Semalam tiada Emas yang di rangkul oleh para atlet negara di Sukan Komanwel 2010. Tetapi pencapaian keseluruhan masih lagi berada di landasan yang betul. Ia di akui sendiri oleh Menteri Belia Dan Sukan YB. Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam satu temuramah oleh Eidleen Ismail di Astro Arena semalam.
Namun Malaysia menambah 2 lagi pingat Perak menerusi Acara menembak dan acara terjun. Dua Penembak wanita Nur Ayuni Halim danĀ Nur Suryani Mohd Taibi. Masing-masing menyumbangkan satu perak dan satu gangsa. Manakala di kolam renang pula kontinjen Malaysia menerima lagi satu khabar gembira apabila 2 penerjun negara meraih lagi satu pingat Perak menerusi Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong bagi acara 10M terjun berirama.
Hari ini Atlet Malaysia terus memburu Emas. Lapan acara akhir yang di sertai oleh Atlet Malaysia. Di harap ada sinar emas pada penghujung hari ini. Yang pasti rakyat Malaysia terus menyokong atlet Malaysia yang berjuang di sana. Setakat ini Malaysia menduduki tangga ke 7 dengan 6 Emas, 7 Perak, 7 Gangsa.