Aku pasti ramai sudah tahu pasukan-pasukan yang sudah pun layak ke Piala Dunia 2010. 32 pasukan sudah pun layak untuk bertarung di Piala Dunia (World Cup) 2010 di Afrika Selatan. Selepas play off semalam, aku agak sedikit kecewa kerana Rusia tidak layak. Tidaklah dapat melihat kelibat Andrei Arshavin bermain.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian aku adalah perlawanan play off antara Perancis vs Ireland. Pada perlawanan pertama, Perancis menang 1-0. Dan pada perlawanan ke-2 kedudukan seri 1-1 sehingga ke akhir perlawanan. Pada mulanya Ireland telah menjaringkan gol untuk menyamakan agrreget.
Kegembiraan Ireland tidak lama. William Gallas telah menyamakan kedudukan. Satu hantaran lintang dan kontrovesi daripada Thierry Henry. Thierry Henry menahan bola menggunakan tangan sebelum membuat hantaran kepada Gallas. Satu gol yang kontrovesi dan menyebabkan Irelan tersingkir dari Piala Dunia 2010.
Ini adalah satu gol yang agak kontrovesi. Seluruh rakyat Ireland pasti kecewa dengan kekalahan ini. Pada mula-mula aku pasti masing-masing memasang impian menyaksikan Ireland bermain di Piala Dunia 2010. Tetapi segalanya musnah pada minit tambahan dengan Gol Gallas ditambah pula bola terkena atau sengaja di tangan Henry. Pengadil tetap bertegas meniup wisel sebagai tanda gol kepada Perancis.
Hari Sabtu yang lalu, aku sempat bersama rakan-rakan sekerja menyertai satu pertandingan Futsal yang di anjurkan oleh HID Global Sdn. Bhd. Ini adalah julung kalinya pertandingan Futsal yang diajurkan oleh Kilang tempat aku bekerja.
Pertandingan bermula tepat jam 2 petang. Pertandingan kali ini di sertai oleh 8 pasukan lain. Kali ini pertandingan tidak terlakluk kepada jabatan atau department masing-masing. Ianya terbuka kepada semua pekerja HID Global Sdn. Bhd. Maksudnya sesiapa sahaja boleh turut serta dengan syarat 8 pemain maksimum untuk satu pasukan.
Pertandingan diadakan di Sport Prima Arena Johor Bahru. Atau nama glamournya di JB Sports Prima yang menyediakan 6 gelanggang futsal. 4 pitch berwarna biru dan 2 lagi karpet berwarna hijau. Antara nama-nama kelab yang turut serta adalah Kelab Jiwa-Jiwa, Ben10, Kaki Bangku FC, Anchoveis, Virus XXX, Flyer FC, Orang Timur FC dan B2 Team. Nama pasukan memang sembarang. Asalkan tidak lucah. Lebih-lebih lagi Kelab Jiwa-Jiwa. Nama macam jiwang kan. Tapi Power n di geruni beb. Ikut cerita Kelab Jiwa-Jiwa hingga ke hujung entri ini.
Kelab Jiwa-Jiwa di wakili oleh Nadzir(Striker), Shaffik(Semua posisi-aku laa tu), Afzan (Pertahanan kental), Zol (penjaga gawang), En Rhymee (HR Manager ni), Mahathir (Kaki lipat) dan Azri (Tukang Sorak). Memang dari awal lagi Kelab Jiwa-Jiwa di jangka untuk memang pertandingan futsal kali ini. Mengapa? Kerana hampir semua pemainnya selalu bermain futsal setiap minggu pada malam Rabu.
Ini memberikan tekanan kepada kami selaku pasukan pilihan. Namun dengan tenang kami memulakan langkah. Ye la, Puratanya inilah kali pertama kami menyertai pertansingan futsal. Walaupun pertandingan sesama rakan-rakan, kami tetap gentar dengna pasukan lain yang hebat-hebat belaka. Seolah-olah main world cup laa gamaknya.
Sebenarnya agak terlewat sedikit untuk aku posting entri kali ini. Aku baru sahaja pulang dari rumah mertua di Kota Tinggi Johor. Jadi tak sempat untuk buat pos semalam. Pagi tadi agak lewat tidur menyaksikan perlawanan EPL sehingga 2 pagi. Team mana lagi kalau bukan team kegemaran aku Arsenal.
Arsenal lawan Everton pagi semalam. Perlawanan di Everton. Kalai terakhir Arsenal memang besar di Everton pada taun 1958. Pagi tadi Arsenal mengganas. Arsenal memang besar 6-1. Pada mulanya aku menjangkakan Arsenal akan seri pada perlawanan kali ini. Tapi Arsenal betul-betul membuat kejutan.
Leading pada separuh masa pertama dengan 3-0. Barisan Arsene Wenger tidak sedikit pun gentar pada perlawanan kali ini. Tanpa Adebayor, Kolo Toure dan beberapa bintang yang di selubungi kecederaan, The Gunners mendahului pada separuh masa pertama. Gol pertam di jaringkan oleh Denilson. Satu rembatan jarak jauh yang memukau semua penonton. Gol kedua pula hasil sepakan percuma dari Van persie yang disambut baik oleh pertahana Verma Elen. Player baru yang sudah mula serasi dengan pasukan Arsenal. Gol ke-3 juga dari sepakan percuma Fabregas yang disempurnakan oleh tandukan berbisa William Gallas. Kuda tua tetapi masih menyengat.
Baru sahaja selesai perlawanan Bolasepak antara Manchester United vs Malaysia. Aku tak dapat menghadirkan diri di Stadium Bukit Jalil sebabnya jauh, tak der duit dan aku pun bukannya Fans Man. U. Jadi hanya tonton di kaca televisyen saja. Pertama kali aku tengok Stadium penuh dengan penonton. Nak kata Free, tiket mahal tu. Adakah sebab nak tengok Man.U atau memang nak tengok Man.U lawan Malaysia?
Pada mulanya aku menjangkakan Man. U akan menang besar seperti perlawanan yang lepas, tahun berapa aku tak ingat. Ingat lagi waktu itu Man. U belasah Malaysia 6-1. Sampai Fabien Batez main wing. Petang tadi anak buah K. Rajagopal mempamerkan satu persembahan yang hebat sekali. Aku kagum dengan cara permainan Malaysia.
Pemain Malaysia agak kelihatan takut pada awal permainan sehinggakan Man. U membolosi gol Malaysia sebanyak 2 kali. Tetapi Amirul Amri Yahya merapatkan jurang pada minit ke-45. Wow, bukan satu gol biasa. Satu gol cantik melepasi jangkauan Van Der Sar. Satu gol yang paling bergaya pada perlawanan tadi.
Aku sangat gembira bila membaca berita bahawa Andrei Ashavin telah disahkan menyertai pasukan Arsenal. Memang cukup menggembirakan. Berita ini disahkan oleh jurucakap Zenit St Petersburg. Walaubagaimanapun Arsenal masih menunggu pengesaha dari pihak FA England yang dijangka pada hari Selasa waktu England.
Perpindahan bernilai 16.5 Juta Pound. Akhirnya segala persoalan terjawab. Dengan kehadiran Ashavin ini melengkapkan formasi Arsene Wenger untuk formasinya di bahagian tengah. Aku pasti ini adalah berita yang paling gembira untuk Penyokong “The Gunners”. Dah lama Arsene Wenger tidak membeli pemain-pemain ternama.
Ashavin adalah salah seorang pemain idamannya sejak Kejohana Euro lagi. Agak-agak pakai jersi no berapa eh? Spekulasi mengatakan Ashavin akan memakai jersi no. 23. Tapi tak tau lagi. Esok kita tengok berita rasmi di Arsenal.com.
Apa-apa pun aku harap, kehadiran Ashavin dapat meningkatkan lagi prestasi Arsenal di persada Bolasepak Perdana Inggeris (EPL). Kalau ade rezeki mungkin hujung minggu ni boleh tegok Ashavin beraksi…
**** Berita rasmi dah pun keluar. Ashavin pakai no 23. Good Luck. Harap tak mengecewakan.
Aduuuhhhh…kena belasah lagi 5-0. Malam tadi pasukan bolasepak Malaysia kalah lagi dengan UAE. Bukan 1 bukan 2 malam 5 berbalas 0. Aku semakin tak faham dengan bolasepak Malaysia. Kadang kala hampir tak ada semngat nak tengok Bola Sepak Malaysia.
Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskna UAE. Tetapi janganlah sampai kena belasah. Di man prestijnya bolasepak Malaysia. Dimana kurangnya bolasepak Malaysia? Dimalukan di hadapan penyokong sendiri. Kadang terasa malu bila bercerita tentang Bolasepak.
Bila lihat gol-gol yang di jaringkan oleh pemain UAE, ia bukan sesuatu yang sukar. Benteng Malaysia bolos begitu mudah sekali. Kenapa? Adakah pemain pertahanan Malaysia terlalu leka? Mereka tak berpengalaman ke? Penyerang Malaysia kaki bangku ker? Pemain tengah tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin ke?
Saat aku menulis entri kali ini ialah jam 01.18 pagi. Aku baru sahaja selesai menonton perlawanan bolasepak pasukan kegemaran aku Arsenal vs Wigan. Keputusan yang sungguh memuaskan hati. Arsenal menang 1-0. Tak sia-sia aku menunggu sehingga ke penghujung perlawanan. Berbaloi jugak. Sebabnyer sejak kebelakangan ini, performance The Gunner agak mengecewakan aku.
Namun dalam kemenangan malam ni, masih ada banyak kesilapan yang harus diperbaiki oleh Arsene Wenger. Terutamanya, tadi hampir-hampir juga terlepas 3 mata. Wigan hampir-hampir mencuri gol untuk seri. Dengan eboue main cam hampeh. Madang nak bagi bola jer kat pihak lawan.
Nasib baik dia dikeluarkan. Inilah kali pertama aku tengok pemain gantian yang di keluarkan. Hehehe lawak kan. Mungkin dia pun tak tahu kenapa malam ni main cam hampeh. Dia pun keluar padang dengan rela hati. Banyak peluang tadi. 2 kali kena tiang gol. Takder rezeki nak gol kan. Aper pun thanks to Emmanuel Adebayor yang menjaring gol malam ni. Dah lama jugak mamat ni tak jaringkan gol.
Ok guys. Setakat ini report aku untuk game Arsenal vs Wigan. Ceh aku ni ala-ala Soccernet pulak..hehehe..
Leah Lynn Gabrriela Fortune…siapa eh dia ni? Aku pendekan laa nama dia kepada Leah eh. Leah ada pemain bolasepak wanita untuk Brazil. Berusia 17 tahun dan sudah menyertai skuad bolasepak wanita untuk Brazil. Wah brazil memang melahirkan ramai bintang bolasepak baik lelaki atau wanita.
Jadi aper yang best sangat si Leah ni. Leah pemain yang berbakat. Paling menarik mengenai Leah ni adalah, dia berupaya membuat balingan sehingga ke kotak penalti. Wow jauhnyer. Kalau peminat EPL, pasti pernah tengok Delap dari Stoke City yang boleh membuat baling sehingga ke kotak penalti. Tapi Leah ni Perempuan / Wanita. Boley imagine tak?
Inilah kepakaran Leah yang tak ramai pemain bolasepak miliki. Leah bukan setakat mampu buat balingan yang jauh, malah siap ada acrobatik lagi. Wah, lagi menarik kan. Balingan yang jauh di tambahkan pula aksi akrobatik dan membantu penyerang menjaringkan gol. Setiap balingan Leah pasti ditunggu oleh peminat bolasepak wanita. Sudah tentu memukau.
So kalau tak percaya. Tgk video ni.. Ada tak orang Malaysia yang boleh buat macam ni?
Hmmmmm…pagi ni memang indah…jarang sekali nak jumper pagi Isnin yang indah…yer laa Isnin hari permulaan kerja setiap minggu…semestinya bosan, ngantuk, malas dan sebagainya..
Tapi pagi ni aku bersemangat pergi kerja hari ni. Anak aku pun tersenyum lebar pagi2 buta sewaktu dia bangun dari tidur..senyuman tu yang membuatkan aku rase happy sangat. Nak tau kenaper hari ISNIN ni hari yang indah bagi aku? Sebabnyer ARSENAL menang malam tadi.hahahahahahahahaha…:)
2 minggu lepas aku takder mood nak kerja. Yer laa dengan kekalahan 2 kali berturut-turut..membuat kan aku tension..yer laa confirm kene hentam ngan kawan..tahan telinga jer laa..tapi hari ni membuatkan aku tersenyum lebar dengan kemenangan Arsenal dengan Chelsea mlm tadi.
Untuk pengetahuan semua Arsenal menang 2-1 kepada Chelsea pafi tadi. Menang di stamford bridge pulak tu..tempat lawan..hmmm bukan mudah nk memang beb..walaupun ersengkang mata mlm tadi akhirnya berbaloi..ini semua membuatkan aku boleh mengharungi minggu ini dengan ceria..
Korang ber jogging tak? Jogging adalah satu aktiviti yang sihat. Ianya bukan sahaja baik untuk badan malah ia juga boleh mengurangkan diri kita daripada serangan sakit jantung…wah bahaya tu kan..berapa kali korang jogging dalam sebulan? Ada kawan aku telah membuktikan bahawa jogging boleh menurunkan berat badan…memang terbukti..yer laa daripada takder wat aper2 weekend…jom kita berjogging..
Good financial while in your is the best job if you on track now. If you are still young the important thing you need to develop is have a good financial. Good Financial is means you are not too stress manage all your debt and your money. Along with maintaining your physical and mental health, your financial health is supremely important. Do feel is good you are working so hard until 60’s just to pay all your debt?
So i have an idea for you to have a good financial.
1) Try stop to buying all stuff by a credit. Credit is the most extremely thing that can kill you. You me cannot absorb all you money to pay it by end of the month. If you have a credit, stop it by using it anymore. Pay all your credit debt on the time. It also will improve you credit score.
2) Make sure that you are taking financial advice from sources who are not trying to persuade you to purchase something. Try to find the financial adviser who really need help you to manage all your financial. Do not paying more with financial adviser who need taking advantage on you.
Wah semalam Spain telah berjaya menewaskan Rusia 3-0..Aku sememangnyer berharap agar Rusia masuk final. Tapi apakan daya..Spain lebih layak. Inilah kejohanan yang Spain lepas sampai Final. Selama ni aku tengok Spain asyik terkandas di Suku akhir atau Separuh akhir. Spain sememangnya punyai pemain-pemain yang hebat. So macam maner pulak ngan Final Euro2008?
Jerman vs Spain.
Satu perlawanan yang hebat. Jerman sememangnye berpengalaman dalam Final di kejohanan besar. Tapi itu bukanlah satu jaminan Jerman akan menjadi Juara Euro 2008. Walaupun aku penyokong Jerman, tapi aku masih gusar dan tak konfiden Jerman akan menjadi Juara. Spain jugak mempunyai pertahanan yang hebat. Tak mungkin Jerman boleh tembus dengan mudah.
Memang satu perlawanan yang hebat di Final Euro 2008.
Kita tengok nanti siapakh yang akan menjadi Juara Euro 2008.