Yahoo!!!..aku menang..hehehehe…Wang besar. Wang Besar. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut aku bile menerima satu email yang memberitahu aku memenangi AWARDS dalam satu jumlah wang yang banyak. hahahahahahaha. Memang tak dijangkakan tiba-tiba aku menang GBP750,000,00 4 hari lalu. Sekelip mata. Aku menjadi Jutawan. Semalam aku membuka email, tiba-tiba satu email datangnya dari Siemen News Center yang menyatakan aku memenangi GBP750,000,00. Wow banyak tu. Pound Sterling pulak. Pihak Siemen kononya meminta aku memberikan butir-butir diri. Yang kononya duit itu akan di pindahkan kedalam akaun aku.

Jadi apa yang perlu aku lakukan. Jawapannya “BUAT TAK TAU JER”. Persetankan email-email sebegini. Jangan dilayan email-email sebegini. Terus report email ini sebagai SPAM. Dan delete terus email ini. Ini semua SPAM mail. Jangan di balas langsung email ini. Lebih teruk lagi, maklumat yang korang berikan akan digunakan ke arah benda-benda yang tak betul. Korang juga akan susah nanti.
Jangan terperdaya dengan email-email sebegini. Kadang kala aku terima SMS yang menyatakan “Anda telah memenagi wang tunai, Peraduan dan macam-macam lagi. Jangan layan semua ini. Buat perabis duit jer nanti.
Mereka semua menunggu kita semua membuat silap. Jangan sesuka hati memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tak di kenali. Ingat setiap maklumat peribadi kita adalah tanggungjawab kita menjaganya. INGAT ya.

Kaya. Kaya. Kaya. Ini bukan cerita pasal kaya roti tu. Kaya yang aku maksudkan di sini adalah kekayaan harta benda. Ianya adalah milik manusia. Semua orang sibuk mencari wang untuk kaya. Banyak sebab untuk menjadi kaya. Mungkin untuk membebaskan diri dari kesusahan. Mungkin untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin untuk masa hadapan. Terlalu banyak kemungkinan bagi seseorang untuk menjadi kaya kan.
Tetapi bagaimanakah kita mengukur kekayaan bagi sesorang itu. Semenjak menceburkan diri dalam dunia Internet ini, ramai rakan-rakan bertanyakan ” betul di Internet boleh buat kita kaya?”. Aku tak dapat menjawab soalan ini. Sebabnya aku kurang faham dengan maksud mereka. Apakah kaya yang dimaksudkan?
Aku hanya menjawab aku masih lagi mencuba, dan hasilnya alhamdullilah boleh menampung kehidupan seharian aku. Dan bila di tanya lagi ” siapa yang ajar kau buat kerja-kerja internet ni?”. Aku menjawab aku mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai dari internet. Aku membaca kisah orang-orang yang berjaya dengan perniagaan Internet.
Read more…

Inilah senario yang selalu berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Perasan tak? Orang-orang kita ni bila nampak orang lain senang, itu saja yang dia nampak. Yang susahnya tak nampak. Yang susah payahnya orang tu mendapat kesenangan tak di tanya nyer.
Kadang-kadang aku kesal jugak bila berjumpa dengan orang-orang yang begini. Sebab apa, dia orang seolah memperlekehkan orang-orang yang senang. Contohnya kalau kita borak-borak pasal rutin harian. Cerita laa pasal orang tu dah senang sekarang, orang yang ni pulak dah pakai kereta besar sekarang. Ayat yang biasa disusuli selepas itu adalah seperti begini : ” Dia boleh laaa bapa kaya”, “Dia boleh laa taukey ma”, “Alaa dia tu Engineeer”, “Dia boleh laa ader business”, “Dia boleh laa ader pasar malam” dan sebagainya.
Tapi fikirkah anda semua bagaimana mereka yang “senang” ni boleh jadi macam tu?. Fikirkah kita yang mereka semua tu berusaha keras untuk jadi macam tu? Tak terfikir ke yang mereka semua kerja bertungkus lumus siang dan malam, sabar dalam mencari rezeki? Yang hanya difikirkan adalah mereka semua senang sahaja. Tak fikir pun tentang kesusahan yang mereka hadapi sebelum mencapai kesenangan. kalaupun mereka ada jawatan yang besar yang dilihat boleh mendapat gaji yang mahal. Tanya mereka bagaimana mereka boleh jadi seperti itu? Memang kerja tak berat tapi tanggungjawab pula yang berat.
Read more…