Pengkritik Juga Satu Kerjaya.

By Shaffik on Tuesday, May 5, 2009
Filled Under: General, Hiburan

Seperti yang semua tahu, banyak program realiti yang muncul di kaca TV. Masing-masing datang dengan pelbagai cara dan program. Ada program realiti untuk nyanyian, ada untuk persembahan, ada untuk si bintang kecil, ada juga untuk mencari bakat-bakat dalam tarian, ada juga mencari bakat dalam lawak jenaka, ada juga mencari peserta yang berpotensi menjadi anak wayang, ada juga yang mencari bakat dalm pembacaan Al-Quran dan macam-macam lagi.

Semua ini adalah sebagai usaha untuk mencari bakat-bakat baru untuk menghiasi dunia hiburan tanah air. Kesemua mereka dijadikan pelapis untuk dunia hiburan yang akan datang. Di samping mencari bakat-bakat baru, stesen televisyen juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk mempopularkan stesen mereka hasil dari program realiti yang dijalankan. Bila popular iklan pula dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Bukan itu sahaja, syarikat telekomunikasi juga melebarkan sayap keuntungan mereka dengan menjadi sponsor untuk program-program sebegini.

Read more…