
Sambungan entri Perjalanan di Dunia Internet (Part 1)
Pada tahun 2007 aku menceburkan diri pula dengan dunia Forex. Ingatkan senang Forex ni, rupa-rupanya tak semudah yang di sangka. Marketiva adalah platform yang pertama aku. Setiap malam aku menghadap FOREX. Setiap hari aku menghabiskan masa di sini. Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sebabnya tak sabar dan berdisiplin. Forex memerlukan kesabaran dan disiplin.
Pada pertengahan 2007 aku sekali lagi menceburkan diri dengan business Internet. Pada mula dah malas nak buat business atau mendapatan duit dari Internet, tetapi bila seorang kawan mengatakan ada satu pelung baik. Buat kerja hantar email. Kalau modal RM750, hantarkan email ke alamat-alamat yang disediakan, bila samapi sebulan anda di bayar balik RM750. Kalau terus buat kerja itu selagi itu anda akan terus dibayar. Dalam hati aku memang menarik. Aku pun pergi ke pejabatnya di Skudai. Kalau tak silap nama Syarikatnya Sun Software Solution. AKu pun mendaftar dengan bayaran modal sebanya RM750. Nasib aku baik, aku dapat balik modal itu setelah sebulan membuat kerja penghantaran email tu. Aku ingat lagi, aku ambik gaji di syarikat itu hari Isnin. Keesokkan harinya syarikat itu tutup.
Sejak dari hari itu aku menyepikan diri dari dunia Internet. Aku hanya lepak di forum Nogold sekadar melepaskan bosan. Dan akhirnya pada Februari 2008, aku kenal dengan seorang insan bernama Nuaeman. Pada ketika itu Nuaeman mengajar aku membuat duit di DP forum. Bagaimana? Aku perlu mencari webmaster yang memerlukan pekerja untuk membuat posting. Setiap post aku dibayar USD0.10 – USD0.50. Inilah yang menampakkan hasil. Selama ini aku membuat kerja-kerja yang sia-sia sahaja. AKu berjaya mendapat sehingga USD200 dengan hanya kerja-kerja posting forum dan kerja-kerja lain.



