Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.

By Shaffik on Monday, March 8, 2010
Filled Under: Buat Duit, Dunia Blogging

Alhamdullilah sekali lagi aktiviti berblogging aku terbalas. Minggu lepas aku buat satu entri mengenai Adsense. Hari ini aku menerima satu cek yang setelah sebulan lamanya. Ini adalah cek Nuffnang yang pertama aku terima. Semakin hari semakin indah berblogging ni.

nuffnang

Aku semakin bersemangat untuk terus berblogging. Bermula dari niche blog yang di lamar Advertiser di luar sana, dapat income pasif dari TNX dan Adsense, hari ini Nuffnang pula. Memang betul orang kata, jika tak mula dan mencuba memang kita tak akan tahu atau menikmati hasilnya. Inilah dunia blogging.

Income dari Nuffnang ini 100% hasilnya dari Shaffik.com. Ini adalah pendapatan Nuffnang yang pertama. Walaupun tidak seberapa, tetapi aku puas dengan hasilnya. Ini semua kerana aku memiliki satu blog melayu aku sendiri. Bagi yang masih tidak tahu, Nuffnang adalah pengiklan yang memberikan pendapatan kepada blogger khususnya dari Malaysia.

Read more…

Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil

By Shaffik on Thursday, March 4, 2010
Filled Under: Buat Duit, Dunia Blogging

Dahulu aku memang tak percaya yang blog boleh menjana wang. Blog yang dahulunya aku menyampah kini menjadi sebahagian daripada kehidupan aku. Lihat sahaja entri yang lepas bagaimana geramnya aku bila hosting bermasalah. Bermula Mac 2010 aku terus mengorak langkah untuk meneruskan blogging.

Pada yang masih tak tahu, blogging ini adalah satu dunia yang cool. Blogger tidak perlu terkejar-kejar mencari downline, tidak perlu bersusah payah untuk menjaga downline atau terlalu taksub menjual produk. Apa yang perlu adalah maintain blog supaya tidak mati. Supaya pengunjung sentiasa mendapat informasi yang terbaru mengenai diri sendiri dan juga mengenai dunia blogging.

duit adsense

Petang semalam aku ke BSN untuk mengeluarkan hasil Google Adsense aku. Setelah hampir satu tahun, akhirnya Adsense aku membuahkan hasil. Ini semua kerana aku mempunyai Blog. Kalau tak ada blog, maknanya tak merasalah duit Adsense kan. Dengan tenang aku mengisi borang Western Union untuk menerima wang dari Pak Cik Google. Dari hanya informasi pada sekeoing kertas, ianya di terjemahkan dalam bentuk wang. Huhuhuhuuhu..Alhamdullilah.

Read more…

Yahoo Dapat Duit Dari TNX.

By Shaffik on Wednesday, November 11, 2009
Filled Under: Buat Duit

Satu perkhabaran berrita gembira apabila aku membuka kotak email aku semalam.  TNX telah membayar aku $17.69 hasil dari aku menjual point di program TNX. TNX adalah satu program yang seakan mirip TLA. Tetapi bayarannya lebih rendah sedikit.

Tak kisahlah janji itu adalah duit kan. Sebenarnya aku terlupa yang aku sudah pun menyertai program ini. Kalau tak silap pada bulan Februari. Aku tak ambil kisah pun selepas itu. Tiba-tiba Rohaizad bertanyakan akan hal ini. Aku baru teringat.  Dahulu aku dapat info ini dari Blog Titan. Rupa-rupa nya si Titan telah membuat withdraw banyak kali. Lebih dari 35 kali kalau tak silap. Aku baru pertama kali.  Alhamdullilah ini semua rezeki.

Aku pun masuk balik ke TNX. Rupa-rupanya telah banyak point yang aku kumpul kat sana. Aku cuba menjual 19000 point aku dengan kadar $0.95 untuk 1000 point.  Dan inilah hasilnya.

Terima kasih untuk Titan yang telah memberikan informasi yang amat berguna bagi program TNX. Dan juga kepada Rohaizad yang terlah mengingatkan aku kepada program TNX. Wow, semakin hari semakin semangat untuk aku meneruskan perjuangan di dunia blogging.  Kepada yang IM yang biasa dengan dunia Internet mungkin ini jumlah yang sikit. Mungkin tergelak korang baca kan. Tapi bagi aku ianya amat berbaloi. Syukur ke atas nikmat dan rezeki yang Tuhan berikan. Yang penting Cooolll…

Panduan Mengeluarkan Wang Dari Paypal ke Akaun Bank Malaysia

By Shaffik on Friday, November 6, 2009
Filled Under: Buat Duit, Informasi

Rasenya kepada semua rakan-rakan yang berkecipung dalam business Internet telah tahu boleh membuat transaksi daripada paypal ke Debit Card. Ini pernah di bincangkan di Blog Rohaizad. Ketika itu matawang masih lagi menggunakan $USD.  Tetapi kini Paypal telah menerima matawang Ringgit Malaysia sebagai matawang transaksinya.

Lebih mudah lagi Paypal membenarkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang paypal pada debit kad dan juga mana-mana akaun bank yang ada di Malaysia. Wah ini membuatkan aku semakin bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja blogging aku. Aku telah cuba membuat satu transaksi pengeluaran wang daripada paypal kepada akaun simpanan Maybank aku. Transaksi di buat pada hari Isnin, dan selamat masuk ke akaun bank Maybank aku pada petang semalam.

Caj yang dikenakan juga amat berpatutan. Lebih murah jika mengeluarkan wang terus kepada debit kad :

a) Withdraw to you bank account .

- Free (If More than RM400)

- RM3 if less than RM400)

b) Withdraw funds to your card.

- RM20 for Fee

Berikut aku sediakan sedikit panduan untuk withdraw (Keluarkan) wang dari Paypal ker Akaun Bank Malaysia.

Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.

By Shaffik on Saturday, September 26, 2009
Filled Under: Buat Duit, General

Aku pasti ramai di luar sana yang masih tercari-cari apakah business di Internet yang boleh menjana wang. Betul atau tidak dunia Internet boleh memberikan pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap? Persoalan ini masih lagi bermain-main di fikiran semua orang terutamanya yang saban hari menatap Laptop atau komputer melungsuri Internet.

Aku bukannya otai dalam perniagaan Internet. Dalam menjana wang di Internet. Tetapi aku sudah nampak akan kebersekasannya jika kita memanfaatkan Internet sebaik-baiknya. Mungkin anda saban hari melayari Facebook, Friendster, Myspace dan seangkatan dengannya. Tetapi mungkin anda tidak tahu bahawa Internet juga mampu menjana wang . Percaya atau tidak?

Aku juga dahulu seperti apa yang dinyatakan di atas. Tetapi setelah menceburi dunia blogging, pemikiran dan tatapan seharian aku di Internet telah pun berubah. Daripada membuat perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil, alangkah lebih elok jika aku menjana wang dari Internet.

Mungkin masih ada lagi yang tidak percaya bahawa blogging tidak kemana. Kerja yang membazir katanya. Menulis mengenai hal perihal peribadi, kisah bersama-sama kawan, lepak di gerai makan dan sebagainya. Semuanya nak di ceritakan di blog. Inilah pemahaman dari respon yang aku terima mengenai blogging. Tetapi ader blogger yang saban hari menulis kisah hariannya juga mampu menjana wang daripada bloggnyer.

Read more…

RM647.50 hanya 10 minit sahaja.

By Shaffik on Wednesday, August 5, 2009
Filled Under: Buat Duit

Indahnya blogging. Selepas berhempas pulas selama beberapa bulan, berkat kesabaran dan usaha yang berterusan, Inilah hasilnya. Alhamdullilah. Pada 29 Julai 2009 yang lalu, aku menerima satu email yang di tunggu-tunggu. Email ini adalah pembayaran dari Advertiser yang minat untuk mengiklankan websitenya di 3 blog english aku. Blog apa itu? Niche blog aku.

Pada mulanya aku menawarkan harga $200 untuk 10 link. Tetapi selepas deal punya deal, Advertiser berkenaan setuju membayar $185 kepada aku. Pada mulanya memang tak percaya. Betul ke mamat orang putih ni sanggup bayar aku sebanyak itu. Bayangkan $185 bersamaan RM647.50 mengikut rate USD pada waktu ini. Email ini telah menjawab segala-galanya.

Setelah setup kesemua link yang diberikan, Keesokkan harinya Advertiser pun membuat bayaran terus ke akaun Paypal aku. Tersenyum lebar aku seorang diri. Ternyata ia bukanlah satu penipuan. Benar. Tau tak berapa lama masukkan 10 link yang diberikan. TAK SAMPAI PUN 10 MINIT. MUDAH SEKALI. Aku tak perlu mencari downline, menjual produk dan ianya hanya di dunia maya sahaja.

Read more…

Urgent Warning From Maybank2u

By Shaffik on Wednesday, July 22, 2009
Filled Under: Buat Duit, General

Pagi aku menerima satu email daripada Maybank2u.com.my. Email ini menyatakan bahawa telah berlaku transaksi yang tidak berkenaan pada akaun maybank aku.  Email berkenaan juga menyatakan bahawa akaun Maybank aku telah deactivated untuk tujuan keselamatan.

Aku pun cuba untuk login ke Maybank2u.com.my. Aku boleh login tanpa masalah. Maksudnya inilah yang dinamakan email tipu. Siap ada tulisan merah lagi di akhir ayat email itu yang menyatakan akaun aku akan di tutup sekarang. Untuk mengaktifkan balik akaun maybank, aku di minta klik di perkataan www.maybank2u.com.my.

Read more…

Semakin Hari Semakin Indah

By Shaffik on Thursday, July 16, 2009
Filled Under: Buat Duit

Salam Semua,

Satu berita gembira pada pagi ini berlaku. Apabila aku membuka Gmail aku. Satu email yang tertera tajuknya “BlogToProfit Payment Sent”. Alhamdullilah. Rezeki pagi-pagi buta. Awal bulan yang lalu BlogToProfit menghatar 2 job yang untuk tujuan promosi di Blog Tech aku. 2 Job yang bernilai $15. Hari ini dah pun masuk ke paypal aku. Alhamdullilah.

Aku merasakan kerja blogging ni semakin hari semakin indah. Indah dengan pulangan yang mampu membantu menambah pendapatan aku setiap bulan. Tidak banyak mana, tetapi aku bersyukur dengan rezeki Tuhan. Bersyukur pada Tuhan yang telah menunjukkan jalan untuk menuntut Ilmu dari Rohaizad. Alhamdullilah segala usaha aku telah pun menampakkan hasilnya sekarang. Dan jika semuanya berjalan lancar dengan usaha yang berterusan, ianya akan lebih bersinar pada masa hadapan.

Ini lah buktinya.

Inilah Email yang menerjah kotak email aku

Inilah Email yang menerjah kotak email aku

Read more…

Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog – Rohaizad.com

By Shaffik on Monday, July 13, 2009
Filled Under: Buat Duit, General

Hujung minggu lepas aku dapat meluangkan masa bersama Rakan-rakan blogger di Seminar + Bengkel Buat Duit dari Blog anjuran Rohaizad.com. Aku bersama 2 lagi orang rakan Nuaeman dan Boy ke Melaka bersama-sama Rohaizad.

Lama jugak tak berjalan. Kami bertolak jam 11.00 pagi dan sampai di Melaka kira-kira Jam 3.00petang. Check in di Straits Meridian. Bagus jugak hotel nie. Ader kolam renang lagi. Kononye nak bergambar di tepi kolam, tapi disebabkan masa tidak menentukan, tak dapat laa bergambar.

Petang tu kami semua pun meronda bandar Melaka. Yer laa sesekali keluar dan lupakan seketika dunia blogging memang best kan. Wah…best nyer…Melaka, berbeza dari 4 tahun dulu. Rohaizad mencabar kami mendaki Bukit St. Paul.

Aku ni pantang di cabar. Aku rileks jer. Yang lain separuh jer dah pancit. hahahahahaha..Sampai di atas kami sempat ambik-ambik gambar untuk kenang-kenangan. Sebelah malam Ijad membawa kami ke Pantai Kundur untuk makan malam. Kononnya kedai makan ni semua awek2 jer pelayannye. Bila sampai…haram, baper ketul jer awek2 yang ader. Rupa-rupanya Ijad cakap itu 10 Tahun dulu.

Read more…

Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

By Shaffik on Thursday, May 14, 2009
Filled Under: Buat Duit, General

Hari ini aku menerima satu panggilan daripada kawan lama. Kawan aku semasa aku bekerja di Kulai dulu. Dulu aku dengan dialah yang rajin explore perniagaan/business Internet. Pendek kata mencari duit di Internet. Dari Pelaburan Internet, Jual Barang di lelong, Forex dan macam-macam lagi. Dia menelefon hanya untuk bertanyakkan khabar setelah lama tak dengar khabar berita daripada aku.

Di tengah perbualan, dia bertanya sesuatu pada aku. Apa business sekarang? Buat Part time apa? Aku jawab aku part time blogger. 1 blog melayu 4 blog english. Blog melayu takder apa-apa. Sekadar personal blog. Tetapi 4 blog english aku adalah niche blog. Blog yang memberikan aku sedikit sumber pendapatan.Walaupun sedikit tetapi aku puas. Lebih puas daripada apa yang aku dapat daripada pelaburan Internet dulu.

Read more…

Wabak Meningitis Amat Merbahaya.

By Shaffik on Tuesday, May 12, 2009
Filled Under: Buat Duit, General, Kesihatan

Gambar Sekadar Hiasan

Seperti yang kita semua tahu, wabak selsema babi (Virus H1N1) yang semakin menular ke seluruh dunia sekarang. Bermula di Mexico kemudian merebak ke Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan berita hari ini mengatakan Selsema Babi ini menular ke nagara Asia seperti Jepun dan China. Semakin membimbangkan kita. Namun Kementrian Kesihatan sentiasa memantau agar tidak menular ke Malaysia.

Di kesibukkan kita menangani penularan Virus H1N1, timbul pula cerita mengenai Virus Meningitis. Wabak Meningitis sebenarnya sudah lama ditemui. Cuma kes agak kurang berlaku di Malaysia. Satu kes di Melaka, seorang pelatih JPJ disahkan meninggal dunia akibat Virus Meningitis. Sekarang lebih ramai lagi pelatih yang di jangkiti wabak yang sama. Apa itu Meningitis?

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Jangkitan ini boleh merebak daripada hirupan udara yang tersedia dengan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Meningitis. Ia seakan mirip dengan selsema seperti selsema burung, selsema babi dan sebagainya. Semua orang berpontensi dijangkiti Meningitis. Rekod menunjukkan Meningitis mudah dijangkiti kepada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Tetapi lain pula kes di Melaka.

Read more…

Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)

By Shaffik on Monday, February 2, 2009
Filled Under: Buat Duit, General, Komputer

Sambungan entri Perjalanan di Dunia Internet (Part 1)

Pada tahun 2007 aku menceburkan diri pula dengan dunia Forex. Ingatkan senang Forex ni, rupa-rupanya tak semudah yang di sangka. Marketiva adalah platform yang pertama aku. Setiap malam aku menghadap FOREX. Setiap hari aku menghabiskan masa di sini. Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sebabnya tak sabar dan berdisiplin. Forex memerlukan kesabaran dan disiplin.

Pada pertengahan 2007 aku sekali lagi menceburkan diri dengan business Internet. Pada mula dah malas nak buat business atau mendapatan duit dari Internet, tetapi bila seorang kawan mengatakan ada satu pelung baik. Buat kerja hantar email. Kalau modal RM750, hantarkan email ke alamat-alamat yang disediakan, bila samapi sebulan anda di bayar balik RM750. Kalau terus buat kerja itu selagi itu anda akan terus dibayar. Dalam hati aku memang menarik. Aku pun pergi ke pejabatnya di Skudai. Kalau tak silap nama Syarikatnya Sun Software Solution. AKu pun mendaftar dengan bayaran modal sebanya RM750. Nasib aku baik, aku dapat balik modal itu setelah sebulan membuat kerja penghantaran email tu. Aku ingat lagi, aku ambik gaji di syarikat itu hari Isnin. Keesokkan harinya syarikat itu tutup.

Sejak dari hari itu aku menyepikan diri dari dunia Internet. Aku hanya lepak di forum Nogold sekadar melepaskan bosan. Dan akhirnya pada Februari 2008, aku kenal dengan seorang insan bernama Nuaeman. Pada ketika itu Nuaeman mengajar aku membuat duit di DP forum. Bagaimana? Aku perlu mencari webmaster yang memerlukan pekerja untuk membuat posting. Setiap post aku dibayar USD0.10 – USD0.50. Inilah yang menampakkan hasil. Selama ini aku membuat kerja-kerja yang sia-sia sahaja. AKu berjaya mendapat sehingga USD200 dengan hanya kerja-kerja posting forum dan kerja-kerja lain.

Read more…