Siapa tak kenal dengan Datuk Lee Chong Wei pemain No. 1 dunia. Pemain yang sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kali terakhir Malaysia menjuarai All England pada tahun 2003. Hari ini Datuk Lee Chong Wei menjuarai All England. Satu saat yang di tunggu oleh Datuk Lee Chong Wei khususnya dan juga kejuaraan yang di nanti-nanti oleh berjuta peminta Badminton di Malaysia.
Sekali lagi anak didik Misdun Sidek melakarkan nama sebagai Juara All England. Selepas Hafiz Hashim pada 2003, kini Datuk Lee Chong Wei melakar kejayaan di Kejuaraan All England. Tetapi lawan Chong Wei kali ini bukanlah satu nama besar dalam arena badminton dunia. Bukan Lin Dan, bukan Taufik Hidayat atau bukan Peter Gade tetapi Kenichi Tago.
Kenichi Tago adalah seorang pemain Jepun. Anak didik daripada pakar beregu Korea Park Joo Bong. Kenichi bermula garang setelah menjarakkan mata 5-0 pada set yang pertama. Pasti semua rakyat Malaysia resah akan kedudukan semasa. Chong Wei terus mencari rentak sehingga berjaya mendahului Kenichi Tago 17-15 pada set pertama.
Datuk Lee Chong wei meneruskan kemaraan dan dapat menewaskan Kenichi Tago pada set pertama dengan 21-19. Namapk satu kepuasan yang tidak terhingga di raut wajah Chong Wei dan juga Misbun Sidek. Pada set ke-2 pula, Chong wei meneruskna perjuagan dengan penuh bergaya pada awal permainan. Berjaya menjarakkan kedudukan sehingga 10-6 pada awalnya.
Namun Kenichi Tago meneruskan perjuangan sehingga berjaya menyamakan pada kedudukan 11-11. Sekali lagi Kenichi Tago menguji Datuk Lee Chong Wei. Sudah pasti ia membuatkan Chong Wei lebih berhati-hati menghadapi tentangan hebat anak muda ini. Semuanya di hadapi dengan tenang sehingga Chong Wei menamatkan set ke-2 dengan 21-19 dan seteruskan menjuarai All England 2010.
Tahniah untuk Datuk Lee Chong Wei dan Misbun Sidek. Kejayaan demi kejayaan di lakar oleh Datuk Lee Chong Wei. Selepas ini Chong Wei akan bersama rakan-rakannya untuk Piala Thomas. Semua rakyat Malaysia mengharapakan agar Malaysia membawa pulang Piala Thomas dengan jayanya. Satu lagi impian untuk semua rakyat Malaysia adalah pingat Emas Olimpik. Mungkin Datuk Lee Chong Wei boleh mengalas tugas ini dengan baik. Teruskan usaha dan terus berjaya di Arena Badminton Antarabangsa untuk Datuk Lee Chong Wei.
Tahniah!!!
Malaysia Boleh!!! 😀
Sudah semestinya Malaysia Boleh, Blogger Boleh dan Kita semua boleh…
agak-agak selepas ni anugerah pangkat apa pulak Datuk LCW ni dapat? apapun tahniah padanya dan tak lupa juga buat jurulatih beliau 🙂
Yang penting tu, Chong taat dan setia pada Misbun Sidek. Orang yang menaikkan namanya sehingga No 1 Dunia beb…
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei..Masa dengar berita pagi tadi,rasa bangga dan tiba-tiba lagu Ella(Standing in the eye of the world)terngiang2 kat telinga..
Malaysia Boleh!!
Bro tu lagu yang boleh menaikkan semangat kita semua…Memang best semalam tgk game tu.
aku harap, kita dapat piala thomas tahun nih..
Tu laa pasal..sebab dah lama tak menjulang Piala Thomas ni..
Pingback: Blog Shaffik » Lee Chong Wei Juara All England 2011.