Segalanya Johor Darul Takzim

By | July 20, 2013

Salam Semua,

Alhamdullilah kita sudah pun 10 hari berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas. Semoga segala ibadah di bulan Ramadhan ini diberkati Tuhan. Insyallah. Ok hari ini ada perkhabaran gembira untuk semua penyokong JDT. Jadi entri kali ini lebih kepada perihal cerita pasal JDT. Mengapa JDT? Sebab Shaffik.com adalah orang Johor dan semestinya menjadi penyokong tegar untuk JDT.

Dalam satu artikel dari Johor Fan Club, bahawa Presiden JDT DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberikan satu lagi berita baik untuk semua warga dan penyokong JDT. JDT akan menerima seorang pengurus baru. Pengurus yang berasal dari Sepanyol dan pernah membimbing pasukan terkemuka di Eropah seperti Valencia dan Atletico Madrid. WOW!!!  Ia sudah pasti akan membantu menaikkan lagi mutu bolasepak JDT khasnya dan juga bolasepak Johor amnya.

jdt

Berita baik ini sudah pasti akan menaikkan lagi semangat semua pemain, pengurusan dan juga pemain ke-12 untuk pasukan JDT. Komitmen DYAM Tunku Ismail tidak boleh disangkalkan lagi. Sememangya segala usaha keras beliau sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada kemajuan JDT. TERIMA KASIH DYAM Tunku Ismail. Jasamu semestinya kami semua hargai.

Pada musim akan datang juga JDT telah memutuskan untuk mengambil 5 lagi pemain untuk menyarung jersi JDT. Mungkin bukan jersi Kappa mungkin NIKE? :). Sudah semesti semua penyokong JDT akan lebih bersemangat untuk terus menyokong pasukan kesayangan mereka ini. Lebih-lebih lagi dengan khabar angin mengatakan bahawa Pablo Aimar akan menyertai JDT. Bertambah hebat dan popular JDT bukan sahaja di persada bolasepak Malaysia malah juga di dunia. Inilah mungkin misi DYAM Tunku Ismail tentang hala tuju JDT.

Walaubagaimanapun, Fandi Ahmad akan tetap bersama JDT sebagai penolong Jurulatih. Kita semua penyokong mesti sedar tanpa Fandi Ahmad juga, mungkin JDT tidak akan menjadi pasukan yang paling dicemburui pada tahun 2013. Setiap perlawanan sentiasa menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk semua pemain. Kalau tidak masakan JDT layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 dan menduduki tempat ke-3 dalam Piala Super 2013.

jdt3

Ini semua dibina hanya lebih kurang 8 bulan sahaja. Dengan corak permainan yang semakin meningkat, JDT semakin maju dalam bolasepak Malaysia. Dan tidak lupa juga kepada semua penyokong JDT yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi menang atau kalah. Kelab penyokong JDT yang diterajui oleh BOS juga semakin menjadi perbualan di setiap sudut media massa dan juga seluruh Johor. Dari chant, sorakkan, sokongan dan persefahaman sesama penyokong menaikkan lagi semangat semua penyokong JDT untuk ke stadium. Malah anak-anak kecil juga sudah hafal lagu-lagu sorakan dari JDT. Sememangnya luar biasa. Bila dah jadi luar biasa semestinya akan di cemburui oleh pasukan lain.

Sedar atau tidak, setiap perlawanan yang melibatkan JDT pasti stadium akan di kujungi oleh ramai penonton. Ingat apa yang berlaku di Stadium Lumut, Stadium Darul Makmur, Stadium Jalan Besar di Singapura dan juga Stadium Bukit Jalil. Semua full house. Semua penuh. Yang datang bukan sahaja penyokong JDT malah penyokong team lawan. Memang sungguh luar biasa. Inilah satu fenomena dari JDT yang telah disokong kuat oleh DYAM Tunku Ismail.

Bagaimanapun, ada mulut-mulut longkang yang menyatakan ini semua menggunakan duit rakyat Johor. Ini petikan dari DYAM Tunku Ismail . “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada DYMM Sultan Johor, saya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat. Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas, adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri.” Jadi usahlah nak sibuk membuat cerita dan menyebar khabar angain yang anda sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.  Janganlah sibuk nak jadi longkang sebab longkang yang ada dah mencukupi.

Kepada semua penyokong JDT, selamat berpuasa dan teruskan ibadah di bulan Ramadhan. Kita akan sambung untuk menyokong team kesayangan kita selepas hari raya nanti. Insyallah berjumpa kita lagi di Stadium. Sememangnya aku memang rindu untuk menyanyi lagu-lagu JDT. Insyallah jumpa kita di sana nanti. Teruskan menyokong JDT. Teruskan menyokong usaha DYAM Tunku Ismail. Dan yang paling penting jadi berhenti menyokong JDT menang atau kalah. Kalau dengan Man U atau Arsenal kita boleh bermati matian. Tak kan dengan JDT tak boleh kan?…..

Sumber Foto dari : JDT FC – The Photoshooterz

2 thoughts on “Segalanya Johor Darul Takzim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge