Monthly Archives: September 2012

Melayu Di Mata Dunia..

Salam kepada kawan-kawan semua. Apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Maaf lama tak update blog. Sibuk dengan wedding photography ditambah pula penyakit malas yang membelenggu jiwa. Hahaha..Ayat tak boleh bla kan. Ok. Aku baru sahaja menyaksikan Video Shila Hamzah yang menang di pertandingan Asian Wave 2012. Apa yang aku boleh katakan, Shilah Hamzah seorang penyanyi yang punyai keunikkan suaranya yang tersendiri. Bukan sekadar Unik malah dia telah mengharumkan nama Malaysia di Shanghai China.

Satu lagi anak Melayu yang mengharumkan nama Malaysia. Bukan mudah menewaskan peserta lain. Yang lebih membuat aku tersentap, Shilah Hamzah telah menyanyikan satu lagu dalam bahasa Cina. Anak kepada ND Lala ini telah membuktikan bahasa bukan satu penghalang untuk berjaya. Dia tela menyanyi satu lagu bahasa melayu “Gelimang”, ” Granade” dalam Bahasa Inggeris dansatu lagi lagi dalam Bahasa Cina. Wow. Sungguh menakjubkan. Shilah Hamzah bukan sahaja memukau para penonton yang hadir, malah juri juga bangun terpukau dengan kelantangan suaranya.

Siapa Kata Malaysia tidak mempunyai penyanyi yang bertaraf Antarabangsa? Nyanyi lagu Cina lagi…..TAHNIAH….

 

Inilah satu satunya peserta dari China nyanyi lagu melayu….