Dahulu aku sememangnya benci kerja kilang. Aku memang tak suka kerja kilang. Sebab apa, aku ingatkan kerja kilang tu penat. Dan aku ingatkan kerja kilang tu hanyalah operator sahaja. Lepas SPM tahun 1998 semua kawan aku bekerja Kilang sementara tunggu nak futher study. Aku tak kerja kilang, Aku sanggup kerja di Mun Loong / Kamdar sekarang ni di Plaza Kota Raya. Dahulu aku selalu memperlekehkan orang-orang yang kerja kilang. Dan aku cakap dengan diri aku, aku tak nak kerja kilang.
Tapi Tuhan MAHA Kuasa, Tuhan nak tunjukkan balik pada aku. Pada tahun 2005 selepas aku habis study aku kerja Kilang. Tengok laa Tuhan nak tunjukkan pada aku. Aper yang aku perlekehkan tu laa punca rezeki aku sekarang. Rupa-rupanya baru aku tau, di Kilang laa paling banyak sekali Jawatan-Jawatan yang di sediakan. Di kilang lah aku dapat ramai kawan. Banyak juga kelebihannya kerja Kilang. Jangan ingat kerja Kilang tu “Operator” sahaja. Banyak lagi jawatan-jawatan yang tinggi kat dalam tu. Tak caya tanya Nuaeman.
Setahun lepas selepas aku berumah tangga bersama Isteri aku, Family sebelah wife aku bertanyakan aku. Shaffik kerja apa? Aku cakap aku kerja Kilang je. Aku tak mention pun yang aku Peson Incharge on IT. Semua layan aku macam acuh tak acuh jer. Yer la mereka semua kerja Gomen. Kira cam tak best laa kerja Kilang ni. Tak standard agaknya.
Tak apa laa. Janji mak dan bapa mertua menerima aku seadanya. Aku cakap dalam diri aku, mungkin mereka memandang rendah pada aku ni. Tak apalah. Tapi akhirnya mereka tahu aku ada jawatan dalam kilang tu. Belajar pun bagus jugak. Baru laa nak berbual dengan aku. Panjang lebar lagi.
Mengapa orang-orang kita ni suka membanding-banding kan kerja kita dengan orang lain. Lagi-lagi kalau kerja kerajaan. Selalunya mendapat pujian menggunung. Yang kerja lain-lain ni, selalu dipandang rendah. Kenapa eh? Maaf kan aku, bukan niat aku untuk mengutuk orang-orang yang kerja kerajaan. Tapi aku hanya bercakap mengenai realitinya orang-orang kita sekarang ni. Kadang-kadang sampi soal kahwin pun memilih. Tak nak anak-anak kahwin dengan orang kerja Kilang. Kenapa??? Pemikiran orang-orang yang kerja kilang ni Kolot sangat ker? Ape buruk sangat ke kerja kilang ni eh? Kawan-kawan tolong ulas…
orang sebenarnya tak faham dan cuma ingat kerja kilang ni macam dahulu kala. Dulu kerja kilang tak dinafikan memang gaji kecik dan jawatan tak banyak lagi. yelar kan masa tu mana ada teknologi yang canggih. sebab tu mereka masih fikir gitu. sabar lah yer. Sekarang ni kawan aku kerja kilang pun cecah gaji RM4000-RM5000. nak lawan kerja Gomen, senang senang jer. Apa apa pun semua orang mempunyai rezeki yang berbeza kan
orang tak leh terima kot kalo cakap kerja kilang..kene cakap..saya kerja industri..baru nampak gempak sikit..hehe..
Terpuji ape shaffik..sekurang2nya rezeki halal, bukan kita mkn dari duit haram, hasil ngular,elaun itu ini, seminar makan angin dan dpt duit under table..hehe, terpuji ape keje kilang. π
Taukey : Itu yang aku nampak sekarang setelah hampir 4 tahun kerja kilang ni.
ezad : memang betul pucuk pangkalnya rezeki yang halal.
aku keja gomen. tp dulu aku keja gak kilang. tak semua keja gomen pandang rendah keja kilang. keja jilang best apa. wuhuu…
yups shafik aku setuju tuh…keje kerajaan jadi PAR org pandang tinggi…nih yg aku jumper dlm life aku la…sgt menyedihkan. Aku pun penah keje kilang…
maksu ni mmg tak de cakap apa2 pasal kilang, maklumler, maksu ni selalu kena kata-katakan juger, sbb tak jadik angkasawan kot, oops! tapi maksu pernah kerja kilang masa tunggu keputusan peksa, serik, penat giler, tapi masa tu kerja line-line ler… mmg serik sgt.
dah memang jadi lumrah manusia akan memandang rendah pada yang bawah tapi diorang lupa tanpa yang bawah pasti takkan ada yang atas
Kak Jie kerja kilang dulu…JVC – sama saing dgn dgn Ziana Zain tu..hehehehe
mula2 operator je.. mana le tau nk minta apa, itu je yg di iklankan..lepas dah keja 3 bln jadi Section leader – 3 thn berurut2 jadi pekerja terbaik.
lepas tu jadi Production Clerk, best ape..berurusan dgn budaya Jepun.
lepas kahwin… berhenti jadi surirumah sepenuh masa. Jadi Domestic Engineer…hehehe
ok apa kerja kilang…akak ada member kerja kat kilang jer…sebagai engineer…pandangan masy mmg cenggitu π
anyway, tq yer sbb singgah di blog akak
exchange link yer…
aku pun dulu macam tu gak.. klu sebut keje kilang mesti aku xsuka… tak tau la kenapa…
Hakikatnya, ramai dari mereka melihat kerja kilang adalah sebagai “last resort”. Itu yang jadi macam tu.
kalau xsalah bas kilang lagi byk untung dari bas sekolah huhu…sebabnye.. trips dalam satu hari berape byk huhu.. kebanyakan kilang ade 3 shift..
p/s- boleh diterima ke jawapan aku nie
asalkan halal semua boleh. lemah sungguh pemikiran kita kalau memandang rendah pekerjaan ni. bermula dari bawah, aku yakin ko boleh berjaya nanti. kerja kerajaan tiada apa yang boleh dibanggakan selain guru sahaja~
masalah mindset je ni…asal kite makan duit halal sudah…
p/s – baru aku tau ko dah kawin…huhu
chik, tul la ckp ko 2.ak pn lps spn sggp xkeje.xnak keje kilang.at last lps abis belajar, ak keje kt kilang gak.jgn pandang rendah akan sesuatu pekerjaan sesorang, tp pandang pada hatinya..
Aper-aper pun kerja kilang juga satu kerja jugak.Satu sumber rezeki yang halal jugak. Pada aku yang dah dok kerja kat kilang ni memang takder bezanya ngan kerja-kerja lain. Yang penting halal…Spatt: ko baru tau aku dah kawin ker? Diam-diam yer…
ak ader plan nak keje kilang dulu after grad nie, rmi ckp jato standard, but ak nak cri pglaman, tp ekonomi msia skunk nie buat kilang buang org byk ler skunk.. btw great website.. dulu pakai blogspot je eyk.. =)
Kilang pun ok, cuma gaji ciput sbb tu ramai xnak keja. Aku lepas habis SPM 1988 terus kerja kilang getah. Ulangan GETAH, busuk satu hal. Balik umah semua merah sbb kilang ni proses latex utk buat getah buritan kapal. Tapi inilah yg mengajar aku apa itu kepayahan mencari duit.Jadi skrg aku lebih hargainya.
ps:Linatex thanks you for being my first job.
Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Senang ramai kawan.
kerja kilang sebenarnya lagi byk dapat duit…
amoi pernah kerja kilang ker?
Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Dilema Seorang Suami
kerja manaΒ² pun tak kisah..keje kilang ke, angkat sampah ke, cleaner ke..
yg penting HALAL..
mentaliti manusia ni je yg tah ape2.
Salam bro,
Aku pun nak share, la.. Walaupun benda nie dah lama.. π
Aku sebelum nie bekerja kilang selama 6 tahun.. (Sekarang baru masuk goverment sector)
So, nak kata lekeh ke tak reja kilang nie.. Aku rasa tak.. PAsal bank sebulan aku leh dpt RM 2,000..
Memang xbnyk bagi sesetengah org. Tapi pada aku.. Duit aku xpernah putus waktu kerja kilang dolu.. ( Sama gak reja gomen skrg )
Pada aku, lekeh org yg selalu memandang rendah pada kita jer.. Jadi, abaikan jer..
So, selagi kita tidak melakukan kesalahan undang-2 dunia dan syarak.. Wat apa nak malu.. π
Sekian..
“Salam usahawan,salam kejayaan dan dalam keceriaan”
aku ni pun seorang pekerja kilang sekarang ni π
Azwan : Tak per..janji ada kerja sekarang. Asalkan halal.
Kalau aku lagi orang pandang sebelah mata… niaga paso malam……
sebenarnya kalau kerja kilang jawatan tinggi2 mmg orang tak pandang rendah. mcm abang aku umur baru 29 thn tp dah jadi manager bahagian it. gaji pun 5000++.tp kalau setakat kerja kilang tak brape ada position tp berlagak jer lebih mmg aku pandang rendah.mcm kampung hubby aku, mertua aku citer yang anak kawan2 dia kerja kilang dapat bonus berpuluh ribu, citer pun tinggi melangit, mana aku ngan hubby aku nk caya, setakat kelulusan spm pun sipi2 jer lulusnya, kerja kilang jawatan bodoh2 jerla boleh pun.member aku pun ada sorang berlagak sgt laki dia kerja kilang. jawatan takderla besar mana pun.setakat asisstant jurutera jer.gaji pun rm1800 jer.tp berlagak macamla besar sgt.hubby n aku cuma kerja gomen jer..tp at least kami gomen dah gred 44.gji pun 4OOO+.sbb tu la org dengki kerja gomen ni.3 thn kerja dh naik pangkat.pastu dapat banyak benefit. pencen dgn duit ganjaran lagi..jauh lebih banyak la dr org kerja kilang bila kami bersara nanti
yg duk bangga sgt keje kerajaan tu pe hal.bangga sgt dgn jawatan tu ape kes.laki aku keje oil and gas kat kuwait pun xbising cem korang.bulan2 dpt 30ribu mainan aje.xpayah duk bangga la keje kerajaan tu,bukannya byk sgt gajinya.
Atie : Wah marah betul die dengan Orang Kerja kerajaan…sabar2..
aku keje kilang buat sarung tangan getah utk hospital n aku rasa bangga sebab kalau x ada orng keje dkt situ mst orng hospital susah nak buat keje.ye la takut nnt klu x pakai sarung tngan,jangkit plak
Tu laa amy, siapa kata keja kilang tak ada jasa. Nah ini buktinya..Thanks amy..
betul tu, keje kilang atau keje kantor sama saja. Yang penting tu halal…
Ya betul..yang penting HALAL..
salam perkenalan…
nak kongsi cite aku yg kebetulan sama dgn cite tuan rumah.family awek aku mmg pandang aku sebelah mata sebab kerja sendiri sampaikan diaorg risau aku nyusahkan anak diaorg dan x mampu bayar sewa rumah…mmg aku gelak besar! aku percaya rezeki dtg dari Allah dan x kisahlah berapa nilai gaji/pendapatan kita pun, pasti ada keberkatannya…
Ya Betul tu. Rezeki datang dari Allah. Yang penting kita sebagai umatnya, teruskan usaha mencari rezeki yang halal.
semuanya disebabkan mentaliti orang kita sekarang ni.. dah jadi trend hidup sekarang ni bila pergi mana2 mesti duk macam banding2 kan kerja orang.. bagi aku semua tu xpayah la nak dibanding2 kan.. yang penting hidup kita bahagia dengan duit yg halal sudah.. penting sangat ke kita kena tau sseorng tu keje hebat ke tak..??
Mentaliti sebegitu yang susah nak ubah. Mungkin terlupa asal usul agaknya. Betul, yang penting hidup dengan duit halal.
Aku dah keja gov dekat 12 tahun dan ingin berhenti disebabkan nampak tidak kejujuran dalam pentadbiran dan beberapa faktor yg tidak boleh aku sebutkan di sini….ramai nasihatkan aku jgn berhenti termasuk bapak aku tapi aku tekad nak keluar dan mulakan hidup baru..bukan semuanya indah kerja dalam gov ni..aku pernah minta keja kilang dulu tapi gagal sebab dia nak operator pompuan saje, mengelakkan kemaluan aku terus kerja buruh binaan seterusnya kebun kelapa sawit dan terakhir pasaraya….walau aku menjawat jawatan tinggi dalam tugas tapi aku bermula dari bawah, pendek kata jadi kuli..aku pandang tinggi pada semua kerja yang dapat duit HALAL…
Pingback: Blog Shaffik » Ada Lagi Macam Ni Di Malaysia……
Sebenarnya bukan kerana kerja gomen atau kerja kilang ISUnya orang tak faham kenapa ALLAH jadikan kita atas muka bumi. Kenapa Allah jadikan orang pelbagai kerja dan pelbagai peringkat ilmu dan pengetahuan. Kena ngaji lagi ni. Inilah maslah umat Islam pada hari ini tak kenal diri. Sebab tu asik nak pandah rendah pada orang lain.
Semoga Allah buka mata hati kita supaya kenal diri. Orang yang kenal diri sentiasa bersyukur dan redo dengan segala apa dapat. Bersabar dan bersyukurlah dengan nikmat Allah nescaya akan ditambah rezki. Ini janji ALLAH.
krajaan dtg hasil.pun dri kilang2 kt malaysia… kalau dalam malaysia x ada kilang.. siapa yg nak wat smua brang2 yg krajaan slalu guna.. orang krajaan ke nk wat.. jangan pndang hina pda yg krja kilang..huhuhu