Monthly Archives: July 2013

Kudrat Membawa Berkat.

Salam Semua.

Dari tajuk di atas, sudah pasti mendalam maksudnya. Apa pun yang kita lakukan, dengan usaha yang bersungguh-sungguh sudah pasti ada balasannya. Betul orang tua cakap,  baik yang kita buat, Insyallah baik juga yang kita akan dapat. Itulah indahnya bidalan dan kata-kata dari orang melayu.

Video di bawah adalah video original Iklan Petronas 2013. Nampak macam biasa pada mulanya, tapi impaknya memang berkesan pada penghujungnya. Bagi aku, 3 bintang untuk video ini. Lepas ni confirm semua samping budak ada kocek…sebab nak simpan duit raya. 🙂

Iklan Raya 2013

Salam,

Setiap tahun kita tertunggu-tunggu iklan-iklan raya yang akan keluar di kaca tv. Semestinya ada yang sedih, ada yang lucu dan macam-macam lagi. Tahun 2013, aku  tak nampak iklan raya yang keluar buat masa ini. Yang sudah di tanyangkan di Youtube adalah Video Iklan Raya dari Samsung. Iklan dari Petronas 2013 pun  belum keluar lagi. Walaubagaimanapun, aku tertarik dengan satu video raya tahun 2013. Memang menyayat hati. sampai sebak dada menonton video raya ni. Kepada sesiapa yang hatinya nipis ibarat tisu, jangan kesali dengan apa yang akan anda saksikan nanti…. Continue reading

Segalanya Johor Darul Takzim

Salam Semua,

Alhamdullilah kita sudah pun 10 hari berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas. Semoga segala ibadah di bulan Ramadhan ini diberkati Tuhan. Insyallah. Ok hari ini ada perkhabaran gembira untuk semua penyokong JDT. Jadi entri kali ini lebih kepada perihal cerita pasal JDT. Mengapa JDT? Sebab Shaffik.com adalah orang Johor dan semestinya menjadi penyokong tegar untuk JDT. Continue reading

Kenapa Telefon Bimbit Boleh Terbakar?

Salam Semua,

Banyak cerita yang telah kita dengar baru-baru ini mengenai telefon bimbit terbakar. Kebanyakkan cerita yang kita semua dengar adalah berkenaan dengan telefon pintar. Atau bahasa jawanya “smartphone burning”. Banyak kes-kes yang berlaku, telefon terbakar di dalam kocek seluar, terbakar atas sofa, terbakar di tilam dan baru-baru ini kita pula dikejutkan dengan kematian seorang pramugari warga China akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab telefon. Continue reading