Nama Cantik, Tapi Hati Busuk..(Aduka Teruna)

By Shaffik on Monday, January 25, 2010
Filled Under: General

Takziah aku ucapkan kepada seluruh kerabat Di Raja Johor. Memang sedih dengan pemergian Sultan yang aku kagimu sepanjang hidupku. Malam ini aku terkejut mendengar berita pada jam 8 malam tadi. Berita yang memaparkan bantahan orang-orang Johor tentang satu kenyataan yang menghina kemangkatan Sultan Johor. Al-Marhum Baginda Sultan Johor, Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Bila di cari balik memang dah tak ada entri berkenaan dari blog beliau.  Semasa kemangkatan baginda Sultan, pemilik blog berkenaan mengeluar satu kenyataan yang menghina akan kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor.

Kata-kata penghinaan itu membuatkan rasa marah kepada seluruh rakyat Johor. Entri berkenaan berada di blog Aduka Teruna. Aku tidak pasti mengapa penghinaan segitu di siarkan di blognya. Adakah Aduka Teruna ini memang nak cepat popular. Ataupun Aduka Teruna sememangnya bersikap biadap ataupun kurang ajar.

Ini menimbulkan kemarahan kepada semua rakyat Johor. Aku anak Jati Johor. Kata-kata yang di lemparkan di dalam entrinya itu sememangnya mengundang kemarahan. Itu Sultan aku. Aduka Teruna tidak layak menghina sebegitu rupa.  Walau Kau (Aduka Teruna) bukan rakyat Johor ataupun bukan orang Barisan Nasional, janganlah membuat sesuatu penghinaan sebegitu rupa.

Read more…