Nafiz Sedia Ke Temasik

By | August 5, 2013

Salam Semua,

Bersua kembali setelah seminggu tanpa update. Namun usaha untuk terus menulis tetap di jalankan. Bukan apa, sebab tak mahu lama-lama nanti jadi malas. Ok hari ni nak berkongsi sedikit info untuk mana-mana ibu bapa yang nak buat passport untuk si kecil mereka.

Khamis lepas, aku dan Isteri sempat buat satu passport baru untuk si kecil kami yang kedua. Muhammad Naifz Zahin. Proses ada sedikit bertukar berbanding buat passport untuk Abangnya Muhammad Akif Zahin 4 tahun lepas. Tapi kali ini lebih cepat dan tidak memerlukan IQ yang terlalu tinggi untuk mendaftar passport untuk kanak-kanak.  Perhatikan langkah-langkah di bawah. Jangan silap. Kalau silap, akan menyebabkan proses passport baru untuk kanak-kanak akan lewat.

1) Sila sediakan semua dokumen yang wajid. Dokumen yang diperlukan :

     (a) Surat beranak anak & Salinan  (b) Gambar passport 2 keping. Berlatar belakang warna putih.

     (c) Kad pengenalan pembawa & Salinan (ibu atau ayah).

2) Kalau belum ada gambar, sila pergi ke tingkat 6 Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor). Disitu tidak ramai orang dan sangat selesa.

NAFIZ

3) Kemudian ambil nombor giliran di kaunter berkenaan. Jika di Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor), sila ke Tingkat bawah (Ground). Pegawai yang bertugas akan memeriksan kesemua dokumen yang di pinta sebelum memberikan nombor giliran. Kalau tidak lengkap, nombor giliran tidak akan dikeluarkan. TIADA BORANG YANG AKAN DIBERIKAN DAN PERLU DIISI. HANYA NOMBOR GILIRAN SAHAJA. (JIMAT KERTAS – “PAPERLESS”)

4) Terus ke Tingkat 3 Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor) untuk meneruskan proses membuat passport kanan-kanak. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.

5) Setelah nombor anda dipanggil, pergi ke kaunter berkenaan. Kebiasaannya mengambil masa 15-30 minit. Pegawai yang bertugas akan meneruskan pendaftaran passport baru untuk anak anda. Ada beberapa perkara yang perlu di sahkan sebelum pegawai itu memproses borang pendaftaran anda. Pembayaran perlu di buat ketika ini. Harga passport untuk kanak-kanak :

    a) 2 Tahun – RM100   b) 5 tahun – RM150

6) Tunggu sebentar, sehingga nombor giliran anda akan di panggil semula. Ia mungkin mengambil masa 15-30 minit.

7) Setelah nombor anda di panggil semula, pegawai imigresen yang bertugas akan memberitahu masa passport anak anda boleh di ambil. Mereka juga akan memberitahu kaunter yang perlu di rujuk untuk mengambil passport anak anda.

8) Ambil passport anak anda di kaunter yang berkenaan (seperti langkat ke 7). Sila semak dan pastikan semua butir peribadi termasuk ejaan nama anak anda betul sebelum meninggalkan kaunter.

9) Selesai dan anda boleh pulang. Masa keseluruhan untuk pendaftaran passport kanak-kanak adalah sekitar 2-3 jam. Sangat cepat.

Tahniah untuk Semua Kakitangan Imigresen atas kerja anda yang sungguh efisyen..:). Kalau dulu ambik masa sehingg 1-2 hari untuk menyiapkan satu passport. Kini dalam tempoh 2 jam, semuanya selesai…

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge