
Pagi tadi terdengar satu berita yang agak mengejutkan. Sebenarnya wabak penyakit ini sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi wabak denggi seakan menular kembali di kalangan masyarakat kita. Dalam laporan daripada Kementrian Kesihatan Malaysia, terdapat 11 kes kematian di sebabkan wabak denggi bermula Januari 2010.
Ini adalah satu statistik yang tidak elok kita dengar. Kita selalu mendengar orang lain kena denggi. Selalu dengar kematian tentang denggi. Tetapi sedar atau tidak kita semua berisiko menerima wabak denggi. Aku selitkan sedikit informasi mengenai denggi. Ianya sebagai ingatan kepada kita semua.
Sumber dari Wikipedia:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Read more…

Masih terngiang-ngiang gelak ketawa arwah Mohammad Aidil. Hampit semua pekerja HID Global masih lagi merasakan akan kehilanggannya. Dari postmortem yang di buat oleh Doktor, dia mengesahkan Arwahnya ada Kolesterol yang tinggi di dalam darah.
Kolesterol yang tinggi di dalam darahnya telah menyebabkan arteri ke jantungnya tersumbat. Ini menyebabkan serangan jantung ke atas dirinya. Wah, rupanya-rupanya kandungan kolestrol di badan Arwah tinggi yang menyebabkan ini semua berlaku. Nampak sihat, badan kurus dan aktif bersukan tetapi kolestrol tinggi.
Apa itu kolestrol tinggi ya?
Kolestrol yang tinggi di dalam badan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Setiap manusia mempunyai kolesterol di dalam badan. 80% kolesterol berada di dalam badan kita dan 20% lagi di hasilkan melalui pemakanan kita. Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh badan :
Read more…
Setiap manusia di muka bumi ini pastinya menginginkan kehidupan yang panjang. Kehidupan yang sihat supaya sentiasa bersama-sama keluarga tersayang, anak-anak, rakan-rakan, pekerjaan dan sebagainya. Sebenarnya setiap manusia mampu untuk hidup hingga ke 100 tahun daripada segi logiknya. Tetapi Qada dan Qadar adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tiada siapa yang tahu.
Jadi bagaimana untuk kita semua hidup dengan sihat walafiat sehingga ke 100 tahun. Jika di panjangkan umur kita semua mampu mencapai umur 100 tahun. Percaya atau tidak. Ini semua akan terjadi jika kita semua menjaga kesihatan dengan sempurna sepanjang hayat kita. Kita selalu akan mendapat sakit jika kita terlalu menghadkan potensi kesihatan kita agar sentiasa menjadi lebih baik.
Aku sempat membaca sebuah artikel dari Dr Ni Maoshing seorang ahli perubatan di dalam Yahoo Group. Dia membicarakan hal ini. Bagaimana cara untuk hidup sehingga 100 tahun. Dr Ni menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara atau cara kehidupan seharian kita yang menyebabkan potensi kita semua pendek umur lebih pantas.
- Memakan makanan yang tidak berkhasiat
- Stress yang sering menjadi punca utama kesihatan kita terganggu
- Kurangnya Exercise atau latihan. Sering berharap untuk tetapi tanpa latihan segala akan pudar.
- Tidak bahagia di dalam kehidupan. Sering mengeluh dan meratapi nasib yang menimpa diri.
- Kelebihan toksik di dalam badan.
- Kurangnya cinta dan kasih sayang.

Seperti yang kita semua tahu, wabak selsema babi (Virus H1N1) yang semakin menular ke seluruh dunia sekarang. Bermula di Mexico kemudian merebak ke Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan berita hari ini mengatakan Selsema Babi ini menular ke nagara Asia seperti Jepun dan China. Semakin membimbangkan kita. Namun Kementrian Kesihatan sentiasa memantau agar tidak menular ke Malaysia.
Di kesibukkan kita menangani penularan Virus H1N1, timbul pula cerita mengenai Virus Meningitis. Wabak Meningitis sebenarnya sudah lama ditemui. Cuma kes agak kurang berlaku di Malaysia. Satu kes di Melaka, seorang pelatih JPJ disahkan meninggal dunia akibat Virus Meningitis. Sekarang lebih ramai lagi pelatih yang di jangkiti wabak yang sama. Apa itu Meningitis?
Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria. Jangkitan ini boleh merebak daripada hirupan udara yang tersedia dengan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Meningitis. Ia seakan mirip dengan selsema seperti selsema burung, selsema babi dan sebagainya. Semua orang berpontensi dijangkiti Meningitis. Rekod menunjukkan Meningitis mudah dijangkiti kepada kanak-kanak 2 tahun ke bawah. Tetapi lain pula kes di Melaka.
Read more…
Siapa tak kenal Tongkat Ali? Tongkat Ali adalah minuman yang popular pada waktu ini. Dahulu semua tak tau macam mana rasenya tongkat ali. Tetapi setelah di komersialkan ianya menjadi minuman kegemaran ramai. Di mana-mana kita akan jumpa minuman tongkat ali. Sampaikan kat vending machine pun ada tongkat ali.
Ada yang menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian. Minuman rutin. Segalanya mesti dengan tongkat ali. Tetapi ader pelbagai cerita aku dengar mengenai keburukan mengamalkan minuman tongkat ali. Cerita pertama adalah dari saudara aku sendiri. Dua tahun lepas Tongkat Ali adalah minuman utamanya setiap masa. Dari pagi, Petang sampai ke malam mesti kena tongkat ali. Kalau berjalan pun mencari tongkat ali. Baik secawan tongkat ali ataupun tongkat ali di dalam tin.
Read more…
Selama dua hari aku menghadiri satu training BOFAS. Bofas ini adalah training untuk First Aid. Bagaimana menghadapi situasi kecemasan dan membantu orang-orang yang mendapat kemalangan. Ini adalah rawatan awal sebelum tibanya ambulan ataupun sebelum sampai ke Hospital. Alhamdullilah semuanya tamat dengan jayanya.
Ok berbalik kepada tajuk utama yang aku nak sampaikan. Di akhir training aku semalam, kami pun berbual-bual kosong dengan Doktor yang memberikan kami training sepanjang 2 hari itu. Peserta itu bertanyakan mengenai lintah. Adakah benar lintah ini boleh memyedut darah kotor pada tubuh badan dan anggota manusia. Hari ini pun ada berita pasal rawatan lintah.
Doktor itu tersenyum lebar. Dia menjawab, sebenarnya dalam badan manusia tiada darah kotor. Tiada istilah kesihatan pun yang menyebut pasal darah kotor. Darah kotor yang ada pun pada perempuan semasa datang haidnya. Itu pun bukan di panggil darah kotor. Ada satu nama khas untuknya. Semua darah dalam tubuh badan manusia adalah darah yang berguna untuk keseluruhan tubuh badan. Kalau darah yang berwarna merah pekat, itu bukan darah kotor, memang ada darah yang berwarna merah pekat dalam tubuh badan kita.
Read more…
Panic attacks come in many shapes and sizes. They can last a few seconds or several days. The attack can have a sudden onset or build over several hours. Panic or anxiety attacks happen to at least one out of every three people. Panic attacks are a fairly common occurrence that happen to many people, no matter what their state of health, whether they are old or young, male or female.
The main ingredient of an attack, or the root cause, is stress. So by reducing the amount of stress in your life, you can control how many panic attacks happen to you. Take regular exercises and if appropriate go on a diet. Exercise helps not only your body to calm down, but it has a relaxing effect on the mind as well. It will also help if you avoid consuming too much caffeine or alcohol.
Continue Here