Aku pasti ramai di luar sana yang masih tercari-cari apakah business di Internet yang boleh menjana wang. Betul atau tidak dunia Internet boleh memberikan pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap? Persoalan ini masih lagi bermain-main di fikiran semua orang terutamanya yang saban hari menatap Laptop atau komputer melungsuri Internet.
Aku bukannya otai dalam perniagaan Internet. Dalam menjana wang di Internet. Tetapi aku sudah nampak akan kebersekasannya jika kita memanfaatkan Internet sebaik-baiknya. Mungkin anda saban hari melayari Facebook, Friendster, Myspace dan seangkatan dengannya. Tetapi mungkin anda tidak tahu bahawa Internet juga mampu menjana wang . Percaya atau tidak?
Aku juga dahulu seperti apa yang dinyatakan di atas. Tetapi setelah menceburi dunia blogging, pemikiran dan tatapan seharian aku di Internet telah pun berubah. Daripada membuat perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil, alangkah lebih elok jika aku menjana wang dari Internet.
Mungkin masih ada lagi yang tidak percaya bahawa blogging tidak kemana. Kerja yang membazir katanya. Menulis mengenai hal perihal peribadi, kisah bersama-sama kawan, lepak di gerai makan dan sebagainya. Semuanya nak di ceritakan di blog. Inilah pemahaman dari respon yang aku terima mengenai blogging. Tetapi ader blogger yang saban hari menulis kisah hariannya juga mampu menjana wang daripada bloggnyer.
Percaya atau tidak dengan adanya blog, kita boleh mendapat pendapatan sampingan setiap bulan. Inilah yang aku rasai dan aku terima setelah hampir satu tahun setengah menceburkan diri dalam dunai blogging. Inilah pendapatan sampingan aku setiap bulan yang sekarang ini menjadi rutin setiap bulan. Dari zero aku menapak ke dunai blogging, dan kini aku sudah mampu tersenyum apabila setiap bulan insyallah ada duit tambahan di akaun Maybank atau Al-Radji aku.
Blogging adalah satu job skop yang luas. Ianya bukan hanya tertumpu pada blog peribadi sahaja, banyak lagi cabang-cabang yang boleh di manfaatkan pada blog. Aku berpegang pada satu benda sahaja, mungkin apa yang aku tulis hari ini tidak bermakna pada semua orang. Tetapi siapa tahu 2 atau 3 tahun akan datang entri yang aku tulis menjadi tatapan umum. Ramai yang mencari informasi yang sama ketika itu. Tidakkah itu sesuatu yang manis bagi seorang blogger tegar seperti aku. Tambahan pula ketika itu ada duit sampingan yang masuk setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Tiada siapa yang tahu.
Mengapa blog? Kenapa tidak benda yang lain? Dari mana duit-duit tu datang yer? Ini soalan yang biasa aku terima daripada rakan-rakan apabila aku menceritakan aku menjana wang daripada blogging. Jawapan mudah sahaja. ADVERTISER. Di setiap sudut blog pasti ada ruang-ruang yang boleh di isikan denagn perkataan, banner, atau apa sahaja yang berkaitan dengan iklan. Inlilah yang dicari-cari oleh adversiter-advertiser di luar sana. Tahukah anda, di setiap sudut blog seseorang itu adalah mempunyai nilai-nilai yang tertentu. Inilah yang aku buat sehinggakan aku boleh mendapat wang daripada blog. Aku pernah menceritakan bagaimana aku boleh dapat RM647.50 dengan hanya 10 minit sahaja. Bacalah entri itu untuk melihat bukti dan inilah realitinya.
Contoh di atas adalah pendapatan aku di Niche Blog aku. Blog yang berbahasa Inggeris. Alamak kena berbahasa Inggeris laa pulak. Inilah perkataan yang selalu aku dengar. “yang bahasa melayu tak ada ker”? Blog Shaffik.com iaitu blog berbahasa melayu aku juga pernah menghasilkan wang. Lihat screen shot di bawah :
Ini adalah pendapatan aku apabila meletakkan banner affiliate senang hamil pada sekitar bulan Julai 2009. Lihatlah sendiri, siapa kata Blog yang berbahasa melayu tidak boleh menjana wang. Walaupun Rm30 dan mungkin ianya tidak bernilai bagi anda, siapa yang nak bagi RM30 pada anda tanpa apa-apa usaha kan?
Soal bahasa melayu atau Inggeris itu adalah soal ke-dua. Pucuk pangkalnya percaya, yakin dan usaha yang berterusan. Inilah yang aku pegang sehingga hari ini. Dari mula dahulu yang tidak tahu menahu pasal blog, hinggalah aku menerima hasilnya sekarang. Bukan mudah nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah kan.
Dunia Internet semakin hari, semakin luas. Kita tidak tahu apa yang akan keluar tahun depan atau dua tahun lagi. Dari itu aku merasakan alangkah ruginya jika tidak mulakan dari sekarang. Masih belum lagi terlewat untuk memulakan sesuatu yang mampu membantu kita menjana wang di dunia Internet. Banyak yang boleh kita perolehi dari Internet terutamanya menjana wang. Blogging adalah salah satu jawapannya yang anda cari-cari selama ini. Mengapa aku menyarankan berblogging. Sebab aku sudah merasai kemanisannya sekarang. Alhamdullilah. Jumpa lagi di lain Entri.
Pingback: negaraku.net
Salam bro Shaffik.
Terima kasih atas pendedahan blogging kepada para pembaca. Rasanya x lame lagi blog bahasa melayu pun akan menjadi tumpuan pada advertiser.
Tapi biasanya kita sendiri perlu approach advertiser tu. Bile lagi waktu yang terbaik kalau bukan sekarang? 😉
Semoga kita dapat berjumpa dalam seminar blogging 18hb nie 🙂
Ayat ‘ Sebab aku sudah merasai kemanisannya sekarang’ pernah ku dengar tapi di mana ya..
Bagus ni. perlu buat pendedahan, blogging adalah salah satu sumber pendapatan lebih2 lg blog utk perniagaan.
blogging memang indah =D
Betul tu, Alone. Sangat indah. 😀
Aqif : Insyallah kita jumpa di Seminar itu.
Zool : Yer ker pernak dengar..sap ckp eh…hehehehe
Shahrul : Betul tu. Kalau berniaga lagi laa seronok.
Alone : Memang Indah
Fatin : Yang betul
peluang jana income dari internet sgt terbuka luas.
tinggal kita je nk usahakan.
Dr.Aku : Pucuk pangkalnya nak atau tidak sahaja..
dari dulu aku dah tahu potensi blog melayu nih. Sebenarnya, semuanya dari kita aje. Kita nak atau tak nak..
Titan : Yes aku memang percaya..tambahan pula ko pun selalu cerita kat blog.
Betul tu, jika tidak mula dari sekarang kapan lagi mo mula. Sebelum orang lain mula, kita harus start sekarang.
Pingback: rohaizad dot com » Pelan-pelan kayuh…
BEtul tu.
Aku tak paham kenapa ornag byk buang masa di FB dan laman sosial lain…nak update status kat situ…baik update kat blog sendiri…tak gitu..?
Tu laa daripada menghabiskan banyak masa di FB, lebih baik habiskan masa kat blogging…banyak faedahnya…
Masalahnya mungkin mereka tidak tahu dan belum celik blog lagi. Bila tak tahu dan bila sebut saja blog boleh buat duit, masing-masing dah fikir skim2 cepat kayap dan cakap menipu.
Itu dah memang lumrah orang zaini. Kadang-kadang bile kita cerita dia orang tak percaya. Dan mungkin apa yang kita dapat daripada berblogging tu tak banyak. Mereka kebanyakkan sukakan yang FasT Money.
Yang penting berblogging ini boleh di katakan pelaburan jangka masa yang panjang. Bukan boleh di kecapi sebulan dua. Itu yang orang tak nampak.
Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.