Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, pelbagai cerita yang kita sudah dengar. Banyak cerita yang dahulunya menggembirakan sekarang tidak lagi. Bila keadaan ekonomi macam ni cerita yang selalu kita dengar adalah pembuangan kerja. Aku pernah menceritakan bagaimana keadaan member baik aku yang dibuang kerja.
Selepas segelintir pekerja kilang aku yang di buang kerja, banyak cerita-cerita yang kurang menarik terdengar di telinga aku. Ada yang menyatakan dia dibuang kerja sebab ada kes, ada yang mengatakan kes dendam dari pihak pengurusan, ada yang mengatakan dia tidak produktif dan macam-macam andaian yang terkeluar dari rakan-rakan sekerja yang lain.
Ini menjadikan semua pekerja rasa tidak selesa dengan pihak pengurusan. Ada juga yang mengandaikan siapa yang akan dibuang kerja selepas ini. Ada juga yang mengandaikan diri mereka sendiri adalah orang yang akan dibuang selepas ini.



