Siapa Shaffik?

malindo

Shaffik adalah seorang lelaki yang lahir pada 26 September 1981. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak daripada seorang isteri. Shaffik berasal daripada Kota Tinggi Johor. Anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Dan kini Shaffik sudahpun mempunyai 11 orang anak buah. Wow ramainya.

Shaffik memulakan alam persekolahan di Felda Bukit Aping Timur di mana tempat kelahirannya. Di Tadika Kemas  Felda Bukit Aping Timur ini segalanya bermula.  Cikgu Shaffik tidak mempunyai banyak masalah semasa mendidik Shaffik di Tadika. Mungkin juga kerana sebelum ini Ibu Shaffik juga seorang guru tadika.

Shaffik meneruskan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota. Alhamdullilah Shaffik mendapat keputusan yang agak cemerlang pada peperiksaan UPSR.  Shaffik melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama di Bandar Kota Tinggi. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab adalah tempat Shaffik belajar sehingga menduduki peperiksaan SPM. Sekali lagi keputusan peperiksaan SPM memihak kepada Shaffik. Pangkat 2 tetapi kalau ikut aggregat dah pangkat satu. Tetapi itu cukup memberikan satu kepuasan kepada Shaffik.

Selepas SPM Shaffik melanjutkan pelajaran di Politeknik Johor Bahru dalam bidang IT. Di sinilah dunia IT bermula untuk Shaffik. Sambil-sambil belajar Shaffik sempat meluangkan masa mengenali dunia Internet. Tetapi ketika itu Shaffik hanya tahu berbual di ruangan chat MIRC. Suatu kegilaan suatu ketika dahulu.

Pada tahun 2001 Shaffik melanjutkan pelajaran di KUTKM Melaka. Pelajar sulung yang menduduki KUTKM dalam bidang IT. Di sinilah Shaffik belajar lebih mendalam tentang dunia Internet. Ketika ini Shaffik menukar arah kepada Yahoo Messenger dan Friendster.  Ramai kawan-kawan Shaffik di dunia Maya. Ketika inilah Google menjadi perpustakaan untuk Shaffik mencari bahan-bahan untuk pelajaran Shaffik.

Shaffik menamatkan pelajaran pada 2004. Sambil-sambil mencari kerja Shaffik meluangkan masa untuk meluaskan lagi pengetahuan di dunia Internet. Mencari bagaimana mendapatkan wang dari Internet. Pelbagai program yang Shaffik cuba. Bermula dengan klik iklan untuk mendapat duit. Tetapi hambar. Shaffik tidak mendapat apa-apa pada program ini.

Pada tahun 2006 Shaffik menjinakkan diri pula dengan program HYIP. Waktu itu HYIP masih baru. Program ini kira gamble. Payment seperti biasa melalui E-Gold. Sebab apa Shaffik tertarik? Biasa program HYIP menawarkan pulangan yang selesa. Join hari ini, besok akan dapat duit. Sekali lagi segalanya hambar. Lebih janji  yang indah belaka, tetapi tidak dapat pulangan apa-apa.

Masih tak serik lagi dan pada penghujung 2006 Investment Program pula menular di dunia Internet. Shaffik pun masih tidak lepaskan peluang ini. Banyak juga modal-modal yang dikeluarkan untuk semua ini. Antaranya ABFUND, Winlifund, Swisscash dan macam-macam lagi. Ada yang untung dan ada yang hanya balik modal sahaja. Akhirnya kerajaan mengharamkan program-program sebegini di Internet. Walaubagaimanapun Shaffik tidak rugi 100%. Kebanyakkannya balik modal.

Pada tahun 2007 Shaffik menceburkan diri pula dengan dunia Forex. Ingatkan senang Forex ni, rupa-rupanya tak semudah yang di sangka. Marketiva adalah platform yang pertama Shaffik. Setiap malam Shaffik menghadap FOREX. Setiap hari Shaffik menghabiskan masa di sini. Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sebabnya tak sabar dan berdisiplin.

Pada pertengahan 2007 Shaffik sekali lagi menceburkan diri dengan business Internet. Pada mula dah malas nak buat business atau mendapatan duit dari Internet, tetapi bila seorang kawan mengatakan ada satu pelung baik. Buat kerja hantar email. Kalau modal RM750, hantarkan email ke alamat-alamat yang disediakan, bila sampai sebulan anda di bayar balik RM750. Nama Syarikatnya Sun Software Solution. Shaffik mendaftar dengan bayaran modal sebanya RM750. Nasib Shaffik baik, dapat balik modal itu setelah sebulan membuat kerja penghantaran email tu. Masih ingat lagi ambik gaji di syarikat itu hari Isnin. Keesokkan harinya syarikat itu tutup.

Sejak dari hari itu Shaffik menyepikan diri dari dunia Internet. Shaffik  hanya lepak di forum Nogold sekadar melepaskan bosan. Dan akhirnya pada Februari 2008, Shaffik berkenalan dengan seorang insan bernama Nuaeman. Pada ketika itu Nuaeman mengajar  membuat duit di DP forum. Bagaimana? Mencari webmaster yang memerlukan pekerja untuk membuat posting. Setiap post aku dibayar USD0.10 – USD0.50. Inilah yang menampakkan hasil. Selama ini membuat kerja-kerja yang sia-sia sahaja. Shaffik berjaya mendapat sehingga USD200 dengan hanya kerja-kerja posting forum dan kerja-kerja lain.

Pada bulan November 2008, Nuaeman telah perkenalkan Shaffik dengan full time blogger Rohaizad. Dari mendengar cerita Rohaizad, Shaffik semakin tertarik dengan dunia blogging. Rohaizad menyarankan untuk bertukar kepada domain disampaing menjalankan projek-projek yang berkaitan dengan blog. Sampai ke hari ini, usaha-usaha Shaffik telah menampakkan sedikit hasil. Walaupun tak banyak tetapi amatlah memberangsangkan.

Dari sini lah aku belajar bagaimana menjana wang dengan cara yang betul. Bukan setakat itu sahaja, tetaapi sekarang Shaffik sudah pun punyai domain sendiri. Shaffik.com adalah pengenalan diri  di dunia siber. Inilah serba sedikit perjalanan Shaffik di dunia Internet.

Setelah beberapa tahun bergelumang dengan dunia Internet, aku terus melangkah untuk business online. Bermula dengan menjual produk orang selama 2 tahun. Pada tahun Mac 2015 aku meneruskan langkah untuk berjinak ke bidang Usahawan. Aku membangunkan satu produk kesihatan BIODEA. Atas kesedaran dengan tahap kesihatan orang ramai sekarang dan ingin membina satu legasi untuk keluarga makan terhasillah Produk Biodea. Produk Kesihatan yang sangat berkualiti tinggi. Kini aku Fokus pada produk Biodea.  Apa pun cabaran, BIODEA agenda utama aku sekarang demi legasi dan masa depan keluarga…..

Terima Kasih kerana sudi membaca sedikit profil Shaffik iaitu pemilik Shaffik.com. Selamat Datang ke Shaffik.com

One thought on “Siapa Shaffik?

  1. Pingback: Blog Shaffik » Siapa Shaffik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge