Sebenarnya aku sudah sekian lama berhajat untuk mengeluarkan cerita pasal memancing. Aku bukanlah peminat pancing atau kaki pancing, tapi aku tertanya-tanya mengapa ramai orang minat memancing. Ramai rakan-rakan di tempat kerja aku yang suka pergi mancing. Bukan setakat kolam malah mereka meredah sanggup meredah lautan untuk memancing.
Aku mencari satu cerita yang menarik mengenai kaki pancing. Mengapa mereka suka memancing? Adakah hobi semata-mata? Adakah melepaskan tension dengan bebelan ibu atau isteri di rumah? Aku mendapat cerita dengan lebih mendalam mengenai Pancing. Seorang rakan tempat kerja aku memang kaki pancing. Aku menawar kepada dia untuk menulis satu artikel mengenai pancing. Alhamdullilah dia rela menulis. Bukan sekadar menulis artikel biasa tetapi ada maksud yang tersendiri di dalamnya. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Bro Yem kerana sudi menulis satu cerita yang menarik yang membuktikan “memancing bukan hobi yang remeh”. Ikuti cerita daripada Bro Yem di bawah..
Kita seringkali melihat aktiviti memancing adalah satu perkara yang amat membosankan, menjemukan, membuang masa, tidak popular dan pelbagai tanggapan yang negetif di lemparkan. Bila kita tanya tentang memancing bagi sesetengahnya beranggapan ia boleh membawa kepada sesuatu kegilaan yang melampau,hingga lupa anak bini di rumah, sanggup berhabis duit semata-mata untuk aktiviti yang tidak menjamin masa depan lalu ingin soalan yang sama di tanya pula kepada mereka tentang apakah aktiviti – aktivi yang berfeadah yang tidak membazir masa, wang dan tenaga? Mungkin bunyinya sedikit optimis tetapi ianya lebih berterus terang dan bersifat terbuka. Mari kita berkongsi pandangan dalam mengetengahkan topik ini untuk di bincangkan bersama.
Sudah menjadi fitrah manusia apabila terlalu obses dengan sesuatu ia melihat hanya dari satu sudut sama ada pro atau contranya bergantung dengan individu yang mempunyai kegilaan dengan sesuatu,maka dari situ kita yang memerhati ,dapat menilainya sendiri dengan adanya perbincangan tadi.Jadi di sini saya sebagai salah seorang yang terlibat dan menjadi penyokong kuat dengan aktiviti atau hobi ini memberi sedikit pandagan dari sudut kebaikkannya.




