Setelah selesai bengkel blogging pertama, kepala otak pun rasa lega. Pada mulanya agak berat untuk meneruskan bengkel blogging ini. Tetapi sebab rasa tanggungjawab, aku dan nuaeman tetap meneruskan hasrat untuk meneruskan bengkel blogging pertama ini.
Pada mulanya sasaran kami adalah 20 orang. Ramai yang mengisi form menyatakan minat untuk menyertai bengkel blogging ini. Tetapi di hujung minggu untuk sampai ke tarikh bengkel hanya 4 orang sahaja yang betul-betul setuju untuk meyertai bengkel blogging ini. Aku dan nuaeman menguatkan semangat untuk tetap meneruskan bengkel blogging ini.
Aku merasakan inilah pengalaman pertama kami untuk mengadakan satu bengkel sebegini. Lebih memberikan cabaran kepada kami adalah para pesertanya. 3 orang daripanya memang tak tahu pasal dunia blogging. Mereka datang dengan ilmu yang kosong semata-mata untuk belajar buat blog. Tambahan pula mereka adalah golongan veteran.




