Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.

By Shaffik on Saturday, September 26, 2009
Filled Under: Buat Duit, General

Aku pasti ramai di luar sana yang masih tercari-cari apakah business di Internet yang boleh menjana wang. Betul atau tidak dunia Internet boleh memberikan pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap? Persoalan ini masih lagi bermain-main di fikiran semua orang terutamanya yang saban hari menatap Laptop atau komputer melungsuri Internet.

Aku bukannya otai dalam perniagaan Internet. Dalam menjana wang di Internet. Tetapi aku sudah nampak akan kebersekasannya jika kita memanfaatkan Internet sebaik-baiknya. Mungkin anda saban hari melayari Facebook, Friendster, Myspace dan seangkatan dengannya. Tetapi mungkin anda tidak tahu bahawa Internet juga mampu menjana wang . Percaya atau tidak?

Aku juga dahulu seperti apa yang dinyatakan di atas. Tetapi setelah menceburi dunia blogging, pemikiran dan tatapan seharian aku di Internet telah pun berubah. Daripada membuat perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil, alangkah lebih elok jika aku menjana wang dari Internet.

Mungkin masih ada lagi yang tidak percaya bahawa blogging tidak kemana. Kerja yang membazir katanya. Menulis mengenai hal perihal peribadi, kisah bersama-sama kawan, lepak di gerai makan dan sebagainya. Semuanya nak di ceritakan di blog. Inilah pemahaman dari respon yang aku terima mengenai blogging. Tetapi ader blogger yang saban hari menulis kisah hariannya juga mampu menjana wang daripada bloggnyer.

Read more…

Fikir senang orang je. Susah orang fikir tak?

By Shaffik on Tuesday, December 16, 2008
Filled Under: General, Persoalan ?

Inilah senario yang selalu berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Perasan tak? Orang-orang kita ni bila nampak orang lain senang, itu saja yang dia nampak. Yang susahnya tak nampak. Yang susah payahnya orang tu mendapat kesenangan tak di tanya nyer.

Kadang-kadang aku kesal jugak bila berjumpa dengan orang-orang yang begini. Sebab apa, dia orang seolah memperlekehkan orang-orang yang senang. Contohnya kalau kita borak-borak pasal rutin harian. Cerita laa pasal orang tu dah senang sekarang, orang yang ni pulak dah pakai kereta besar sekarang. Ayat yang biasa disusuli selepas itu adalah seperti begini : ” Dia boleh laaa bapa kaya”, “Dia boleh laa taukey ma”, “Alaa dia tu Engineeer”, “Dia boleh laa ader business”, “Dia boleh laa ader pasar malam” dan sebagainya.

Tapi fikirkah anda semua bagaimana mereka yang “senang” ni boleh jadi macam tu?. Fikirkah kita yang mereka semua tu berusaha keras untuk jadi macam tu? Tak terfikir ke yang mereka semua kerja bertungkus lumus siang dan malam, sabar dalam mencari rezeki? Yang hanya difikirkan adalah mereka semua senang sahaja. Tak fikir pun tentang kesusahan yang mereka hadapi sebelum mencapai kesenangan. kalaupun mereka ada jawatan yang besar yang dilihat boleh mendapat gaji yang mahal. Tanya mereka bagaimana mereka boleh jadi seperti itu? Memang kerja tak berat tapi tanggungjawab pula yang berat.

Read more…