Pejam celik pejam celik sudah hampir 7 bulan usia putera sulung aku. Muhammad Akif Zahin. Akif panggilan manjanya. Melihat telatah si kecil ini menbuat aku rasa gembira tak terkira. Pada mulanya aku kekok dengan kehadiran si kecil ini. Ya lah tak pernah membelai anak darah daging sendiri.
Di awal usia Akif seminggu, si kecil ini terpaksa dimasukkan ke Wad Hospital Mersing kerana Kuning. Sebak di dada melihat Akif tidur di tempat khas tanpa baju dan seluar. Sampai Isteriku menitiskan air mata melihat keadaan Akif sebegitu. Hanya pampers sahaja yang menutupi bahagian sulitnya. Tanpa sebarang alas dan hanya bertemankan lampu berwarna biru, aku redha atas nasihat doktor. Mulanya Akif berasa kekok untuk menyesuaikan diri di situ. Tapi aku dan Isteri memujuk Akif supaya menyesuaikan dengan keadaan sebegitu.
3 hari di Hospital Mersing. Tabah Isteri aku menjaga si kecil ini. Akhirnya Akif boleh pulang ke rumah. Gembira rasa hati bila Akif kembali kepada keadaan asalnya. Akif dan Isteriku pulang ke rumah mertuaku. Ibu mertuaku yang menjaga si kecil ini dan Ibunya. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada Kedua orang mertuaku yang menjaga Akif dan Isteri aku sepanjang tempohnya cuti bersalin.
Setiap minggu ada sahaja perubahan yang berlaku kepada Akif. Masuk umur Akif 3 minggu, dia sudah mula mengukir senyuman. Setiap panggilan aku dan isteri kepadanya akan dibalas dengan senyuman. Inilah perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Akif sudah mula untuk mengenali kedua orang ibu bapanya dan orang-orang di sekeliling.





