Dilema Seorang Suami (Bahagian 2)

By Shaffik on Wednesday, May 27, 2009
Filled Under: General, Rumah Tangga

Pada  bulan Januari 2009 yang lepas, aku telah menceritakan dilema seorang suami. Banyak response yang diberikan. Terima kasih kepada pengunjung Shaffik.com yang sudi meluangkan idea untuk berkongsi pendapat untuk membantu AM.

Dua hari lepas aku sempat lepak minum dengan AM. Sambil tu aku bertanyakan hal rumahtangganya. Bukan aku menyibuk, tetapi aku ingin tahu apakah status kisah rumahtangganya. Dia cakap semakin teruk. Uik aku pun terperanjat. Pada mulanya aku lihat keadaan AM, seperti tiada apa yang berlaku. AM menjalani kehidupannya seperti orang-orang lain. Baik di tempat kerja, bermain futsal dan pergaulan bersama-sama rakan seperti biasa.

Dalam keadaan biasa pun, AM masih mampu menghiburkan rakan-rakannya. Walhal dia menghadapi satu konflik rumahtangga yang semakin menruncing. AM bercerita perangai Isternya semakin teruk. Semakin inginkan perpisahan. Segala apa yang dibuat oleh AM semuanya salah.

Menurut AM, isterinya menuduh AM tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diharapkan. AM menerangkan kepada aku, semua hutang seperti rumah, 2 buah kereta, credit card, duit belanja rumah, duit susu dan pampers anak, duit lauk pauk dan segala bill rumah telah di tanggung oleh AM.  Hampir semua gajinya telah di korbankan untuk menyelesaikan hutang piutang mereka berdua. Ini termasuklah satu pinjaman isterinya juga AM yang tanggung. Kalau diikutkan isterinya tidak menghadapi masalah kewangan lagi.

Read more…

Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan

By Shaffik on Tuesday, March 24, 2009
Filled Under: Agama, General, Rumah Tangga

Segala bermula sejak sebulan yang lalu. Aku dan Isteri telah berpakat untuk mencari sebuah rumah. Rumah sendiri untuk kami sekeluarga. Sebab aku merasakan alangkah ruginya jika tidak membeli rumah pada usia muda ni. Kami pun mulakan mencari rumah yang sesuai dengan pendapatan bulanan kami dan juga keselesaan kami. Hampir semua taman-taman di sekitar Johor Bahru kami pergi. Setiap hujung minggu kami kami buat pemantauan.

Setiap pemaju menawarkan macam-macam potogan harga. Ada yang memberikan rebet, ada berikan diskaun, ada yang mengatakan loan 100% dan macam-macam lagi. Setelah short listed, akhirnya kami memilih untuk membuat pelaburan di Bukit Tiram. Agak jauh sikit dari tempat kerja, tetapi harga dan keselesaan untuk kami sekeluarga berbaloi. Sesuai dengan pendapatan semasa kami.

Read more…

Suami menjadi surirumah? Boleh ke?

By Shaffik on Wednesday, February 18, 2009
Filled Under: Agama, General, Persoalan ?

Pasti semua rakan-rakan sekalian pernah mendengar cerita atau melihat sendiri bahawa suami menjadi surirumah. Aku tertarik untuk menulis entri ini selepas menonton cerita Mr Mama di TV3. Banyak faktor yang di kenalpasti mengapa suami boleh terjebak menjadi surirumah. Maksudnya orang yang menguruskan hal-hal di rumah termasuk menguruskan hal anak-anak. Maaf jika entri kali ini menginggung perasan pembaca-pembaca semua.

Jadi apakah sebab-sebab si suami boleh terjebak menjadi surirumah. Sebab-sebab ini adalah pendangan aku. Mungkin kawan-kawan ada pendapat lain. Antara sebabnya adalah:

1) Si Suami itu sememangnya pemalas nak bekerja. Kerja berat siki tak boleh. Memilih kerja.

2) Si isteri adalah seorang yang berkerjaya dan ada kedudukan di pejabat. Mungkin terlalu sibuk yang menyebabkan si suami mengalah untuk jaga anak-anak di rumah, memasak, membasuh dan sebagainya.

3) Si suami dah bosan untuk bekerja. Ambil jalan mudah berhenti kerja dan bergantung pada pendapatan si isteri.

4) Si Suami sudah terlalu selesa dengan apa yang ada. Jadi hanya membiarkan si isteri pergi bekerja mencari rezeki.

Read more…