Dari Raja Lawak ke Bintang Popular.

By Shaffik on Monday, April 13, 2009
Filled Under: Hiburan

Aku baru saja selesai menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Memang tidak disangka bahawa Nabil telah di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2008.

Tahun lepas tiada siapa pun kenal Nabil. Dari kerja sebagai Despatch, tetapi rancangan realiti Raja Lawak telah mengubah segalanya. Dari seorang yang tidak di kenali, kini Nabil dinobatkan sebagai Bintang paling Popular. Dia sememangnya patut di menerima Anugerah ini kerana bakat yang diberikan Tuhan untuknknya. Murah rezeki Nabil kan.

Siapa kata lawak tidak boleh popular? Siapa kata lawak tidak boleh buat duit? Siapa kata lawak tidak boleh kemana-mana? Tak salah aku katakan bahawa Lawak juga penyumbang besar dalam industri perfileman tanahair Malaysia. Lihat sahaja bagaimana Saiful Apek dahulu mengegarkan dunia hiburan tanahair. Mungkin juga lawak sebagai satu cabang kecil dalam dunia seni. Dan tak keberatan juga Lawak kini semakin mendapat perhatian para penonton di Malaysia. Ini sesuatu yang amat baik lagi.
Read more…

Gelak bersama Sepah

By Shaffik on Saturday, January 24, 2009
Filled Under: Hiburan

Sepah oh Sepah. Semua orang tau kumpulan Sepah kan. Sepah adalah Finalis untuk Raja Lawak Astro musim ke-3 yang di siarkan pada setiap hari Jumaat 9 malam. Sepah diilhamkan daripada 3 orang pemuda Shahmira bin Muhamad, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin dan Mohd Noor bin Murad. Sepah berasal dari Johor.

Banyak-banyak peserta dalam Raja Lawak musim ke-3, aku memang tertarik untuk menonton persembahan Sepah. Sebabnya aku merasakan sepah yang mampu membuat orang ramai ketawa. Lawak yang secara spontan, bersahaja dan ada gaya yang tersendiri.

Setelah 4 minggu Raja Lawak bersiaran, Sepah memang tak mengecewakan kan. Memang lawa yang boleh di terima. Bukan lawak bodoh. Gandingan yang serasi. Masing-masing ada idea tersendiri. Jadi aku menjadi penonton lawak Sepah yang setia. Sehinggakan aku menulis entri pasal Sepah ni.

Tengok aksi Sepah.

Minggu pertama yang menyebabkan aku tertarik dengan Sepah.

Minggu ke-2 – Lagi kelakar, tapi kenakan photographer tu.

Minggu ke-3, lagi kelakar.

Minggu ke-4. Persembahan Sepah selepas komen juri untuk Talam. Lambat sikit.

Minggu ke-5, Semakin lawak minggu ni

Minggu ke 6.

Minggu ke-7. Lagi kelakar dengan nyanyi mereka. Hehehehehe

Minggu ke- 8

Minggu ke-9

*** Kalau ade kesempatan aku upload untuk minggu seterusnya.