Monthly Archives: July 2012

Buffet Ramadhan Budget di JB 2012

Salam Semua Apa khabar kawan-kawan dan pengunjung blog Shaffik.com.? Lama tak menulis. Rindu pulak untuk meringan jari jemari untk menaip entri terbaru. Harap semua sihat sejahtera.  Dua tiga hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Pasti ayah, ibu dan anak-anak teruja untuk menyambut Ramadhan. Insyallah jika diberikan kesihatan dan kesempatan, kita akan bertemu lagi di bulan Ramadhan tahun ini.

Seperti biasa Shaffik.com mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua kawan-kawan dan pengunjung sekali. Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna. Agar dapat ditempuhi dengan sempurna. Ok. Lagi satu seperti biasa bila menjelang sahaja Ramadhan, restoran dan hotel-hotel giat menjalankan promosi Buffet Berbuka Puasa. Sekali lagi Shaffik.com mengambil kesempatan untuk berkongsi kepada semua senarai Buffet Berbuka Puasa pada Ramadhan 2012.

Seperti tahun lepas, Shaffik.com ingin berkongsi informasi tentang lokas Buffet Ramadhan Budget untuk warga Johor khususnya dan warga Johor Bahru secara amnya. Senarai dibawah adalah Buffet Ramadahn Budget tahun 2012 di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi. Harga pakej buffet bermula dari RM19.90 hingga Rm49.99. Yang pasti budgetnya di bawah Rm50.

1) Umbai Kafe Kampung (Taman Impian Emas)

Minggu lepas ak berpeluang makan bersama rakan di restoran ini. Masakan ala-ala Melaka memang sedang ikut teka dan selera aku.  Yang pasti Asam Pedas Melaka membuat aku terujadan membuatkan aku terasa seoalah seperti makan asam pedas di Melaka suatu ketika dahulu. Memang terbaik. Umbai Kafe Kampung juga ada menyediakan pakej buffet Ramadahan. Dan yang paling istemewa adalah inilah satu satunya pakej buffet di bawah RM20. Hidangan Istimewa : Asam Pedas & Tempoyak. Insyallah pasti berbaloi. Nak tengok banyak lagi hidangan dari Umbai Kafe Kampung, layari Facebook Umbai Kafe Kampung

2) Restoran Baser Nasi Ayam.

Restoran Baser memag popular dengan kepakaran mereka dengan nasi ayam. Jika sampai di Kota Tinggi, cari Restoran Baser. Sebab Nasi Ayam Baser memang terbaik.  Mereka juga ada menyediakan pakej untuk buffet Ramadahn pada setiap hujung minggu. Hidangan Istimewa : Nasi Ayam . Harga Pakej Buffet Ramadhan RM29.

3) JB Catering Larkin

JB Catering memang amat popular di kalangan pendudu JB. Ramai yang sudah tahu kewujudannya. Lokasinya bersebelahan Stadium Larkin. Pakej Buffet Ramadhan untuk thun ini adalah RM28. Tetapi selalunya sesak. Jadi booking awal-awal ya.

4) Malay Village Restaurant (Nusa Bestari)

Pakej Buffet masih lagi di bawah RM50. RM32 untuk satu orang. Hidangan Istimewa : Masakan Kampung.  Hidangan pastinya mengagumkan.

5) Suria City Hotel.

Bagi mereka yan suka berbuka puasa di hotel. Hotel Suria City Hotel adalah antara hotel yang menawarkan pakej buffet ramadahn yang termurah di Johor Bahru.Hidangan Istimewa : Pancake Durian . Harga Pakej RM39. Ermm….

6) Good Hope Hotel (Skudai)

Hidangan Istimewa : BBQ & Steamboat. Harga Pakej Buffet RM48. Jika buat tempahan awal : RM38

7) Restoran Selera Anggun Taman Daya 

Dewasa : RM22.90

Kanak – Kanak : RM16.90

 8) Hotel Seri Malaysia JB

Dewasa : RM40

Kanak-Kanak : RM25

9) ABAH Beriani House – Bandar Baru Uda

Dewasa : RM25

Kanak-Kanak : RM12