Setelah lebih satu tahun lebih berblogging, semakin hari semakin seronok untuk menulis. Menulis bukan sahaja kisah-kisah peribadi aku, tetapi menulis untuk menambah pengetahuan kepada rakan-rakan pengunjung yang lain. Kalau di lihat dari tajuk di atas, aku tak pasti adakah pengunjung 100% bersama-sama setuju dengan pendapat yang aku utarakan.
Pernah ada seorang rakan mengatakan, dalam menulis blog mestilah ada kejujuran. Aku pun tak ambil kisah atau tak ambil port pun hal-hal sebegini. Tetapi setelah betul-betul duduk dalam dunia blogging baru aku merasakan bahawa kejujuran itu penting dan setiap entri yang kita tulis. Kejujuran kita bercerita dan menulis itulah sebagai pemangkin untuk menarik perhatian pengunjung untuk terus datang ke blog kita lagi pada masa akan datang.
Kejujuran ini meliputi penulisan yang taipkan di atas keyboard kita. Kejujuran ini mestilah lahir dari hati kita sendiri. Fokus, berfikir dan menulis dari hati itulah yang di katakan kejujuran dalam berblogging. Barulah setiap cerita atau entri yang kita tulis itu mempunyai nilai atau value yang tersendiri. Mungkin anda tidak perasan ada 1 2 cerita atau entri anda menjadi tatapan berulan kali daripada silent reader anda. Mereka ini tidak meletakkan komen, tetapi mereka suka membaca entri-entri anda yang baru atau yang lepas-lepas. Mereka tertarik untuk datang dan berkunjung lagi ke blog anda. Dari sinilah letakkan harga atau nilai blog anda.




