Melayu atau Mamak?

By Shaffik on Wednesday, February 4, 2009
Filled Under: General

Amat berat untuk aku menulis entri kali ini. Bukan maksud untuk aku menyalahkan sesiapa. Bukan maksud untuk mengutuk bangsa sendiri tetapi inilah realitinya yang berlaku. Sebelum aku memulakan ulasan, aku memohon maaf jika apa yang aku sampaikan menyinggung perasaan semua.

Ini adalah pendapat peribadi yang bertujuan untuk membuka mata semua terutamanya peniaga-peniaga melayu kita. Ini adalah soal kebersihan. Berdekatan dengan rumah aku, ada dua kedai runcit. Satu kedai runcit melayu dan kedai runcit mamak. Kedai runcit ini hanya bersebelahan sahaja. Tetapi apa yang aku perhatikan pelanggan baik melayu, cina, india dan lain-lain lebih suka berkunjung ke kedai runcit mamat itu.

Lebih satu tahun aku menginap di sini, itu lah pemerhatian aku. Lalu ianya menjadikan tanda tanya dan persoalan dalam diri aku. Kenapa orang semua lebih ramai ke sana? Kalau ikutkan barangan, semua sama sahaja. Harga pun sama, Barangan harian pun sama juga.

Read more…

Murahnya Keyword “Melayu”.

By Shaffik on Tuesday, January 27, 2009
Filled Under: General, Persoalan ?

Hari ini tak bekerja. Jadi ada masa sikit laa nak tulis dalam Shaffik.com. Disamping itu ada masa yang panjang untuk surfing Internet. Seperti biasa untuk mencari sumber, Pak Cik Google laa yang membantu.  Dalam menaip perkataan yang ingin di jadikan punca carian, aku tertaip perkataan “melayu”.

Korang tau tak apa yang keluar di Google. Kebanyakkannya adalah website yang berbaur lucah. Sekali lagi berbaur “LUCAH”. Jadi aku pun terfikir sejenak. Murahnya keyword “melayu” ni. Maksudnya bila orang lain menaip perkataan “melayu”, semua website lucah yang akan keluar.

Perkataan “melayu” di Google begitu murah sekali. Website-website melayu lucah atau berkaitan dengan sex melayu dipaparkan di page pertama dalam carian enjin Google. Macam “melayu” tak ada maruah diri. Seolah-olah “melayu” itu adalah sumber ilmu untuk seks semata-mata. “melayu” tak ada.  “melayu” keyword murahan. Dimana martabat perkataan melayu tu.

Read more…