Monthly Archives: August 2013

Tegar…Tegar…Tegar

Salam Semua.

Bertemu kembali. Selamat Hari raya kepada semua kawan-kawan. Masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada semua. Masih lagi minggu-minggu raya kan . Maaf Zahir Batin kepada semua.

Ok hari ini aku ingin bercerita sedikit mengenai Tegar. Siapa itu Tegar? Apa itu Tegar? Tegar adalah seorang penyanyi cilik dari Indonesia.  Dahulunya seorang penyanyi jalanan yang tiba-tiba namanya diangkat menjadi seorang super star. Ini semua kerana satu videonya menjadi hits tahun lepas. Sebanyak 7 Juta tontonan sehingga kini.

Wah sungguh luar biasa. Tegar seorang anak berusia 11 Tahun yang berjaya mencuri tumpuan para peminat muzik bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia. Dahulunya hanya seorang pemuzik jalanan atau “pengamen”, kini lagu ” Aku yang dulu bukanlah yang sekarang” sentiasa kedengar di corong-corang radio. Segala-segalanya berubah sekelip mata.

Itulah namanya rezeki kan. Tiada siapa yang tahu. Aku suka cerita-cerita kejayaan sebegini. Dari susah sampai menjadi senang. Dari penyanyi jalanan kini menjadi Super STAR. Dan aku terus menunggu dan mencari jika ada penyanyi cilik dari Malaysia yang bukan sahaja punyai suara yang mantap, tetapi jalan ceritanya seperti Tegar. (Kalau ada tolong beritau ya). Mungkin ada tetapi tidak mendapat liputan yang meluas. Harap satu hari nanti ada penyanyi cilik seperti Tegar….

Ini Video yang membawa Tegar ke satu dunia yang diimpikannya…


Antara video-video Tegar di Indonesia. Sungguh luar biasa….

Lirik Lagu : Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Nafiz Sedia Ke Temasik

Salam Semua,

Bersua kembali setelah seminggu tanpa update. Namun usaha untuk terus menulis tetap di jalankan. Bukan apa, sebab tak mahu lama-lama nanti jadi malas. Ok hari ni nak berkongsi sedikit info untuk mana-mana ibu bapa yang nak buat passport untuk si kecil mereka.

Khamis lepas, aku dan Isteri sempat buat satu passport baru untuk si kecil kami yang kedua. Muhammad Naifz Zahin. Proses ada sedikit bertukar berbanding buat passport untuk Abangnya Muhammad Akif Zahin 4 tahun lepas. Tapi kali ini lebih cepat dan tidak memerlukan IQ yang terlalu tinggi untuk mendaftar passport untuk kanak-kanak.  Perhatikan langkah-langkah di bawah. Jangan silap. Kalau silap, akan menyebabkan proses passport baru untuk kanak-kanak akan lewat.

1) Sila sediakan semua dokumen yang wajid. Dokumen yang diperlukan :

     (a) Surat beranak anak & Salinan  (b) Gambar passport 2 keping. Berlatar belakang warna putih.

     (c) Kad pengenalan pembawa & Salinan (ibu atau ayah).

2) Kalau belum ada gambar, sila pergi ke tingkat 6 Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor). Disitu tidak ramai orang dan sangat selesa.

NAFIZ

3) Kemudian ambil nombor giliran di kaunter berkenaan. Jika di Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor), sila ke Tingkat bawah (Ground). Pegawai yang bertugas akan memeriksan kesemua dokumen yang di pinta sebelum memberikan nombor giliran. Kalau tidak lengkap, nombor giliran tidak akan dikeluarkan. TIADA BORANG YANG AKAN DIBERIKAN DAN PERLU DIISI. HANYA NOMBOR GILIRAN SAHAJA. (JIMAT KERTAS – “PAPERLESS”)

4) Terus ke Tingkat 3 Bangunan KDN Setia Tropika (untuk orang Johor) untuk meneruskan proses membuat passport kanan-kanak. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.

5) Setelah nombor anda dipanggil, pergi ke kaunter berkenaan. Kebiasaannya mengambil masa 15-30 minit. Pegawai yang bertugas akan meneruskan pendaftaran passport baru untuk anak anda. Ada beberapa perkara yang perlu di sahkan sebelum pegawai itu memproses borang pendaftaran anda. Pembayaran perlu di buat ketika ini. Harga passport untuk kanak-kanak :

    a) 2 Tahun – RM100   b) 5 tahun – RM150

6) Tunggu sebentar, sehingga nombor giliran anda akan di panggil semula. Ia mungkin mengambil masa 15-30 minit.

7) Setelah nombor anda di panggil semula, pegawai imigresen yang bertugas akan memberitahu masa passport anak anda boleh di ambil. Mereka juga akan memberitahu kaunter yang perlu di rujuk untuk mengambil passport anak anda.

8) Ambil passport anak anda di kaunter yang berkenaan (seperti langkat ke 7). Sila semak dan pastikan semua butir peribadi termasuk ejaan nama anak anda betul sebelum meninggalkan kaunter.

9) Selesai dan anda boleh pulang. Masa keseluruhan untuk pendaftaran passport kanak-kanak adalah sekitar 2-3 jam. Sangat cepat.

Tahniah untuk Semua Kakitangan Imigresen atas kerja anda yang sungguh efisyen..:). Kalau dulu ambik masa sehingg 1-2 hari untuk menyiapkan satu passport. Kini dalam tempoh 2 jam, semuanya selesai…