Upin & Ipin Ikon Malaysia.

By Shaffik on Wednesday, June 24, 2009
Filled Under: General, Hiburan

Siapa yang tek kenal dengan kartun Disney. Satu nama besar dalam industri kartun. Semua anak-anak pasti kenal dengan watak kartun ini. Malah Disney telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia. Mereka memukau setiap kanak-kanak di seluruh dunia dengan watak animasinya yang hebat. Malah Disney juga dijadikan Ikon yang hebat untuk Hollywood.

Aku rasa semua tahu pasal kartun animasi Upin dan Ipin. Aku bangga anak Malaysia yang mampu menghasilkan satu filem animasi yang hebat seperti Upin dan Ipin. Satu filem animasi yang mampu menarik penonton ke pawagam. Filem Geng Pengembaraan Bermula telah menarik perhatian semua lapisan masyarakat bahawa anak tempatan juga mampu menghasilkan filem animasi 3D yang hebat.

Rentetan dari itu, ia telah membuka mata semua pihak bahawa anak tempatan pun apa kurangnya. Mungkin kita tidak setanding dengan filem animasi Hollywood, tetapi dengan usaha yang di tunjukkan oleh LesCopaque membawa watak Upin dan Ipin ke persada perfileman negara amat membanggakan. Berjaya menarik perhatian semua lapisan untuk menonton filem animasi. Inilah satu fenomena baru yang aku perhatikan.

Read more…