Aku baru sahaj selesai menonton perlawanan antara Manchester United dan Chelsea. Ini adalah perlawanan permulaan sebelum EPL dimulakan minggu hadapan. Charity Sheild Cup pada tahun ini milik Chelsea. AKu bukanlah penyokong Chelsea ataupun Manchester United. Aku Arsenal Fan. Tapi kenapa aku tengok jugak yer…sebab aku memang minat tengok bola.
Manchester United bermula dengan baik pada awalnya. Sehinggakan Nani mampu membolosi gawang Chelsea pada separuh masa pertama. Mungkin Nani menjadi orang harapan setelah Alex Furgeson kehilangan dua bintangnya Christiano Ronaldo dan Tevez.
Manchester United mendahului pada babak pertama. Chelse menyamakna kedudukan pada pada awal separuh masa kedua. Dan juga menjarakkan keduduan untuk gol kedua menerusi Frank Lampard. Kegembiraan Chelsea tidak sampai ke penghujungnya. Manchester seakan kehilangan arah bermula pada babak kedua. Memang dirasai kehilangan Tevez dan Ronaldo.




