Monthly Archives: August 2012

Janji Ditepati : Ais Krim Percuma Baskin Robbins

Salam semua kawan-kawan. Lama tidak berceloteh di blog. Sekarang sibuk orang memperkatakan kemenangan pingat perak Datuk Lee Chong Wei. Sandaran utama pingat Ems pertama negara. Apa pun keputusan tempoh hari, aku sebagai rakayat Malaysia tetap gembira dengan adanya seorang pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei.

Memang sedih dengan kekalahan, tapi aku pasti jauh di sudut hati seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan Datuk Lee Chong Wei. Entah kenapa tempoh hari adalah hari yang paling mendebarkan apabila menonton perlawanan Lin & and Datuk Lee Chong Wei. Resah gelisah sedih bercampur gembira apabila sampai ke penghujung perlawanan. Aku pun tak pasti kenapa ini semua terjadi. Mungkin Datuk Lee Chong Wei berjaya membawa kita semua ke satu alam dunia seperti apa yang di rasainya. Bagaimana tekanan yang di hadapinya. Hebat…Memang Hebat.

Apa pun, Datuk Lee Chong Wei sudah pun menjadi Wira kepada kita semua. Tolak tepi soal Emas. Apa yang penting BAM perlu memikirkan siapa yang boleh menggantikan Datuk Lee Chong Wei? Bagaimana pembangunan BAM seterusnya demi memburu Emas di Sukan Olimpik.  Seperti juga sukan-sukan yang lain.  Rakyat mampu menunggu, tetapi semua persatuan sukan perlu memastikan rakyat mendapat pulangan yang berbaloi.Usah jemu untuk teruskan usaha.

Mengenai tajuk di atas, itu bukan gimmik politik. Ini memang benar Janji di tepati. Baskin Robbins berjanji ingin memberikan Ais Krim Percuma kepada seluruh rakyat Malaysia jika Datuk Lee Chong Wei membawa pulang Pingat Emas. Tetapi Perak pulak. Jangan risau, Baskin Robbins tetap memberikan 1 scoop ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia demi membalas kegigihan Datuk Lee Chong Wei. Semua boleh mendapatkan Ais Krim Percuma ini pasa 08 Ogos 2012 bermula jam 8.00pm – 10.00pm. Terima Kasih. Sememangnya Janji Ditepati.