Tongkat Ali : Sedap tapi memberi kesan.

By | April 28, 2009

Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.

Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai ke  malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.

Minggu lepas aku jumpa dengan dia. Seperti biasa lepak minum dia mesti order tongkat ali. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku pun pelik. Kenapa dia tak minum tongkat ali lagi. Rupa-rupanya, semasa dia mengamalkan minuman tongkat ali, kepala sering terasa pening. Pergi cek dengan doktor, dia ada darah tinggi. Doktor menasihatkan agar dia tidak mengamalkan minuman tongkat ali. Sekarang dia tidak mengamalkan lagi minuman tongkat ali. Apa keputusannya? Segala sakit pening semuanya hilang. Darah tinggi pun dah berkurangan.


Cerita kedua, datangnya dari member aku sendiri. Dia di masukkan ke hospital kerana buah pinggangya tidak berfungsi dengan baik. Sebelah daripada buah pinggangnya tidak berfungsi dengan normal. Dia sering sakit-sakit kepala yang kronik dan sakit belakang. Sehinggakan kecing berdarah. Bila doktor tanya, bagaimana pemakanan harian dia. Dia makan seperti biasa sahaja. Doktor tanya lagi, adakah dia minum tongkat ali? Dia menjawab, tongkat ali adalah minuman rutin hariannya. Dia mengamalkannya sejak 2 tahun lalu. Nasihat yang sama dari doktor seperti cerita pertama, kurangkan dan jangan amalkan minuman tongkat ali setiap masa.

Doktor juga menerangkan, sebenarnya tongkat ali tidak elok di buat minuman rutin harian. Ia sebenarnya minuman untuk ubat-ubatan seperti orang dulu-dulu lakukan. Dia juga tidak menggalakkan pengambilan minuman tongkat ali secara berterusan. Bukan tak boleh minum, tetapi tidak kerap. Sekali sekala itu di benarkan. Jadi di sebalik kesedapan tongakt ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita. Jadi timbang-timbang dan fikir-fikirkanlah.

37 thoughts on “Tongkat Ali : Sedap tapi memberi kesan.

  1. alone

    fuh, bahaya juga tongkat ali rupanya.

    teringat kisah kawan aku di kolej. minum tongkat ali masa larut malam, esok pagi dia xdapat kelas. xboleh pakai seluar! faham2 jela kenapa. pelik tapi benar. hoho.

    Reply
  2. Fatin Pauzi

    Herm, macam mana lak ngan Kopi Kacip Fatimah ek?
    Hhuuh. Siyes, aku addict gile ngan kopi Kacip Fatimah.
    Nak kata kesan buruk tu, mmg ade. Migrain yg obviousnye.
    huhu. Insomnia pun ade. Haish, kopi sedap sgt ekpong.

    Reply
  3. Shaffik

    Alone : tu laa. Aku mula-mula pun tak percaya ngan cerita member aku tu. Tapi dah kena kat saudara sendiri. Nak kata apa lagi yer..

    Fatin : Kacip fatimah tak tau pulak..Tapi kalau fatin pun selalu rasa migrain..mungkin itu laa kesannya..

    Reply
  4. MeeT uNcLe sHaH

    Salam,

    Betul “kaw” la Tongkat Ali! hahhahaha

    Yang aku pelik buat ape la student pon amalkan tongkat ali cam member aku kat kolej tu!
    huhuhuhuhuh
    ;p

    Reply
  5. eZad

    Bro sama lah mcm pil jugak, kalu doktor cakap makan pil 3x sehari, maka ikutlah jangan lebih2 plak mkan nnti penyakit lain plak dtg, tapi mmg bahaya minum selalu, pasal buah pinggang kan control untuk tenaga, kalu dah rosak payah beb semua x berfungsi nnti.

    Reply
  6. Shaffik

    Meet Uncle Shah : Tu laa..sekarang ramai yang amalkan. Bahaya jugak tu..

    Ezad : tu laa..bila dah jadi amalakn tu yang merbahaya.

    Titan : ya aku setuju..sesekali tak mengapa..

    Reply
  7. Akmal

    Aisehh….Tongkat Ali tu salah 1 minuman feveret aku ni…tp xdela minuman rutin harian…3/4 hari sekali minumlah…
    Ape yg besh minum air ni ialah masa kencing…heheheh…wangi je bau air kencing especially lps minum air tongkat ali CNI… 😛

    Reply
  8. Lee

    baru aku tau ade gak kekurangan tongkat ali ni.
    so kalau nk minum kene berpade2 la.
    tapi tongkat ali best la.. haha!!

    Reply
  9. Shaffik

    akmal : bau die memang best,…hahahahahaha

    Lee : sekali sekala boleh laaa…jgn amalkan..

    Reply
  10. samdaddycool

    Ada seorang chef ni, member dia 11 orang amalkan tongkat ali. hasilnya, kesemuanya ada kencing manis – sebab gula yang digunakan adalah 4 kali ganda bagi memaniskan tongkat ali yang pahit.

    Reply
  11. alfie

    hmm….benda nih sepatutnya,kena minum sebulan sekali….bukannya melantak hari2…..

    Reply
  12. halim

    Perghhh….ade kesan sampingan jugak ye..tongkat ali….orang dulu2 mane ade minum tongkat ali selalu….sekali-sekala je……saya peminat utama minuman herba tu..tapi saya amalkan seminggu or dua minggu sekali….skang ni..macam2 kopi ada dipasaran…semuanya ada herba tongkat ali…hmmm..berapa banyak pokok tongkat ali ada dalam dunia ni….

    Reply
  13. ziela

    kalau selalu minim kopi, biasanye memang bolh sakit kepala, aku ingat mungkin bukan tongkat ali atau kacip fatimah tu puncanya mungkin kopi kot….. sebab kalau minum kopi banyak-banyak memang sakit kepala walau pon x campur tongkat ali ke kacip fatimah ke….

    Reply
  14. persona

    nie ckit info dr ape yg ak blaja, setiap ubat yg kte makan nie bkn nyer’magis bullet’.. mean mmg akan ade side effect… sme lar cam tongkat ali nie, ade kebaikan ade keburukan, tp ak xtaula mne lg byk.. n ak x nah npk lg mekanisme tongkat ali dalam badan nie… kalo ade spe2 nak bg info bole lr bg..

    Reply
  15. pulpa

    ada beberapa sebab..sebenarnya minuman tongkat ali yang dipek terutama 3 dalam 1 hanya mempunyai 0.05% saja tongkat ali..selebihnya adalah gula…faham2 saja kalau minum lebih gula ni..

    kesan sumbat buah pinggang tu adalah disebabkan oleh penggunaan serbuk tongkat ali..kita hanya bole minum ekstrak tongkat ali..bukan serbuk kayu

    Reply
  16. Drzaklie79

    iya betul tu…..saya sendiri pernah terkena…pada tahun 2006 musim piala dunia ….saye minum tongkat ali……3 hari 3 malam tidka dapat tidur……..jadi macam seorang penagih dadah jer rasa….nasib baik saye minum air buah kelapa muda barulah hilang kesan tongkat ali tu dan saye dapat tidur dengan nyenyak selepas itu…..saye telah bersumpah tidak akan meminum air tongkat si Ali lagi………ada racun tu…..dadah semulajadi jer tu…..hahahahahahahahhahhahahha…penipu punya kilang yg keluarkan produk tongkat ali ni

    Reply
  17. RIZAM

    ORANG DULU2 YANG MINUM TONGKAT ALI SEBENARNYA TAKUT NAK MAKAN OBAT DOKTOR,,TAKUT PENDEK UMUR, TAPI YANG PENTING UNTUK JAGA KESIHATAN

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Rizam. Betul tu. Itulah yang bapa saya cakap. Tetapi bila tongkat ali telah di komersialkan bukannya tidak boleh di minum langsung. Tetapi perlu dikawal. Takut ada kesan sampingan.

      Reply
  18. eliza

    salam.

    sy terasa nk share pengalaman sedikit kat sini.

    baru2 ni sy ader melawat sebuah kilang proses tongkat ali & kacip fatimah. kualiti herba kat sini mmg tinggi sbb ia bukan proses akar mentah tu saje tapi telah mengekstrak & menetap piawai chemical compound tongkat ali tu. (kacip fatimah belom lg).

    sy diberi sample kacip fatimah dlm kapsul. dlm 1 kapsul ada ekstrak kacip fatimah asli 100mg. katanya dlm journal ader tulis pengambilan kacip fatimah adalah lebih kurang 100mg sehari. jadi sy pon mula ambil sebijik tanpa campur dgn supplements lain. kesannye???

    selepas ambil sy terus sakit kepala tanpa henti selama hampir 10jam. akhirnya sy muntah2. pd keesokan harinya sy bgn pagi & muntah2 lagi, kemudian pening2.. bila jumpa dgn doktor, katanya tekanan darah & heartbeat sy sgt2 rendah! itu la yg menyebabkan sy mendapat simptom2 tersebut.
    sy ada noted down pengalaman ni dlm blog sy: http://lifefoodsandnutrition.blogspot.com/2010/03/penangan-kacip-fatimah.html

    kenapa jd mcm ni? sbbnya ialah sy mmg mempunyai tekanan darah rendah & kacip fatimah ader properties yg boleh menurunkan tekanan darah. maka tekanan darah sy yg memang rendah tu turun merudum dgn sgt cepat. so utk org mcm sy ia memberikan kesan adverse. tapi kalo org yg ader tekanan darah tinggi, kacip fatimah akan beri kesan yg positif kerana ia mampu menurunkan tekanan darah org itu pada paras normal.

    Reply
  19. eliza

    satu lg sy dpt tau dlm produk minuman tongkat ali cuma diletakkan 3mg jer sebotol.. patutnye takde kesan pape pon…

    Reply
  20. Syam

    Buat masa ni ,minum tongkat ali yg direbus sendiri, akar tunjang ambil dalam hutan…Alhamdulillah ..xdak masalah lagi…

    minuman 3 in 1 mmg tak berapa bagus amal hari2…cuba elakkan atau kurangkan

    Reply
  21. reefa

    Tongkat Ali tu xsalah, yg salah Kopi campuran tuh….kopi kafein n gula berlebihan….if amik ekstrak tongkat ali shj, rsanya boleh turunkan kadar gula n darah tggi…

    Reply
    1. Jangtrabai

      Betul tu tuan. Kalau ambil minuman tongkat ali sahaja takkan ada effect. Ini minum kopi campuran alamatnya kena penyakitlah… Adoiii.. Org dulu2 minum Tongkat ali juga.. Xde Apa2 pun.. Panjang umur lagi ada

      Reply
  22. Indraohm

    Tongkat ali cafe atau kopi tongkat ali tu yg bahaya, klau rebus akar n mnum air rebusan rsanya xbahaya tp mnkin skli sehari ok la jgn lebih2..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.