Lumrah Bila Menjadi Seorang Bapa

By Shaffik on Friday, October 9, 2009
Filled Under: Rumah Tangga

Pejam celik pejam celik, dah pun setahun lebih aku menjadi seorang bapa. Anak aku pun sudah berumur 1 tahun 1 bulan. Pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri aku bila menjadi seorang bapa. Maklumlah ini adalah anak pertama aku dan isteri. Namun segala kami hadapi bersama.

Pada sekitar tahun 2008, ramai rakan-rakan sekerja juga menyambut anak sulung. Kiranya seakan kebetulan pulak. Kalau tak silap, 5 orang rakan sekerja aku juga menyambut kelahiran anak sulung masing. Sememang nya semua ternanti-nanti. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi. Saat ini, orang yang sudah banyak anak menjadi rujukan kami.  Ataupun rakan-rakan yang baru sahaj menerima bayi pertama. Apa yang perlu di beli untuk menyambut kelahiran bayi baru?, apa yang perlu disiapkan untuk Isteri ketika hendak ke Hospital, apa yang nak di buat setelah bayi keluar? dan macam-macam lagi. Selain kedua ibu bapa, rakan-rakan juga ada memberikan nasihat mereka untuk menyambut bayi pertama. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi.

Read more…