
Pejam celik pejam celik, dah pun setahun lebih aku menjadi seorang bapa. Anak aku pun sudah berumur 1 tahun 1 bulan. Pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri aku bila menjadi seorang bapa. Maklumlah ini adalah anak pertama aku dan isteri. Namun segala kami hadapi bersama.
Pada sekitar tahun 2008, ramai rakan-rakan sekerja juga menyambut anak sulung. Kiranya seakan kebetulan pulak. Kalau tak silap, 5 orang rakan sekerja aku juga menyambut kelahiran anak sulung masing. Sememang nya semua ternanti-nanti. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi. Saat ini, orang yang sudah banyak anak menjadi rujukan kami. Ataupun rakan-rakan yang baru sahaj menerima bayi pertama. Apa yang perlu di beli untuk menyambut kelahiran bayi baru?, apa yang perlu disiapkan untuk Isteri ketika hendak ke Hospital, apa yang nak di buat setelah bayi keluar? dan macam-macam lagi. Selain kedua ibu bapa, rakan-rakan juga ada memberikan nasihat mereka untuk menyambut bayi pertama. Kiranya ada sahaja berita gembira yang di dengar oleh rakan-rakan lain mengenai kelahiran bayi.
Read more…

Pagi ini ada agak terkejut apabila membaca Harian Metro di paparan muka surat pertama. Kejadian berlaku semalam kira-kira jam 5.30 petang di hadapan rumah Ibu Tiri Anita Sarawak Umi Khaltum. Anita Sarawak dan Mahathir ingin membawa Ibu Tirinya ke majlis berbuka puasa di Finas. Bila sampai di hadapan rumah Ibu Tirinnya, pemandu Anita Sarawak turun untuk ambil payung di but kereta, ketika hujan renyai waktu itu.
Tetapi pemandu Anita Sarawak dan Mahathir agak pelik mengapa pemandunya mengambil masa yang lama untuk hanya mengambil payung. Bila Mahatir pandang ke belakang, empat orang penyamun sedang menyacukan parang ke arah pemandunya. Mahathir terus sahaja keluar untuk menyelamatkan pemandunya.
Read more…

Photo By Shaffik Photo.
Ini adalah satu kisah yang berlaku pada diri aku. Aku memang bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dengan Isteri aku (Suhaile Bte Khairuddin). Memang betul kata orang, kalau Tuhan tentukan Jodoh kita dengan seseorang itu mesti ada hikmat di sebaliknya. Kerana Tuhan Maha Mengetahui.
Setelah berkahwin, tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah kepada seorang anak lelaki yang comel (Muhammad Akif Zahin) memang berat. Terutama didikan agama dan segala keperluan harian mereka berdua. Inilah adalah satu cabaran yang amat hebat. Kalau dulu masa bujang semua mungkin cukup jika hanya bergantung pada duit gaji. Tetapi kini segalanya berbeza.
Tapi aku yakin pada sesuatu, jika Tuhan memberikan jalan untuk menambahkan peluang untuk mencari rezeki yang halal, Insyallah rezeki untuk anak dan keluarga itu akan ada. Insyallah selagi kita berusaha untuk menyara keluarga, segalanya akan cukup.
Read more…
Aku pernah menerbitkan satu entri “Jangan Memalukan Anak“. Semalam aku berpeluang mendengar motivasi dari Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mengulas isi ini. Isu yang kadang kala kita tak perasan. Dan mungkin sebab-sebab inilah yang menjadikan anak kita tidak pandai, menjadikan anak kita sukar menjadi orang yang cemerlang dan mungkin juga sebab inilah anak-anak kita memberontak untuk tidak pulang ke rumah.
Apa isu yang di bahaskan yer? Shaffik ni asyik membebel jer dari tadi. Isunya memanggil dan memarah anak-anak dengan bahasa yang tidak elok. Ataupun memarahi anak dengan bahasa-bahasa yang kesat. Mungkin pada sesetengah ibu bapa, ini adalah amalan. Dan mungkin juga ini adalah perkara biasa dan lumrah bagi mereka. Mungkin ini tidak terjadi kepada aku, sebab anak aku masih kecil lagi.
Tetapi menurut Dato Fadzilah Kamsah, mengapa anak-anak menjadi tidak pandai, mengapa anak bengap, mengapa anak-anak sukar mencapai kejayaan. Antara sebabnya ialah sikap ibu bapa yang memarahi anak-anak secara kasar. Contohnya, ” kenapa laa awak ni bodoh sangat, buat kerja matematik yang simple tu pun tak boleh ker ?”, ataupun bunyi sebegini ” apa laa bengap sangat abang ni, dah berkali-kali ibu ajar”. Mungkin banyak lagi cara marah yang kasar yang selalu kita dengar.
Read more…

Kesian sungguh aku tengok member aku ni. Dah ada tunang tapi macam tak ada. Member aku bertunang pada hujung tahun lepas. Kalau ikutkan perancangan untuk melangsungkan perkahwinan adalah sekitar bulan Disember tahun ini. Hari itu dia terpaksa meluahkan perasaan kepada aku. Aku bukanlah Doctor Love, tetapi sebagai seorang kawan, aku harus mendengar dan memberikan pendapat apa yang patut.
Member aku seorang yang tak banyak cakap. Ala-ala pendiam laa jugak. Tapi kalau kena regu, boleh juga di layan. Pertunangan mereka diaturkan oleh keluarga. Sebelum tunang pun memang jarang berjumpa, sesekali berjumpa family pulak dah berkenan. Dan dia nekad untuk sungguh-sungguh setelah beberapa kali kecewa.
Akur dengan kehendak family, di tambah pula umur nak sampai 30-sen. Member aku pun mengikat pertunangan. Semuanya berjalan dengan baik. Lancar. Tiada pergaduhan langsung. Tetapi apa yang memeningkan fikiran member aku adalah, keyakinan dia dengan tunangnya. Tunangnya seolah-olah tidak merasai alam pertunangan . Macam tak der feel dengan dia? Tapi mengapa menerima member aku sebagai tunangnya?
Apa itu alam pertunangan ? Segala cerita dan masalh kongsi bersama-sama, suka dan duka pun bersama. Masa pun lebih kepada tunangnya. Betul tak? Inilah masanya untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum menjejaki ke alam perkahwinan. Inilah masa untuk melihat adakah pasangan kita serius untuk menjadi pasangan hidup kita.
Read more…
Pada bulan Januari 2009 yang lepas, aku telah menceritakan dilema seorang suami. Banyak response yang diberikan. Terima kasih kepada pengunjung Shaffik.com yang sudi meluangkan idea untuk berkongsi pendapat untuk membantu AM.
Dua hari lepas aku sempat lepak minum dengan AM. Sambil tu aku bertanyakan hal rumahtangganya. Bukan aku menyibuk, tetapi aku ingin tahu apakah status kisah rumahtangganya. Dia cakap semakin teruk. Uik aku pun terperanjat. Pada mulanya aku lihat keadaan AM, seperti tiada apa yang berlaku. AM menjalani kehidupannya seperti orang-orang lain. Baik di tempat kerja, bermain futsal dan pergaulan bersama-sama rakan seperti biasa.
Dalam keadaan biasa pun, AM masih mampu menghiburkan rakan-rakannya. Walhal dia menghadapi satu konflik rumahtangga yang semakin menruncing. AM bercerita perangai Isternya semakin teruk. Semakin inginkan perpisahan. Segala apa yang dibuat oleh AM semuanya salah.
Menurut AM, isterinya menuduh AM tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diharapkan. AM menerangkan kepada aku, semua hutang seperti rumah, 2 buah kereta, credit card, duit belanja rumah, duit susu dan pampers anak, duit lauk pauk dan segala bill rumah telah di tanggung oleh AM. Hampir semua gajinya telah di korbankan untuk menyelesaikan hutang piutang mereka berdua. Ini termasuklah satu pinjaman isterinya juga AM yang tanggung. Kalau diikutkan isterinya tidak menghadapi masalah kewangan lagi.
Read more…

Segala bermula sejak sebulan yang lalu. Aku dan Isteri telah berpakat untuk mencari sebuah rumah. Rumah sendiri untuk kami sekeluarga. Sebab aku merasakan alangkah ruginya jika tidak membeli rumah pada usia muda ni. Kami pun mulakan mencari rumah yang sesuai dengan pendapatan bulanan kami dan juga keselesaan kami. Hampir semua taman-taman di sekitar Johor Bahru kami pergi. Setiap hujung minggu kami kami buat pemantauan.
Setiap pemaju menawarkan macam-macam potogan harga. Ada yang memberikan rebet, ada berikan diskaun, ada yang mengatakan loan 100% dan macam-macam lagi. Setelah short listed, akhirnya kami memilih untuk membuat pelaburan di Bukit Tiram. Agak jauh sikit dari tempat kerja, tetapi harga dan keselesaan untuk kami sekeluarga berbaloi. Sesuai dengan pendapatan semasa kami.
Read more…
Pejam celik pejam celik sudah hampir 7 bulan usia putera sulung aku. Muhammad Akif Zahin. Akif panggilan manjanya. Melihat telatah si kecil ini menbuat aku rasa gembira tak terkira. Pada mulanya aku kekok dengan kehadiran si kecil ini. Ya lah tak pernah membelai anak darah daging sendiri.
Di awal usia Akif seminggu, si kecil ini terpaksa dimasukkan ke Wad Hospital Mersing kerana Kuning. Sebak di dada melihat Akif tidur di tempat khas tanpa baju dan seluar. Sampai Isteriku menitiskan air mata melihat keadaan Akif sebegitu. Hanya pampers sahaja yang menutupi bahagian sulitnya. Tanpa sebarang alas dan hanya bertemankan lampu berwarna biru, aku redha atas nasihat doktor. Mulanya Akif berasa kekok untuk menyesuaikan diri di situ. Tapi aku dan Isteri memujuk Akif supaya menyesuaikan dengan keadaan sebegitu.
3 hari di Hospital Mersing. Tabah Isteri aku menjaga si kecil ini. Akhirnya Akif boleh pulang ke rumah. Gembira rasa hati bila Akif kembali kepada keadaan asalnya. Akif dan Isteriku pulang ke rumah mertuaku. Ibu mertuaku yang menjaga si kecil ini dan Ibunya. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada Kedua orang mertuaku yang menjaga Akif dan Isteri aku sepanjang tempohnya cuti bersalin.

Setiap minggu ada sahaja perubahan yang berlaku kepada Akif. Masuk umur Akif 3 minggu, dia sudah mula mengukir senyuman. Setiap panggilan aku dan isteri kepadanya akan dibalas dengan senyuman. Inilah perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Akif sudah mula untuk mengenali kedua orang ibu bapanya dan orang-orang di sekeliling.
Read more…

Rasanya ini adalah bukan entri yang pertama kali membincangkan hal-hal perihal remaja atau budak-budak zaman sekarang. Aku juga tidak pernah terlepas daripada kehidupan sebagai seorang remaja. Tetapi apa yang aku perhatikan, remaja pada zaman ini tidak sama pada ketika masa remaja aku dahulu. Bukan nak kata aku ni tidak bersosial langsung, tetapi sesosial aku dahulu tidak lah sampai tidak hormatkan orang tua, tidak takut langsung pada orang tua dan rasanya aku tidak pernah bersikap kurang ajar kepada kedua orang tuaku.
Aku perhatikan remaja-remaja pada masa kini lebih biadap dan kurang ajar. Tidak tahu menilai di mana rasa hormatnya kepada orang tua. Mengapa mulut aku begitu lancang memperkatakan sebegini? Sebabnya, dahulu kalau orang tua jeling sikit kepada kita, mungkin kita akan rasa takut. Dan mungkin juga segan dengan kesalahan yang kita lakukan. Bila sebegini, aku rasa wujudnya perasaan hormat kepada orang tua.
Read more…

Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, tidakkah kita terfikir di manakah kita berada sekarang.? Di manakah tahap kita sekarang.? Cemerlangkah kita di kalangan kawan-kawan di sekeliling atau di syarikat kita bekerja atau di dalam keluarga kita sendiri? Bagaimana pula mereka? Mereka sama dengan kita ataupun mereka lebih cemerlang daripada kita.
Cukup puas hatikah kita dengan tahap kejayaan dan kecermelangan kita sekarang? Semua persoalan ini sememang ada dalam diri masing-masing. Jadi di sini aku memberikan sedikit tips bagaimana manjadikan diri anda semua cemerlang. Sumber daripada forum ehwal Islam malam tadi.
Keyword dia ASK. A itu untuk attitude, S itu untuk skill dan K itu untuk knowlegde. Yang pertama sekali kita mesti mengudah attitude kita terlebih dahulu . Ubah segala attitude yang tidak elok kepada yang lebih baik. Lebih menjadikan diri anda lebih positif. Buangkan sejauh-jauhnya pemikiran yang negatif. Fikirkan supaya ingin menjadi yang terbaik. Jangan selalu berserah dan menyerah kalah.
Read more…

Tajuk di atas semangnya lama sanagt aku nak ditulis tapi tak berkesempatan. Kita selalu bekerja dengan orang ramai. Kita selalu berhadapan dengan orang ramai. Tetapi sajauh manakah pendirian kita di terima pakai oleh orang lain. Kadang-kadang segala pendapat kita amat sukar di terima oleh orang lain. Mengapa ya?
Tak terfikikah kita jika ini yang selalu berlaku, bermakna kita tak ada sifat respek pada diri kita. Kita kurang mengenali diri sendiri dan lebih mengetahui orang lain. Kita selalu sahaja mengikut kata-kata orang. Apa yang kita lakukan adalah atas sebab suruhan orang lain. Kesian kan. Kita selalu mengagung-agungkan orang lain, orang lain lebih bagus daripada kita, orang lain “the best” dan sebagainya. Asyik sibuk bercakap tentang kejayaan orang, kenapa tidak kita sendiri yang berjaya?
Read more…

Sejak 2/3 bulan lalu aku sering didatangi rakan-rakan yang mempuyai masalah rumahtangga. Aku bukan seorang yang pakar untuk isu-isu rumah tangga. Tetapi mungkin mereka selesa meluahkan perasaan dengan aku. Sebab aku ni ni memang berbakat menjadi pendengar yang tekun dan setia Insyallah.
2 minggu lepas seorang rakan baik aku AM(bukan nama sebenar) meluahkan perasaan pada aku. Dia sedang mengalami krisis rumah tangga. Perkahwinan yang mencecah 5 tahun yang sebelum ini tanpa masalah. Tanpa pergaduhan yang besar. Tanpa cacat celanya.
Tetapi akhirnya terbongar juga. Krisis bermula apabila AM perasaan yang isterinya selalu bersms. Tetapi dia tak mahu sanga yang bukan-bukan pada Isteri kesayangannya. Dia pun buat tak tahu sahaja. Tetapi pada suatu hari Isteri AM meminta kebenarannya untuk menghadiri satu kursus di Ayer Hitam. Kursus mengambil masa satu hari.
Read more…