Alat Berwudhu Automatik

By Shaffik on Saturday, January 30, 2010
Filled Under: Agama

Mungkin kita semua pernah terfikir untuk menikmati cara yang paling mudah untuk mengambil wudhu. Bukan nak kata cara pengambilan wudhu selama ini salah, tetapi alangkah baiknya jika ada satu alat mengambil wudhu automatik, selesa dan menjimatkan. Kini segalanya mudah. Alat Berwudhu Automatik mungkin peralatan yang di cari-cari selama ini . Ianya bukan sahaja memudahkan, malah ia adalah satu lagi kejayaan anak tempatan yang harus dibanggakan.

Alat berwudhu automatik atau secara ringkasnya alat wudhu automatik. Dalam Bahasa Inggerisnya di sebut Auto Wudu Washer. Alat berwudhu ini telah di keluarkan oleh AACE Technologies Sdn. Bhd. yang beroperasi di Petaling Jaya MALAYSIA.

Alat Berwudhu Automatik ini berupaya untuk menjimatkan air sehingga 90% semasa mengambil wudhu. Ia juga berupaya menjimatkan 40 juta liter air sehari di Arab Saudi khususnya di waktu musim Haji. Peralatan ini juga telah di bina dengan menggunakan komponen yang berkualiti tinggi. Ianya mampu untuk bertahan sehingga 15 tahun akan datang.

Read more…