Riang Ria di A Famosa Melaka Water World.

By Shaffik on Monday, October 12, 2009
Filled Under: Hiburan

Hari Sabtu yang lepas 10 Oktober 2009 aku bersama isteri menyertai Family Day yang di anjurkan oleh HID Global. HID Global Family Day 2009 ini adalah penganjuran pertama HID Global untuk menjemput semua pekerja bersama-sama ahli keluarga meluangkan masa bersama rakan-rakan kerja yang lain. Destinasi untuk tahun 2009 adalah A Famosa Water World Melaka.

Family Day ini telah diatur berbulan lamanya, semata-mata untuk menghiburkan para pekerja dan ahli keluarga masing-masing. Kami bertolalk ke A Famosa Melaka pada jam 7 pagi dengan 7 buah bas. Ada juga yang memilih untuk membawa ahli keluarga dengan kereta sendiri. Aku memilih untuk menaiki bas kerana ianya lebih mudah, selesa dan percuma.

Kami sampai di A Famosa Melaka pada jam 10.30 pagi. Sebelum masuk ke perkarangan A Famosa, kami mengambil sedikit masa untuk bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk ke A Famosa. Apa lagi, dengan berbekalkan DSLR aku, aku mengambil gambar untuk semua. Tak apa laa, gambara ku tak masuk pun tak apa. Janji gambar yang di petik itu berkualiti.

Read more…

Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

By Shaffik on Sunday, February 1, 2009
Filled Under: Buat Duit, General, Komputer

Dunia Internet sememangnya luas. Banyak yang kita boleh perolehi daripada Internet.  Kisah ini adalah kisah pemilik blog (aku) dalam menempuh liku-liku di dunia  Internet. Aku diperkenalkan dengan Internet pada sekitar tahun 2000. Itu pun disebabkan aku mengambil Sijil Teknologi Maklumat.

Aku bermula dengan MIRC. Bukan Internet Explorer tau. MIRC adalah platform untuk aku berchatting. Ramai kawan-kawan aku daripada MIRC. Tak cukup di dunia maya, kami sering mengadakan Gathering untuk channel tertentu. Kalau dulu di MIRC channel yang paling popular adalah Kampung dan Mamak. Founder die aku tak tau siapa. Aku adalah pengunjung rasmi kedua channel ini.

Apabila aku sambung belajar di Melaka, aku diperkenalkan dengan Yahoo Messenger. Kira-kira tahun 2002. Dari YM lah aku bertemu dengan ramai kawan-kawan. Terutamanya perempuan laa. Tak cukup chatting aku juga membuat pertemuan buta (Blind Date). Dah bosan denagn YM. Aku diperkenalkan pula dengan Friendster. Aku bersama-sama rakan-rakan rumah (housemate) berlumba-lumba mengumpul seramai rakan-rakan di Friendster. Masa tu friendster adalah nadi kami di Internet.

Read more…