Kenapa Telefon Bimbit Boleh Terbakar?

By | July 18, 2013

Salam Semua,

Banyak cerita yang telah kita dengar baru-baru ini mengenai telefon bimbit terbakar. Kebanyakkan cerita yang kita semua dengar adalah berkenaan dengan telefon pintar. Atau bahasa jawanya “smartphone burning”. Banyak kes-kes yang berlaku, telefon terbakar di dalam kocek seluar, terbakar atas sofa, terbakar di tilam dan baru-baru ini kita pula dikejutkan dengan kematian seorang pramugari warga China akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab telefon.

Jadi persoalanya sekarang, mengapa telefon pintar ini boleh terbakar ataupun berpotensi untuk terbakar? Jika tidak terbakar pun, mungkin telefon anda menjadi panas. Pernah alaminya? Ini sebenarnya perkara yang biasa berlaku pada setiap telefon pintar. Lebih lebih lagi apabila telefon itu diletakkan di tempat yang mempunyai haba atau anda sedang buka GPS atau anda sedang menonton video atau lain-lain lagi. Perkara-perkara ini yang akan lebih memungkinkan telefon pintar anda akan menjadi panas.

telefon terbakar

Apa yang panas sebenarnya? Yang panas itu adalah bateri telefon anda. Lebih banyak aplikasi yang di buka dalam satu masa, ia boleh menyebabkan bateri anda akan panas dan jika tidak dapat dikawal ia boleh terbakar. Macam pelik, tetapi ini mungkin berlaku kepada setiap pemegang telefon pintar.

Jadi bagaimana untuk mengatasinya? Ok baca sampai habis 🙂

1) Tutup semua servis yang dibuka : Sila tutup servis yang tidak digunakan. Kadang kala pengguna selalunya terus lock telefon dan biarkan aplikasi atau servis terus dibuka. Yang paling ketara adalah pengunaan MAPS. Tutup semua MAPS beserta signal GPS pada telefon bimbit anda. Sila tutup signal WIFI dan Bluetooth jika tidak di gunakan. Ia bukan sahaja boleh mencegah dari bateri anda panas, ia juga boleh membantu menjimatkan pengunaan bateri di telefon anda.

2) Perhatikan “Running Application” : Aplikasi-aplikasi sebegini yang selalu mengganggu kelancaran di telefon anda. Ada sesetengah aplikasi yang akan terbuka sendiri tanpa perlu anda menyetuhnya. Aplikasi ini biasa akan mengganggu penggunaan CPU anda. Lebih banyak aplikasikan yang dibuka, lebih banyak pengunaan CPU dan lebih tinggi potensi telefon anda akan menjadi cepat panas. Jika perlu gunakan aplikasi yang boleh menutup aplikasi yang tidak sengaja dibuka tanpa pengetahuan anda. Sebagai contoh Advance Task Killer, Adroid Task Manager, dan macam-macam lagi.  Boleh cari di Google Play (Android) atau App Store (IOS).

Protesters-burn-iPads-out-006

3) Jaga pengudaraan telefon anda : wah bunyi macam pelik. Apa pulak ni? Ok macam ni. Ia lebih kepada tempat anda meletakkan telefon. Pengudaraan yang tidak baik akan membuatkan telefon anda akan mendapat lebih banyak haba dan seterusnya akan menjadi panas. Sebagai contoh, mungkin anda menyimpan telefon terlalu lama dalam kocek. Ia boleh menyebabkan telefon anda menjadi panas. Jadi berikan sedikit ruang kepada telefon bimbit akan untuk bernafas. Keluar dari kocek, letak di atas meja buat sementara waktu. Lagi satu, telefon akan menjadi lebih panas jika di pegang terlalu lama. Ini berlaku jika anda bercakap terlalu lama, menonton video dengan tangan, main game dan sebagainya. Ini semua menyumbang lebih banyak haba. Jadi berhenti sekejap dari pegang telefon bimbit anda seketika. Letak di tempat yg terbuka atau bawah kipas atau di tempat berhawa dingin. Ia akan membuatkan telefon anda bernafas lebih segar dan nyaman 🙂

4) Keluarkan dari “casing” : Macam-macam casing untuk telefon pintar ketika ini. Ada yang tebal, ada yang kalis air dan sebagainya. Tetapi tak pernah pulak dengar yang kalis api. Casing-casing ini juga boleh menyebabkan telefon menjadi lebih panas. Apa yang perlu anda buat? Keluarkan casing buat seketika. Biarkan telefon anda “berbogel” seketika. Seperti di atas letak di tempat yang bersuhu dingin seketika. Ia juga membantu untuk menyejukkan telefon anda.

5) Jangan buat Overclock jika Tidak Tahu : Ramai pengguna telefon pintar lebih gemar membuat overclock pada telefon bimbit mereka. Mengapa? Untuk menambah kelajuan pada telefon mereka. Kelajuan CPU akan di tingkatkan semaksima yang mungkin. Tetapi pada asasnya sama, lagi banyak pengunaan CPU, lagi banyak penggunaan bateri dan akan meningkatkan haba pada telefon anda. Jika pengunaan overclock tidak dikawal dan diselia dengan baik, kemungkinan di atas pasti akan berlaku. Jadi, jika takut dilambung ombak, jangan ber”overclock di telefon anda”. Kalau tidak tahu nak kawal jangan pandai-pandai buat overclock.

Jika telefon anda kerap panas walaupun tidak buka mana-mana aplikasi, silalah rujuk kepada kedai yang berkenaan. CLAIM warranty jika masih ada warranty lagi.  Yang paling penting jika telefon anda panas, berikan sedikit aliran udara supaya ianya boleh kembali sejuk. Ikutlah langkah 3 dan 4. Ia bukannya 100% boleh menghindar dari kebakaran, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak leka dan panik jika telefon anda terlalu panas. Jadi adakah ianya terjawab? Harap artikel ini boleh membantu anda semua. Jumpa lagi di lain artikel.

 

 

2 thoughts on “Kenapa Telefon Bimbit Boleh Terbakar?

  1. Herdiyarto

    Pak saya mau tanya,apakah aplikasi yang boleh menyejukan telefon kita ketika panas?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge