Penulis blog pun ada pengorbanan ke? Tak percaya lah. Mungkin itu perkataan yang terpancul dari mulut orang-orang yang tidak menulis blog. Mungkin mereka menganggap penulis blog ni adalah kerja picisan yang mungkin tiada masa hadapan. Nak berkorban apanya? Bukak komputer, masuk internet dan taip jer la apa yang hendak di tulis. Berkorban apa lah sangat kan.
Itu mungkin pandangan dari orang biasa. Orang yang tidak pernah atau tidak mengetahui bagaimana kerja seorang penulis blog. Tambahan pula penulis blog macam aku yang menjadikan penulisan blog sebagai kerja sambilan atau part time. Jika penluis blog sepenuh masa atau full time blogger mungkin masanya lebih sedikit daripada penulis blog sambila atau part time blogger macam aku.
Jika seorang penulis sambilan seperti aku, masa agak terhad. Mungkin sebelah malam sahaja punyai masa untuk menulis. Ataupun di hujung minggu. Tambahan pula jika berkahwin dan ada anak. Wah lagi gawat kan. Bila masanya nak menulis?
Haa di sinilah wujudnya pengorbanan itu. Yang paling utamanya pengorbanan masa. Macam aku, aku memulakan segala kerja blogging pada jam 9.30 atau 10.00 malam. Aku mengupdate semua blog. Yang menjadi keutamaannya adalah blog-blog yang mendapat tarikan advertiser untuk melabur di dalam blog aku. Kadang kala, tak cukup tangan di buatnya. Hendak ke tak nak, memang kena buat. Semuanya untuk menjaga reputasi dan kredibiliti kita dalam berblogging.
Kadang kala berlanjutan sehingga jam 12.30 malam ataupun 1 pagi. Ini belum lagi termasuk membuat menulis entri yang panjang, link building, kemas kini paparan blog, membuat bidaan untuk mendapatkan job dan macam-macam lagi. Pengorbanan masa itulah yang paling utama yang selalu di lakukan oleh penulis-penulis blog sambilan macam aku.




