Seperti yang semua tahu, banyak program realiti yang muncul di kaca TV. Masing-masing datang dengan pelbagai cara dan program. Ada program realiti untuk nyanyian, ada untuk persembahan, ada untuk si bintang kecil, ada juga untuk mencari bakat-bakat dalam tarian, ada juga mencari bakat dalam lawak jenaka, ada juga mencari peserta yang berpotensi menjadi anak wayang, ada juga yang mencari bakat dalm pembacaan Al-Quran dan macam-macam lagi.
Semua ini adalah sebagai usaha untuk mencari bakat-bakat baru untuk menghiasi dunia hiburan tanah air. Kesemua mereka dijadikan pelapis untuk dunia hiburan yang akan datang. Di samping mencari bakat-bakat baru, stesen televisyen juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk mempopularkan stesen mereka hasil dari program realiti yang dijalankan. Bila popular iklan pula dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Bukan itu sahaja, syarikat telekomunikasi juga melebarkan sayap keuntungan mereka dengan menjadi sponsor untuk program-program sebegini.
Read more…

Aku baru saja selesai menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Memang tidak disangka bahawa Nabil telah di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2008.
Tahun lepas tiada siapa pun kenal Nabil. Dari kerja sebagai Despatch, tetapi rancangan realiti Raja Lawak telah mengubah segalanya. Dari seorang yang tidak di kenali, kini Nabil dinobatkan sebagai Bintang paling Popular. Dia sememangnya patut di menerima Anugerah ini kerana bakat yang diberikan Tuhan untuknknya. Murah rezeki Nabil kan.
Siapa kata lawak tidak boleh popular? Siapa kata lawak tidak boleh buat duit? Siapa kata lawak tidak boleh kemana-mana? Tak salah aku katakan bahawa Lawak juga penyumbang besar dalam industri perfileman tanahair Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Saiful Apek dahulu mengegarkan dunia hiburan tanahair. Mungkin juga lawak sebagai satu cabang kecil dalam dunia seni. Dan tak keberatan juga Lawak kini semakin mendapat perhatian para penonton di Malaysia. Ini sesuatu yang amat baik lagi.
Read more…