
Seperti yang sedia maklum, keadaan ekonomi sekarang ni semakin tak menentu. Sukar untuk di ramalkan bilakah ekonomi akan pulih seperti biasa. Jadi kebanyakkan industri dan syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ni merasai bahangnya. Masing-masing mengatur strategi untuk mengurangkan Kos. Dalam mengatur strategi siapa yang jadi mangsanya? KULI!
Ramai member aku yang merintih tempat kerja mereka mengadakan pengurangan kos. Kos melibatkan kos pembelian barang-barang, Kos pengambilan pekerja malah ada yang membuat pembuangan kerja.Bila dalam keadaan begini industri pengilangan akan terjejas teruk. Terutama Kilang yang bergantung kepada Syarikat Gergasi lain seperti membuat barangan Dell, HP, Acer, Intel dan lain-lain lagi.
Bahangnya bermula dengan menghadkan waktu lebih masa (OT). Mungkin majikan menghadkan waktu OT perkerja-pekerja. Adalah pula yang tidak membenarkan langsung pekerjanya OT. Wah bagaimana kalau para pekerja sememangnya mengharapkan OT untuk tampung kehidupan harian mereka. Memang sedih.



