Adakah Sinar Untuk Bolasepak Malaysia?

By Shaffik on Saturday, July 18, 2009
Filled Under: Sukan

Baru sahaja selesai perlawanan Bolasepak antara Manchester United vs Malaysia. Aku tak dapat menghadirkan diri di Stadium Bukit Jalil sebabnya jauh, tak der duit dan aku pun bukannya Fans Man. U. Jadi hanya tonton di kaca televisyen saja. Pertama kali aku tengok Stadium penuh dengan penonton. Nak kata Free, tiket mahal tu. Adakah sebab nak tengok Man.U atau memang nak tengok Man.U lawan Malaysia?

Pada mulanya aku menjangkakan Man. U akan menang besar seperti perlawanan yang lepas, tahun berapa aku tak ingat. Ingat lagi waktu itu Man. U belasah Malaysia 6-1. Sampai Fabien Batez main wing. Petang tadi anak buah K. Rajagopal mempamerkan satu persembahan yang hebat sekali. Aku kagum dengan cara permainan Malaysia.

Pemain Malaysia agak kelihatan takut pada awal permainan sehinggakan Man. U membolosi gol Malaysia sebanyak 2 kali. Tetapi Amirul Amri Yahya merapatkan jurang pada minit ke-45. Wow, bukan satu gol biasa. Satu gol cantik melepasi jangkauan Van Der Sar. Satu gol yang paling bergaya pada perlawanan tadi.

Read more…

Proton Menjadi Kebangganku

By Shaffik on Thursday, May 21, 2009
Filled Under: Fotografi, General

Setelah lebih 20 tahun Proton berada di persada pemasaran kereta. Satu-satunya syarikat pengeluar kereta pertama di Malaysia. Bermula daripada idea bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, Proton terus memulakan pembikinan dan penjualan kereta nasional.

Bermula dengan Proton Saga yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia pada ketika itu. Seterusnya Proton Iswara, Wira, Perdana dan banyak lagi. Didalam mengharungi dunia pengeluaran kereta, Proton juga tidak terlepas daripada kritikan daripada pelanggan. Kalau dahulu kita sering dengan Proton sering ada masalah dengan kualitinya. Paling ketara adalah Power Windows. Kebanyakkan pembeli kereta keluaran Proton mengeluh dengan hal ini. Bukan setakat mengeluh malah tidak respek dengan kereta nasional kita sendiri.

Pernah suatu kita dahulu Proton seakan hilang idea untuk mengeluarkan model terbarunya. Kebanyakkan model keluarannya seakan sama dengan keluaran terdahulu. Pendek kata kebanyakkannya adalh replacemnet model. Sehinggakan Proton hampir-hampir ditutup. Tetapi inilah asam garam, susah payah, perit jerih yang di lalui oleh Proton. Dengan semangat inilah Proton meneruskan  usahanya untuk berdaya saing di dunia pengeluran kereta di dunia.

Read more…

HENTIKAN Cerita Buang Kerja

By Shaffik on Friday, March 20, 2009
Filled Under: General

Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, pelbagai cerita yang kita sudah dengar. Banyak cerita yang dahulunya menggembirakan sekarang tidak lagi. Bila keadaan ekonomi macam ni cerita yang selalu kita dengar adalah pembuangan kerja. Aku pernah menceritakan bagaimana keadaan member baik aku yang dibuang kerja.

Selepas segelintir pekerja kilang aku yang di buang kerja, banyak cerita-cerita yang kurang menarik terdengar di telinga aku. Ada yang menyatakan dia dibuang kerja sebab ada kes, ada yang mengatakan kes dendam dari pihak pengurusan, ada yang mengatakan dia tidak produktif dan macam-macam andaian yang terkeluar dari rakan-rakan sekerja yang lain.

Ini menjadikan semua pekerja rasa tidak selesa dengan pihak pengurusan. Ada juga yang mengandaikan siapa yang akan dibuang kerja selepas ini. Ada juga yang mengandaikan diri mereka sendiri adalah orang yang akan dibuang selepas ini.

Read more…

Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

By Shaffik on Sunday, February 1, 2009
Filled Under: Buat Duit, General, Komputer

Dunia Internet sememangnya luas. Banyak yang kita boleh perolehi daripada Internet.  Kisah ini adalah kisah pemilik blog (aku) dalam menempuh liku-liku di dunia  Internet. Aku diperkenalkan dengan Internet pada sekitar tahun 2000. Itu pun disebabkan aku mengambil Sijil Teknologi Maklumat.

Aku bermula dengan MIRC. Bukan Internet Explorer tau. MIRC adalah platform untuk aku berchatting. Ramai kawan-kawan aku daripada MIRC. Tak cukup di dunia maya, kami sering mengadakan Gathering untuk channel tertentu. Kalau dulu di MIRC channel yang paling popular adalah Kampung dan Mamak. Founder die aku tak tau siapa. Aku adalah pengunjung rasmi kedua channel ini.

Apabila aku sambung belajar di Melaka, aku diperkenalkan dengan Yahoo Messenger. Kira-kira tahun 2002. Dari YM lah aku bertemu dengan ramai kawan-kawan. Terutamanya perempuan laa. Tak cukup chatting aku juga membuat pertemuan buta (Blind Date). Dah bosan denagn YM. Aku diperkenalkan pula dengan Friendster. Aku bersama-sama rakan-rakan rumah (housemate) berlumba-lumba mengumpul seramai rakan-rakan di Friendster. Masa tu friendster adalah nadi kami di Internet.

Read more…

Gelak bersama Sepah

By Shaffik on Saturday, January 24, 2009
Filled Under: Hiburan

Sepah oh Sepah. Semua orang tau kumpulan Sepah kan. Sepah adalah Finalis untuk Raja Lawak Astro musim ke-3 yang di siarkan pada setiap hari Jumaat 9 malam. Sepah diilhamkan daripada 3 orang pemuda Shahmira bin Muhamad, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin dan Mohd Noor bin Murad. Sepah berasal dari Johor.

Banyak-banyak peserta dalam Raja Lawak musim ke-3, aku memang tertarik untuk menonton persembahan Sepah. Sebabnya aku merasakan sepah yang mampu membuat orang ramai ketawa. Lawak yang secara spontan, bersahaja dan ada gaya yang tersendiri.

Setelah 4 minggu Raja Lawak bersiaran, Sepah memang tak mengecewakan kan. Memang lawa yang boleh di terima. Bukan lawak bodoh. Gandingan yang serasi. Masing-masing ada idea tersendiri. Jadi aku menjadi penonton lawak Sepah yang setia. Sehinggakan aku menulis entri pasal Sepah ni.

Tengok aksi Sepah.

Minggu pertama yang menyebabkan aku tertarik dengan Sepah.

Minggu ke-2 – Lagi kelakar, tapi kenakan photographer tu.

Minggu ke-3, lagi kelakar.

Minggu ke-4. Persembahan Sepah selepas komen juri untuk Talam. Lambat sikit.

Minggu ke-5, Semakin lawak minggu ni

Minggu ke 6.

Minggu ke-7. Lagi kelakar dengan nyanyi mereka. Hehehehehe

Minggu ke- 8

Minggu ke-9

*** Kalau ade kesempatan aku upload untuk minggu seterusnya.

Kena lagi 5-0

By Shaffik on Thursday, January 22, 2009
Filled Under: Persoalan ?, Sukan

Aduuuhhhh…kena belasah lagi 5-0. Malam tadi pasukan bolasepak Malaysia kalah lagi dengan UAE. Bukan 1 bukan 2 malam 5 berbalas 0. Aku semakin tak faham dengan bolasepak Malaysia. Kadang kala hampir tak ada semngat nak tengok Bola Sepak Malaysia.

Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskna UAE. Tetapi janganlah sampai kena belasah. Di man prestijnya bolasepak Malaysia. Dimana kurangnya bolasepak Malaysia? Dimalukan di hadapan penyokong sendiri. Kadang terasa malu bila bercerita tentang Bolasepak.

Bila lihat gol-gol yang di jaringkan oleh pemain UAE, ia bukan sesuatu yang sukar. Benteng Malaysia bolos begitu mudah sekali. Kenapa? Adakah pemain pertahanan Malaysia terlalu leka? Mereka tak berpengalaman ke? Penyerang Malaysia kaki bangku ker? Pemain tengah tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin ke?

Read more…

Fikir senang orang je. Susah orang fikir tak?

By Shaffik on Tuesday, December 16, 2008
Filled Under: General, Persoalan ?

Inilah senario yang selalu berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Perasan tak? Orang-orang kita ni bila nampak orang lain senang, itu saja yang dia nampak. Yang susahnya tak nampak. Yang susah payahnya orang tu mendapat kesenangan tak di tanya nyer.

Kadang-kadang aku kesal jugak bila berjumpa dengan orang-orang yang begini. Sebab apa, dia orang seolah memperlekehkan orang-orang yang senang. Contohnya kalau kita borak-borak pasal rutin harian. Cerita laa pasal orang tu dah senang sekarang, orang yang ni pulak dah pakai kereta besar sekarang. Ayat yang biasa disusuli selepas itu adalah seperti begini : ” Dia boleh laaa bapa kaya”, “Dia boleh laa taukey ma”, “Alaa dia tu Engineeer”, “Dia boleh laa ader business”, “Dia boleh laa ader pasar malam” dan sebagainya.

Tapi fikirkah anda semua bagaimana mereka yang “senang” ni boleh jadi macam tu?. Fikirkah kita yang mereka semua tu berusaha keras untuk jadi macam tu? Tak terfikir ke yang mereka semua kerja bertungkus lumus siang dan malam, sabar dalam mencari rezeki? Yang hanya difikirkan adalah mereka semua senang sahaja. Tak fikir pun tentang kesusahan yang mereka hadapi sebelum mencapai kesenangan. kalaupun mereka ada jawatan yang besar yang dilihat boleh mendapat gaji yang mahal. Tanya mereka bagaimana mereka boleh jadi seperti itu? Memang kerja tak berat tapi tanggungjawab pula yang berat.

Read more…

Slang orang Johor.

By Shaffik on Friday, December 12, 2008
Filled Under: General

Semua orang tahu Johor sebuah negeri selatan tanahair. Aku ni orang Johor. Aku bangga menjadi anak jati Johor. Banyak yang boleh di temui di Johor. Banyak juga boleh diketahui kalau korang bertemu dengan orang Johor. Bukan nak tunjuk orang Johor ni bagus. Tapi ader sesuatu yang istimewa dengan orang Johor.

Aku ni bukan tak bercampur ngan orang negeri-negeri lain. Tapi bila berbual dengan orang Johor aku rasa seronok. Sebab apa. Ada perkataan yang jarang di dengar dan di tutur oleh orang dari negeri lain. Negeri lain pun pasti ader perkataan-perkataan yang jarang orang dengar.

Tapi hari ni aku nak bagitau perkataan-perkataan yang selalau digunakan oleh orang Johor. Disebabkan aku orang Johor jadi aku senaraikan perkataan yang selalu digunakan. Biaser perkataan tu ader ikut-ikut jawa sikit. Sebab orang Johor ni ramai orang Jawa. So di bawah ni adalah perkataannya :

Read more…

Jangan laa memalukan anak.

By Shaffik on Thursday, December 11, 2008
Filled Under: General

Hari ini sibuk sikit. Banyak pulak orang call aku nak bincang pasal hal komputer. Maklumlaa one man show kan. Ni laa kerjanya. So ada masa sikit ni tulis laa sikit entri.

Tengok pada entri tu apa yang korang faham. Memalukan anak? Apa pulak laa si Shaffik ni? Tadi lepak kat cendol house kat kg melayu. Ni tempat ijat ni. Memang best cendol kat sini. Sebelah Cendol House ada sebuah rumah. Mungkin owner Cendol house punyer rumah agaknye.

Ada laa 2 orang budak kecil main-main mengisi masa lapang. Dalam lingukungan 3-4 tahun. Gelihati jugak tengok gelagat mereka. Riang sekali tanpa fikir masalah dan bagaimana menyelesaikan masalah. Hehehe.. Sedang mereka bermain, seorang daripada kanak-kanak itu di panggil orang mak mereka. Korang tau aper yang di panggil ok mak nya? ” Gemok!!! ooo Gemok!!!..main tu baik-baik. Jangan suka sangat nanti jatuh”.

Read more…

Peserta Forex Ditipu!!!

By Shaffik on Wednesday, December 10, 2008
Filled Under: General

Hari Ahad yang lalu telah berjumpa dengan salah seorang rakan baik aku. Dia ni member baik aku semasa aku bujang dahulu. Skang bila aku dah berumahtangga, kami jarang berjumpa. So hari Ahad lalu aku, dia dan beberapa rakan lain lepak-lepak minum di sebuah mamak di Kota Tinggi.

So bila lama tak jumpa, masing-masing hangat laa bercerita. Tentang kerja laa, biz laa, awek laa macam-macam lagi. Tapi salah seorang rakan aku ni bercerita kisah sedih mengenai keluarga dia. Dia memulakan ceritanya. Jadi kami semua mendengar dengan khusyuk.

Dia dan bapanya telah join satu perniagaan yang diberikan nama FOREX. Apa itu FOREX? Forex adalah Foreign Exchange. Atau bahasa melayunya ialah Perdagangan Tukaran Wang Asing. Dia dan bapanya telah menyertai satu company yang menjalankan perniagaan ini. Company ni sememangnya popular di JB dalam tahun lepas.  Perlu ke aku mention company tu. Company yg bermula dengan F********.Company ni menjalan perniagaan Forex dengan memberikan servis forex kepada pengeluar modalnya.

Read more…