mobile broadband ataupun p1 WIMAX. Rata-rata penduduk Malaysia tidak berpuashati dengan servis yang diberikan oleh pembekal talian Internet di Malaysia.
Perkataan yang biasa terpancul dari mulut pelanggan ialah, “Intenet Lembab”. “Ni lah Internet di Malaysia”. Malah kadang-kadang pengguna sudah naik letih untuk melaporkan segala kesulitan yang di hadapi. Suka atau tidak, gunakanlah apa yang ada dan apa yang mampu di bayar.
16 jam lagi satu lagi talian Internet akan di lancarkan. Pasti ramai yang sudah tahu dan tidak kurang juga pada mereka tidak tahu akan kemunculannya. Hari ini YES 4G akan di lancarkan. YES 4G adalah satu talian internet 4G yang baru di Malaysia. Ianya adalah satu projek yang besar di bawah naungan YTL Comms anak syarikat YTL. Projek ini adalah satu projek Mega yang di bangunkan oleh YTL untuk memperbaiki mutu talian Internet di Malaysia.
Ramai rakan-rakan atau vendor-vendor IT sudah menyampai berita ini pada awal tahun. Mereka mengatakan, tahun 2011 YTL sedang membangunkan satu talian Internet Jalur Lebar yang lebih pantas dari broadband yang ada sekarang. Ianya adalah satu revolusi yang baru bagi Malaysia.
OK. Apa itu Yes 4G? Yes 4G adalah satu talian Internet yang berasakan 4G. Jika sekarang kita sibuk dengan 3G, kini Yes muncul dengan satu teknologi baru 4G. Ianya 3 hingga 5 kali ganda lebih pantas daripada 3G. Ianya boleh di capai sehingga 11Mbps. Wah lajunya. Yes 4G di bangunkan khas untuk penggunaan melayari internet, memindah fail, mengakses video dan membuat panggilan sekaligus dengan lebih pantas. Semua ini boleh di lakukan dalam masa yang sama. Yang paling penting ianya lebih pantas dan lebih berkualiti. Ini janji dari YTL Comms sendiri.
Shaffik.com ada mendapat sedikit maklumat dengan salah seorang staff Yes 4G. Aku terjumpa nama dia di laman facebook 3 hari lepas. Aku juga ada bertanyakan beberapa perkara yang mustahak sebagai pengguna Internet. Ikuti pertanyaan dari Shaffik.com. Dia menjawab dalam Bahasa Inggeris harap kawan-kawan semua bolehlah laa faham ya. Aku serta sedikit terjemahan dari jawapan beliau.
1) Berapakah kelajuan YES 4G? Yang saya tahu, ianya 5x lebih laju dari 3G? Boleh terangkan tak?
“We are 3 to 5x faster than current 3G networks. As for our full speed, we achieved 11mbps at the Yes Brand launch demonstration. Stay tuned for when we release video on comparison speeds.” (Kelajuan kami adalah 3 hingga 5x ganda lebih pantas dari rangkaian 3G. Ianya boleh mencapai sehingga 11mbps. Nantikan video perbandingan kelajuan dengan broadband yang lain)
2) Saya tinggal di Ulu Tiram Johor. Adakah coverage YES 4G di kawasan berkenaan. Buat masa sekarang hanya P1 WIMAX, CELCOM and MAXIS yang cover untuk tempat berkenaan.
“When we launch we will have 65% coverage. It will cover major cities, town and highways. For exact coverage locations, it will be up online once we launch”. (Setakat hari pelancaran, rangkaian kami telah meliputi 65% seluruh Malaysia. Ia meliputi negeri, bandar-bandar utama dan sekitar lebuhraya. Kawasan liputan akan di paparkan di website kami setelah dilancarkan). Masuk ke Ulu Tiram dalam list tu ya? 🙂
3) Apa bezanya YES 4G dengan rangkain P1 WIMAX 4G?
“Yes 4G is mobile WiMAX whereas P1 is fixed WiMAX. Mobile WiMAX has a lot of room for scalability so even when subscribers increased, it can still be scaled upwards to accommodate.“ (Yes 4G adalah mobile WiMAX manakal P1 adalah Fixed WiMAX. Mobile WiMAX mempunyai lebih banyak ruang yang boleh di tambah atau di perluaskan selagi mana ia mampu di tampung oleh sistem itu sendiri)
4) Berapakah yuran langgan untuk rangkaian YES 4G?
“Our rates are 9sen for 3MB. And 9 sen for a SMS or 1 minute of calls. And that is not all, we also have a rebate structure that will be revealed when we launch”. (Tarif kami adalah 9 sen untuk 3MB dan 9 sen untuk SMS atau 1 minit bagi setiap call. Bermakna 1GB bersamaan RM30.Ermm mahal jugak tu. Ia belum di putuskan sepenuhnya. Kami akan menstruktur kembali caj ini dan hanya akan di diberitahu semasa pelancarannya nanti).
5) Adakah saya perlu mendaftar talian 018 untuk menikmati rangkaian YES 4G.
“Our pre-registration is closed, but you can still register for Yes once we launch. Registration is at www.yes.com.my“ (Pra pendaftaran telah pun ditutup. Tetapi anda boleh lagi mendaftar setelah di lancarkan nanti)
6) Apakah device yang di gunakan untuk YES 4G? Adakah seperti modem streamyx atau modem broadband maxis/celcom atau macam mana?
“We have many devices to use Yes. We have a USB Dongle called the Yes Go. We have a Mobile WiFi hostpot called Yes Huddle. We also have a WiFi gateway for home and office use called the Yes Zoom. Our 4G phone at launch is called the Yes Buzz”. (Kami mempunyai pelbagai peranti. Kami punyai USB Dongle yang di panggil Yes Go. Kami juga mempunyai Mobile WiFi Hostspot yang di panggil Yes Huddle. Kami juga mempunyai WiFi Gateway untuk kegunaan rumah atau pejabat yang di panggil Yes Zoom. Dan akhir sekali kami juga akan melancarkan telefon 4g kami yang di gelarkan Yes Buzz.)
7) Bagaimanakah semua ini berfungsi? Seperti yang tertera di laman web YES.MY, kita boleh gunakan untuk call, voice dan data? Boleh tak terangkan serba sedikit secara teknikalnya?
“We will have an application that you can use to make voice calls even if you are on your PC. Charges will be the same and so will SMS. That means you do not have to use our 4G phone to enjoy all of Yes services. In fact, people can even call you on your PC by dialing your 018 number. Just like if they were calling you on your handphone”. (Kami mempunyai satu aplikasi yang boleh digunakan untuk panggilan walaupun anda berada di komputer anda. Caj yang dikenakan sama dan begitu juga dengan SMS. Ini bermakna anda tidak perlu menggunakan telefon 4G kami untuk menikmati kesemua perkhidmatan YES. Orang lain juga boleh menghubungi kamu dengan mendail no 018 anda. Ianya seperti berbual di talian telefon. )
Kesemua soalan aku telah pun di jawab. Apa yang boleh di katakan, Yes 4G semangnya akan menjadi pesaing hebat untuk broadband lain. Bukan setakat laju, tetapi perkhidmatan suara dan video yang boleh di gunakan dalam waktu yang sama, sudah pasti memberikan sesuatu yang baru serta menarik untuk rakyat Malaysia. Tetapi tiada seorang pun yang sudah mencuba menggunakan Yes 4G. Harap apa yang di janji akan di kotakan. Usah hanya tabur janji tetapi sokongan di belakang hari amat mengecewakan. Yes 4G sila ambil perhatian. Â Harap ianya satu revolusi pada dunia Internet di Malaysia. Jika benar apa yang di janjikan, sememang projek ini akan berjaya sepenuhnya. Sama-sama kita lihat performancenya nanti.
*** Nampak gayanya lagi banyaklah blogger-blogger baru akan muncul. Lagi banyaklah peniaga-peniaga akan menumpukan pemasaran mereka di dunia Internet. 🙂
ssh nak p.cy internet kat malaysia ni..
ape2 pun nak kene test dl YES ni.. hopefully leh tkr trend Internet kat Malaysia ni since YES ni YTL yang bt.. so harap2 budget dorang tgi giler utk infrastructure ni
skelertor recently posted..Harry Potter and the Deathly Hallows part 1 disappointed me!
Die orang memang banyak invenst untuk membangunkan teknologi 4G ni. Dari tahun lepas lagi aku dah dengar cerita ni.
satu perkembangan yang bagus nampaknya;)
So ada plan nak tukar ker?
aku tggu feedback lu..kalo mmg betol2 bgus aku tukar..tensen gune celcom nie
haru recently posted..10 Terawal
Harap harga tu boleh lagi menjadi berpatutan. :).
shaharil recently posted..Contest Mudah dari SyahrilHafizCom
Tapi kan bro. Kita hanya bayar apa yang kita guna sahaja. Itu yang best tu.
menarik nih.. harapnya servis yang ditawarkan sehebat promosi! dan semoga dengan perkembangan ni dunia Internet terus maju dan maju dan maju! 😀
Itulah harapan kita semua rakyat malaysia..
jangan indah kabar dari rupa
kita kena malu dgn Thailand..
diorg punya broadband laju dan murah..
Syafrizal recently posted..Twitter dah ada fungsi analytic
Harap ianya tidak khabar dari rupa. Rasenya pengguna Internet pun dah berhati-hati sekarang ni. Aku pun sedang restructure balik bil internet aku..sebab usage oun tak banyak..kena turunkan ambik pakej yang murah sikit.
4g… wah.. satu perkembangan yang bagus… harap servis mantaplah.. huhu…
zik recently posted..Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di Malaysia
tu la pasalnya..harap tidak negecewakan.
bagus la sekarang ni dah banyak pilihan.
harap servisnya bagus
hafidz recently posted..Kord Gitar – Couple – Love You Yes
Harap-harap begitulah.
kalau benda bagus, mahal pun tak apa. 🙂
huhuhu yang penting puas hati kan cikgu…
iya …aku pun nak pake yes 4G …dengar2 …yes lebih laju dari 3g.
Sememangnya lebih laju dari 3G. Katanya 5x ganda.
Yes ni pakai line apa ek untuk service internet dia?Streamyx ker…red tone ker…etc?
Kalau P1 Wimax sama macam Umobile…guna line Streamyx untuk service internet dia… subscribe line SDSL TM dan share thru wireless..
Samam sahaja. Tetapi Yes pakai Mobile Wimax. Ada di terangkan pada point yang ke 3.
Memang bagus la dah makin ramai competitor dalam arena broadband di Malaysia ni. Harap Yes4G boleh kekal lama dan tak jadi macam sesetengah ‘baby broadband’ yg muncul sekejap pastu out.
Baru ni ada baca 1 artikel kat Gizmodo pasal teknologi 4G. Katanya 4G sebenarnya belum ada lagi.. tah le betul ke tidak. Ni dia artikelnya: “The Dirty Secret of Today’s 4G: It’s Not 4G” http://gizmo.do/cQ41i5 (kalau shafik allow link)
Lan S. Othmann recently posted..ASEAN Tourism Slogans- Taglines and Logos
ku harap yes 4g lebih menumpukan coverage di luar bandar. sebap diluar bandar ni sangat ketingalan dari segi internit kerana syarikat broadband yg ada sekarang sangat menumpukan dibandar bandar, dan sehingakan penguna diluar bandar terpaksa mengunakan broadband yang sangat slow, yg orang bandar tanak paki pun…
Buat masa sekarang YES menumpukan coverage di semua Univesiti di Malaysia. Mungkin fasa untuk ke luar bandar akan di lakukan dalam sedikit masa lagi. Jika melihat dari persaingan broadband sekarang, masing-masing berlumba-lumba memberikan yang terbaik. Itu memang Bagus. Harap YES 4G akan di perluas ke seluruh negara. Semua rakyat boleh menikmati kemudahan Internet dengan baik. Insyallah.
Pingback: Blog Shaffik » Ranking Kelajuan Internet Di Dunia.
yes 4g semakin hari semakin slow sebab ramai orang yang pakai tu lah masalahnya