Hujung minggu lepas aku sempat meluangkan masa menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu aku di kampung. Lepas solat zohor aku, ister dan anak terus pulang ke kampung untuk ke majlis perkahwinan tersebut. Sampai disana masih lagi ramai para tetamu yang hadir. Aku sempat berbual-bual dengan pakcik makcik aku yang sudah lama tak jumpa.
Apa yang paling menarik adalah bila aku berbual dengan sepupu aku iaitu abang kepada pengantin untuk majlis hari itu. Sepupu aku ni memang rapat dengan aku. Kami sebaya dan sama-sama pergi ke sekolah rendah waktu kecil dahulu. Namum nasib aku lebih baik sedikit melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di Kota Tinggi Johor. Sepupu aku tidak dapat ke sana dan bersekolah menengah sahaja di kampung.
Bila dah naik sekolah menengah, percampuran sepupu aku agak liar sikit. Mungkin pengaruh rakan-rakan yang menjurus kepada benda-benda tak elok. Sehinggakan dia di masukkan ke sekolah jahat di Bukit Senyum Johor Bahru. Aku sedikit kecewa dengan berita ini. Kesnya membonceng motosikal yang di curi oleh rakannya. Kira kes shubahat laa ni.
3 bulan dia di sana. Dia tak tahan. Ahli keluarga menjamin dia keluar. Alhamdullilah dia insaf. Selepas SPM aku meneruskan belajar di Politeknik. Sepupu aku? Dia tidak sambung belajar dan meneruskan kehidupannya dengan bekerja kilang sebagai Operator.


