Terima Kasih Shaffik. Good Job.

By Shaffik on Monday, December 14, 2009
Filled Under: Fotografi, General

Hari Sabtu yang lepas aku di tugaskan untuk cover satu majlis perkahwinan di Kota Tinggi Johor.  Lagi bestnye rumah pengantin itu berada dekat dengan kampung aku. Jadi aku tidak melepas peluang untuk membawa anak-anak pulang ke kampung.

Memang aku tak pernah berjumpa dengan kedua pasangan pengantin ni. Tapi aku cuba melakukan kerja-kerja shooting aku dengan baik. Dari mula aku memulakan kerja pada hari Jumaat yang lepas, Alhamdullilah segalanya berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

Ramai yang ingat bekerja sebagai wedding photographer mudah. Tidak banyak sangat cabaran. Ada juga yang memperkecilkan kerjaya seorang jurugambar ataupun wedding photographer. Setelah aku berkecipung dalam bidang ini, banyak benda yang aku belajar. Belajar dari teknik-teknik ambil gambar, shooting, angle, pencahayaan, kemahiran menguasai DSLR camera, cara berkomunikasi dan macam-macam lagi. Elemen-elemen ini semua penting untuk menambahkan lagi kualiti gambar yang di hasilkan.

Apa yang aku boleh katakan, kerjaya sebagai seorang Jurugambar Perkahwinan bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya adalah perkara yang banyak berhubung dengan ramai orang. Perkhidmatan yang dicurahkan bukan satu kerja remeh. Banyak perkara yang perlu di halusi. Banyak hati yang perlu di jaga.  Baik dari pengantin perempuan, pengantin lelaki, ibu bapa pengantin, ahli keluarga pengantin, kanak-kanak dan ramai lagi. Ini semua memerlukan satu kemahiran komunikasi atau PR yang baik. Bagaimana caranya untuk berhadapan dengan mereka semua ini ? Hanya seorang Jurugambar atau wedding photographer sahaja dapat menjawab persoalan ini.

Read more…