Pada 16 April lalu aku telah menerbitkan satu cerita mengenai rawatan lintah. Ternyata aku mendapat banyak respon. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju dan ada juga yang marah. Namun segala komen yang diberikan samada setuju atau tidak tetap aku siarkan di ruangan komen.
Semalam aku menerima satu komen yang agak panjang daripada seorang pengunjung. Terima kasih aku ucap kepada patzzy yang menerangkan secara jelas mengenai persoalan yang aku utarakan dapam entri berkenaan. Sila baca dan mungkin ia akan menjawab segala persoalan mengenai rawatan lintah.
Inilah Komen dari Patzzy yang 100% original. Tidak di ubah walau satu perkataan pun. :
” Salam..Kepada semua pembaca..Sedikit komen dan penjelasan ingin sy berikan di ruangan ini ekoran topik dan komen2 yg agak menarik dr para pembaca sekalian..1stly ttg persoalan bhw adakah benar lintah boleh menyedut darah kotor pada tubuh badan dan anggota manusia sdgkan lintah ni bknla cerdik sgt nak bezakan darah kotor n bersih..Baiklah, di sini sy ada sedikit penjelasan, istilah darah kotor kt sini sbnrnya adalah darah2 yg bermasalah spt darah yg bertoksin, berasid, kolestrol n lain2..lintah ni jgk fungsinya adalah membersihkan darah dan memperbaiki laluan saluran darah kita yg bermasalah sperti darah beku, saluran darah yg tersekat disebabkan oleh lemak2 yg terkumpul dan memblok saluran darah tersebut n lain2 sebab lg..lintah ni sbnrnya ada 18 enzim yg menjadikan dia sejenis parasit yg sgt bernilai sekiranya manusia ni semua tahu akan kelebihan tu..salah 1 nya berfungsi sebagai agen anti pembekuan yg diknli sbg Hirudin..Hirudin ni kerje dia menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.Hirudin ni lebih baik dari bahan anti pembekuan lain sbb ianya adalah immunogen yg sangat lemah dan tidak merangsang tindakbalas allergik.




