Adnan Sempit Memang Best

By | January 20, 2010

jung minggu lepas aku berkesempatan menonton cerita Adnan Sempit. Pada mulanya aku nak tengok cerita AVATAR. Tetapi isteri pulak nak tengok Adnan Sempit. Hmmm. Tak apa laa layankan aku. Ternyata memang berbaloi aku menonton cerita Adnan Sempit.

Dari mula cerita ini menerjah ker skrin pawagam, aku dan penonton lain memang tak terlepas dari gelak. Sepanjang masa memang tergelak dan pecah perut. Tak sangka Ahmad Idham boleh mengarah Filem hebat sebegini. Gelak dari awal hingga penghujungnya.

Sedikit sinopsis filem Adnan Sempit.

Adnan (Shaheizy Sam) adalah seorang Mat Rempit yang tinggal di Kuala Lumpur. Rakan-rakan menggelarkannya Nan Sempit kerana hidup sering sahaja di selubungi kesempitan. Bekerja sebagai mat despatch di syarikat Nadia (Intan Ladyana). Kawan baiknya Bobby (Along Raja Lawak). Adnan memang suka dengan Nadia.

Terdapat satu insiden yang menyebabkan Nadia mengaku Adnan sebagai boyfriendnya. Di sinilah bermula segalanya. Kisah suka-duka percintaan, kehidupan mat rempit, wanita korprat dan penuh dengan gelak ketawa. Yang paling best bermula dengan Kelakar dan di hujung pun kelakar tak ingat. Siapa yang belum pergi menonton Adnan Sempit, pergi ke pawagam yang terdekat dengan anda. Memang berbaloi…

Aku berikan Adnan Sempit 4 bintang untuk filem Melayu.

15 thoughts on “Adnan Sempit Memang Best

  1. samdaddycool

    Aku ingat tk best masa pergi panggung aritu. Aku tonton cerita spy next door (Jackie Chan). lain kali boleh tengok Adnan Sempit ni.

    Reply
  2. Jmay

    hahah..memang lawak citer nih..seyes xrugi klu tgk..ak da tgk 2 kali da..dan dua2 kali aku gelak besar..hehe 😀

    Reply
  3. aktechpage.com

    Beshhnya ada wayang, sini juga xde…apepun tunggu download je drpd internet.
    Kebanyakan trend perfileman Malaysia skrg lebih banyak buat filem2 komedi serius spt Adnan Sempit ni.
    Aku lebih suka tgk filem2 arahan Afdlin Shauki especially filem yg komedi2.

    Apepun, industri perfileman Malaysia skrg semakin maju jika berbanding pada era 90-an.

    Reply
    1. Shaffik

      Bro, ko duduk kat maner? tak wayang ker? Betul tu. Aku setuju dengan pendapat ko. Filem sekarang lebih banyak filem komedie serius. Tetapi banyak meninggalkan kesan yang kepada penonton. Satu perkembangan yang baik untuk Filem Malaysia.

      Reply
      1. aktechpage.com

        Duk kt Kelantan…sini diharamkan panggung wayang…kerajaan negeri x bagi…

        TRG pun….x bleh wat panggung jgak, nanti kerajaan negeri skrg kaloh lg…

        Sabor je le, nasib baik ada internet. TGk movie wayang sorang2 dlm bilik. 🙂

        Reply
  4. mr.eims @ perfume

    Macam best je pulak ko cerita nie :p aku biasanya filem melayu ni kurang sikit. jarang2 jer yg member recommend aku akn tgk. uhu.. well . maybe leh try yg ni juga 🙂

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Eims, Tgk jangan tak tgk. Memang berbaloi. Percayalah. Saya pun jarang tgk filem melayu. Tetapi Adnan sempit ada kelainannya..

      Reply
  5. shaharil

    Yang tak boleh bla tu pepatah ” di mana ada kemahuan, di situ ada highway”. Sempat jugatengok cerita ni,walaupun bukan kat panggung.

    Reply
    1. Shaffik

      Aah, sekarang dah ada kat Astro Warna setiap jumaat. Adnan Sempit The Series…aku sememangnya layan….

      Reply

Leave a Reply to mr.eims @ perfume Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.