Jumaat yang lalu aku ada menulis sebuah entri “Bagaimana Menyelesaikan Masalah“. Di akhir entir berkenaan aku menyatakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah selalu berfikiran positif. Berfikiran positif ini bukan sahaja baik untuk perjalanan kehidupan seharian, malah ianya boleh membantu memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik. Jadi hari ini aku berkongsi sedikit informasi bagaimanakah cara untuk kita mendidik minda dan pemikiran kita untuk lebih positif. Dengan kata lain untuk mengurangkan dan menghindarkan pemikiran negatif dalam diri kita.
1) Latih diri kita untuk melihat dan berfikir lebih kepada positif.
Mungkin diri kita sudah biasa dengan pemikiran-pemikiran yang negatif. Negatif mungkin dah sebati di dalam diri kita. Itulah yang menjadi kekangan yang utama kita sering berfikiran negatif. Sebagai contoh, harga barangan naik, kita semua marah dek sebab kenaikkan barangan. Itu normal dalam masyarakat kita. Tetapi jika kita berfikiran positif, mungkin ada sebab mengapa kerajaan menaikkan harga barangan dan ada sesuatu di sebaliknya.
Mungkin kita kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan wang yang lebih bagi menampung pendapatan keluarga. Jika sekarang kita hanya bekerja ala kadar sahaja, ubah cara kerja untuk lebih produktif. Ianya bukan sahaja menambahkan wang poket malah menambahkan lagi skill serta ilmu pengetahuan pada diri kita. Lihat inilah kesannya jika kita melihat sesuatu itu lebih positif.
Satu perkataan keramat yang biasa digunakan ” KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA AKU TIDAK?”




