Mungkin ada di kalangan anda tidak mengenali Muntadhar Al-Zeidi. Siapa dia nie ya? Muntadhar Al-Zeidi ialah pemilik kasut yang singgah di kepala Presiden Amerika George W. Bush tahun lalu. Percaya atau tidak harga Kasut yang singgah di kepala Bush melambung tingi seminggu selepas itu. Ini perkataan yang terpancul dari mulut Muntadhar selepas membaling kasutnya ke arah George W. Bush “Inilah ciuman perpisahan untuk kamu anjing!!!. Balingan ini untuk ibu-ibu tungaal, anak-anak yatim dan orang-orang yang kamu bunuh di bumi Iraq”.
Semalam satu berita gembira untuk Muntadhar, dia akan dibebaskan bulan hadapan. Jurnalis Iraq itu dibebasan atas kenyataannya utuk berlaku baik. Permintaan peguamnya diluluskan oelh Hakim dan menyatakan Muntadhar akan dibebaskan bulan hadapan.
Keluarga Muntadhar adalah orang yang paling gembira mendengar berita ini. Abangnya yang risau dengan keadaan keselamatan adiknya di penjara. Kebebasan Muntadahar amat ditunggu oleh rakyat Iraq dan masyarakat antarabagsa umumnya.



